Hujan ni sedap juga menghirup yang panas-panas. Puas rasa. Selain buat sup dapat mi berkuah juga enak. Boleh buat mi rebus cara yang simple ini.
MI REBUS @ MI KUAH Bahan-bahan tumbuk 4 ulas bawang putih 1 sudu kecil lada hitam
Bahan-bahan lain 1 bungkus mi (dibasuh & ditoskan) 2 biji telur (ayam atau itik) Sayur sawi atau kobis- dipotong 1 biji lada besar (dihiris) Isi ayam atau udang atau sotong 1 ½ mangkuk besar air 1 biji tomato (dipotong)
Cara memasak: 1. Panaskan kuali dan tumis bahan tumbuk. 2. Kacau dan masukkan isi ayam atau udang atau sotong. 3. Kacau sekata dan masukkan pula air. 4. Biarkan sehingga mendidih dan bila sudah mendidih bolehlah dimasukkan telur. 5. Biarkan telur masak seketika dan membentuk, angkat dan asingkan. 6. Masukkan pula mee & sayur sawi & hirisan tomato, kemudian perasakan 7. Biarkan mendidih, masukkan pula hirisan cili merah besar 8. Kacau dan masukkan telur yang sudah dimasak tadi 9. Tutup api dan sedia untuk dihidang
Ads
Kredit : Adila Razak
ANDA INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH LIHAT DI SINI.
Bila tiba raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari D’Iris Marissa Maria ni boleh dicuba. Sangat sedap dimakan dengan serunding, rendang ataupun nisan cair ( manisan cair).
RESIPI KETUPAT LEMAK / TAWAR
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut
1/2kg santan pekat
1 cawan air
1 sudu makan garam kasar
2 sudu makan gula
Daun palas secukupnya
Daun palas
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.
3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus ( panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.
4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.
5. Setelah siap, ketupat boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.
INFO RASA: Setelah siap dibungkus, ketupat palas juga boleh digoreng. Ikut citarasa masing-masing.
Rancangan Rasa Instafamous membawa Aniruana Bte Mohamed Ishak, atau lebih dikenali wanakamal berkongsi resipi di kaca televisyen, rancangan masakan yang kini bersiaran di Astro Prima dan Maya HD.
Bagi yang belum mengenali siapa beliau, Wanakamal_79 merupakan salah seorang instafamous yang sering berkongsi resipi masakan beserta teknik dan cara masakan yang ringkas dan mudah diikuti menerusi laman sosial miliknya.
“Pada asalnya saya buka akaun ini untuk suka-suka. Tapi apabila mendapat respon yang baik dari follower, maka dari situ saya mula berminat untuk berkongsi resepi masakan. Buat masa ini suami dan anak-anak memberi sokongan terhadap minat saya”katanya.
Tidak menyangka hobi memasak dan mengambil gambar dan video masakannya mendapat perhatian media sosial malah peminatnya bertambah dari hari ke hari.
“Minat memasak bermula sejak kecil kerana saya sering membantu ibu dan sering mengikut bapa pergi memasak ketika ada kenduri kendara. Saya belajar memasak dari kedua ibubapa. Masakan pertama yang saya belajar tak berapa ingat kerana sering membantu ibu membuat kuih untuk jualan”.
Berumur 39 tahun, Wanakamal merupakan suri rumah sepanjang masa dan ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Almatin Danial, 16 tahun dan Almarsya Damya, 12 tahun. Minat masakannya banyak kearah masakan kampung. Masakan wajib yang mesti ada adalah sambal tumis dan itu adalah makanan kegemaran keluarganya, malah idea masakan setiap harinya adalah dari suami tersayang Shamsul Kamal Bin Mohd Mokhtar dan anak-anaknya.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Wanakamal dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Khas buat para pembaca, beliau juga kongsikan 3 resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA
Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakK an namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.
Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.
Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tv nya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.
Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
Siapa pernah makan asam pedas dan di dalam lauk itu ada kelapa bakar? Memang rare kan? Sedap weh rasanya. Kelapa tu dibakar dan masa makan nanti boleh gigit kelapa tu. Makin sedap makan tau. Try la.
ASAM PEDAS KELAPA BAKAR
.
BAHAN-BAHAN
2 keping ikan tenggiri
3 tangkai daun kesum
4 sudu besar kerisik
1 liter air asam jawa
4 tangkai bendi
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Kepingan kelapa (dibakar atas api seketika)
BAHAN A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
BAHAN B
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Ikan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Bahan A ditumis sehingga separuh garing. Masukkan air asam. Biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, kelapa bakar, daun kesum dan bendi.
3. Panaskan kuali, tumis bahan B dengan kerisik sehingga garing. Campurkan ke dalam periuk. Masukkan garam. Biarkan 2 minit sebelum matikan api.
4. Sedia dihidang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!