Mi rebus Terengganu. Paling mudah nak buat. Campak-campak je bahan dalam periuk. Siap! Yang penting, sedap.
Sesuai dimasak pada musim perayaan macam ni. Kalau ada yang nak datang ke rumah, masak je mi rebus ni. Daripada budak sampai orang dewasa boleh makan. Tak ada masalah.
Mi pula boleh pilih sama ada nak masukkan terus dalam kuah atau celur dan asingkan. Kalau tetamu datang berperingkat, elok asing. Kecuali memang nak makan terus. Bukan apa, takut mi kembang, tak sedap pulak.
Boleh cubs resipi yang dikongsikan oleh Encik ImZek Zack ini ye. Ini versi beliau. Orang lain mungkin ada versi mereka tersendiri. Selamat mencuba!
Tumis bawang dan bawang putih sampai pecah minyak. Masukkan daging dan ayam. Masukkan sos tiram, lada hitam, kiub ayam, serbuk Secukup Rasa dan gula.
Bila daging nampak empuk, masukkan air secukupnya. Setelah kuah mula menggelegak, masukkan fish ball, batang sawi, bunga kubis, baby corn, lobak merah, kemudian masukkan telur. Ketika masukkan telur, jarakkan sedikit dan jangan kacau. Biarkan telur mengeras.
Masukkan sayuran lembut, udang, sotong dan tamoto. Perasakan dengan garam secukup rasa. Nak rasa lebih ‘umph’, boleh letak lada sulah. Biarkan mereneh. Siap.
Tapi kalau nak masukkan sekali mi kuning pun boleh je. Kalau tak, celur mi berasingan. Nak lagi sedap boleh perah sedikit limau nipis ketika nak makan.
Salad ni sangat sinonim dengan orang diet. Jadi kalau ada yang sedang berdiet, mungkin korang akan suka dengan resipi Salad Pasta ni. Sedap dan menyihatkan. Nak cuba? Nah, RASA berikan resipinya.
SALAD PASTA
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat menyambut Hari Deepavali! Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk tetamu yang datang esok, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu. Maklumlah, semua bangsa meraikannya baik India, Melayu dan Cina. Jadi apa salahnya kalau sajian pun ada pelbagai pilihan. Antara hidangan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Siap dengan resipi langkah demi langkah. Jadi senanglah ank cuba!
MI REBUS JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning- dicelur
BAHAN KISAR:
100g udang basah
3 sudu besar udang kering
2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
5-6 tangkai lada kering
BAHAN KUAH:
3 biji keledek- direbus dan dilecek
150-200g daging cincang/ daging tetel
1 batang serai
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar taucu – kisar
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge – dicelur
Tauhu goreng
Telur rebus
Bawang goreng
Lada potong
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek dan lecek.
2. Tumis serai di belah dua.
3. Masukkan bahan blender. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.
5. Masukkan daging cincang dan tambah air.
6. Biar mendidih dan masukkan taucu kisar.
7. Masukkan keledek lecek, reneh sehingga kanji keledek memekatkan kuah.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Celur mi dan tauge. Goreng tahu dan rebus telur.
1. Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan, tumis sampai wangi. 2. Kemudian, masukkan cili boh. Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar halus, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah cap bunga rose, kacau rata hingga sebati dan pecah minyak. 4. Masukkan air rebusan ikan. Biarkan mendidih. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
5. Bila kuah dah cantik pecah minyak, masukkan isi ikan dan kacau rata. 6. Masukkan gula melaka, asam keping, ikan kering kisar, kelapa parut kisar dan kerisik. Juga garam,gula dan perasa secukupnya. 7. Renehkan sekurang-kurangnya satu jam untuk mendapatkan kuah yang cantik dan merah. Bila dah masak, tutup api.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.