Bagi mendapatkan mi rebus yang sedap, kuahnya wajib diperisakan dengan daging baru terangkat. Gabungan jus manis daging dan udang kering menjadikan kuahnya mesra bersama keledek dan biskut marie. Menu mi rebus lejen dari dapur Kak Chik selalu mendapat sambutan bila ada majlis. Ini Kak Chik kongsi untuk kawan-kawan buat. Insyallah sedap.

Bahan A – Kisar halus
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inci halia -BELI ONLINE DI SINI
2 inci lengkuas
2 genggam cili kering -BELI ONLINE DI SINI
1 paket kecil serbuk kari daging

Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan A sampai masak atau garing.

Bahan B – goreng dengan minyak kemudian kisar kasar.
1 genggam udang kering
2 genggam udang geragau

Bahan C
1kg keledek – rebus empuk ,kisar halus
½ kilo biskut marie-kisar
Asam keping secukupnya
Garam
Gula merah/ Gula Melaka
Gula pasir
Ajinomoto
Air secukupnya

IKLAN

Bahan D
1 kilo daging- hiris nipis rebus hingga empuk. Air rebusan masuk dalam kuah.
Udang besar ikut bajet-letak kunyit & garam. Goreng sebentar jangan terlebih masak.

Bahan F
Sayuran untuk ulam
Taugeh,timun,daun sup,cili hijau,limau
Telur rebus
Bawang goreng
2 kilo mi kuning- dicelur

Cara memasak:
1.Masukkan dalam periuk bahan A, bahan B, bahan C dan bahan D.
2.Masak sehingga menggelegak.
3.Untuk hidangan, taburkan bahan E dan bahan F atas mi.
Tip: Kuah kena agak-agak kepekatannya dan ada rasa manis-manis sikit. Seimbang asam garamnya.

Kredit: Dapur Kak Chik

INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BELI ONLINE DI SINI

Bihun Sup Daging & Sambal Kicap, Memang Super Sedap

Kerabu Maggi, Sedap Untuk Minum Petang

Spaghetti Aglio Olio, Menu Ringkas Tapi Sedap