Mi Rebus yang sedap mestilah kuahnya pun mesti padu. Kalau kuah Mi Rebus cair dan tidak pekat memang boleh ‘potong’ selera. Kuah Mi Rebus yang pekat menjadikan hidangan Mi Rebus terlajak laris bila dihidang pada tetamu. Jom kita cuba masak Mi Rebus mengikut resipi yang dikongsikan oleh Ainn Mustafar Resipi Mi Rebus ini diperolehi daripada mamanya. Selamat mencuba!
RESIPI MI REBUS
BAHAN-BAHAN:
1 kg mi kuning (dicelur, tapis dan ketepikan)
BAHAN KISAR A:
Segenggam cili kering (rendam lembut) – beli online
2 biji bawang besar
(Kisar halus semua di atas)
3 sudu sos tomato – beli online
3 sudu sos cili – beli online
1 keping asam keping – beli online
1 sudu serbuk kari daging – beli online
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Ubi keledek 1 kg (rebus dan kisar halus)
Daging hiris nipis
Udang buang kulit
Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
CARA MEMBUAT:
1.Tumis semua bahan kisar A. Agak-agak sudah naik minyak, masuk daging dan tumis sampai agak-agak lembut. Masukkan air udang dan ubi kisar tadi.
2. Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi)
garam, gula, serbuk perasa secukup rasa. Seimbangkan rasa masam, manis dan masin.
3. Akhir sekali masukkan udang. Agak-agak menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak lama, nanti keras tak sedap. Kepekatan kuah agak-agak sendiri. Tidak terlau pekat dan tidak terlalu cair.
4. Hiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng dan limau kasturi/limau nipis.
Sumber kredit: Ainn Mustafar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official