Mi rebus Terengganu. Paling mudah nak buat. Campak-campak je bahan dalam periuk. Siap! Yang penting, sedap.
Sesuai dimasak pada musim perayaan macam ni. Kalau ada yang nak datang ke rumah, masak je mi rebus ni. Daripada budak sampai orang dewasa boleh makan. Tak ada masalah.
Mi pula boleh pilih sama ada nak masukkan terus dalam kuah atau celur dan asingkan. Kalau tetamu datang berperingkat, elok asing. Kecuali memang nak makan terus. Bukan apa, takut mi kembang, tak sedap pulak.
Boleh cubs resipi yang dikongsikan oleh Encik ImZek Zack ini ye. Ini versi beliau. Orang lain mungkin ada versi mereka tersendiri. Selamat mencuba!
Mi Rebus Terengganu
Bahan-Bahan :
Bebola ikan (buat sendiri lagi sedap)
Sedikit daging, ayam, sotong dan uudang
1 sudu kecil Serbuk Secukup Rasa
4 biji telur
3 biji tomato (potong 4)
Bebola
Air
Sayuran:
Kubis (hiris halus)
Lobak merah (hiris)
Bunga kubis (hiris)
Baby corn (potong)
Cara Memasak:


Tumis bawang dan bawang putih sampai pecah minyak. Masukkan daging dan ayam. Masukkan sos tiram, lada hitam, kiub ayam, serbuk Secukup Rasa dan gula. Bila daging nampak empuk, masukkan air secukupnya. Setelah kuah mula menggelegak, masukkan fish ball, batang sawi, bunga kubis, baby corn, lobak merah, kemudian masukkan telur. Ketika masukkan telur, jarakkan sedikit dan jangan kacau. Biarkan telur mengeras.
Masukkan sayuran lembut, udang, sotong dan tamoto. Perasakan dengan garam secukup rasa. Nak rasa lebih ‘umph’, boleh letak lada sulah. Biarkan mereneh. Siap.
Tapi kalau nak masukkan sekali mi kuning pun boleh je. Kalau tak, celur mi berasingan. Nak lagi sedap boleh perah sedikit limau nipis ketika nak makan.