Kalau biasa tengok rancangan mukbang Cina, mesti ada menu mi sup pedas dengan telur rebus. Nama betul menu ini ialah Hot and Sour Glass Noodle Soup 酸辣粉, Suan La Fen.
Memang sedap dan cara buatnya pun sangat senang. Resipi yang dikongsi Zurina Zulkefli ini menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.
MI SUP PEDAS ALA CINA
Terdapat 4 bahagian utama yang perlu disediakan:
A. Minyak Cili B. Air rebusan stok ayam C. Mi Kanji Ubi (Potato Noodle) D. Telur rebus
Kalau pergi bazar Ramadan antara minuman yang sering dicari tentulah Air Soda Laici. Minuman penghilang dahaga ini mempunyai ramai pengikutnya. Maka tak hairanlah ramai yang menjualnya. Bagi mereka yang malas hendak bersesak-sesak di bazar Ramadan, boleh buat sendiri Air Soda Laici di rumah. Ikut resipi yang dikongsikan Liza Idris.
RESIPI AIR SODA LAICI
BAHAN-BAHAN:
1 botol air aiskrim soda 1 tin laici –BELI ONLINE 2 batang serai diketuk 1/2 biji lemon hiris bulat Asam boi –BELI ONLINE Daun pudina
CARA MEMBUAT:
1.Satukan asam boi, serai, lemon dan daun pudina dalam mangkuk.
2.Masuk air soda. Nak letak separuh dulu pun boleh.
Kuih kacau labu dan kacang pool ni memang cukup popular di kalangan bangsa Johor. Jika kacau labu berasaskan sayuran labu kacang pool pula gandingan daging dan kacang.
Masaknya mudah sangat, yang penting boleh menjadi sajianyang mengenyangkan. Warga kota dan negeri lain pun bolehlah cuba nanti.
1. KUIH KACAU LABU
Kredit foto : FB Marina Mustaffa
Bahan-bahan:
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
Buah ceri sebagai hiasan
CARA MEMASAK : 1. Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat. 2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam. 3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa atau buah ceri..
Resipi : Restoran D’Cengkih
2. KACANG POOL
BAHAN-BAHAN :
1 tin kacang parang
300 gram daging cencang
1 tin kecil tomato puri
3 ulas bawang putih | dikisar
5 biji bawang merah | kisar
Satu biji telur – digoreng
3 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Hiasan:
1 biji limau kasturi – potong dua
1 biji cili hijau – hiris
1 biji bawang merah – potong kecil
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. 2. Masukkan daging cincang, masak hingga kekuningan 3. Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika. 4. Selepas itu, masukkan kacang parang, garam dan gula secukup rasa. 5. Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat. 6. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. 7. Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah. 8. Boleh dinikmati bersama roti putih.
Ikan tongkol rendang asam. Kalau dah lidah Melayu, mesti nak makan ada rasa pedas-pedas sikit. Lagi sedap kalau ada masam-masam juga. Hidangan ikan tongkol yang RASA kongsikan ini pasti menepati cita rasa untuk makan malam.
IKAN TONGKOL RENDANG ASAM
Bahan A
• 1 ekor ikan tongkol
• Garam
• Kunyit
• Minyak masak
Bahan B
• 2 batang serai
• Halia sebesar ibu jari
• 10 biji cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
• Kunyit hidup sebesar jari kelingking
• 4 ulas bawang putih
• 2 biji bawang merah
Bahan C
• Air asam jawa
Cara membuat
1. Cuci bersih ikan tongkol. Lumurkan garam dan kunyit. Panaskan minyak masak dan goreng sekejap, jangan terlalu garing.
2. Sementara ikan digoreng, bahan-bahan B dikisar kasar. Kalau rajin, nak tumbuk pun boleh.
3. Angkat ikan dan kurangkan sedikit minyak dalam kuali tadi. Tumis bahan-bahan kisar tadi.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam kuali tadi dan kacau sampai pecah minyak.
5. Akhir sekali, masukkan ikan. Kacau-kacau kejap dan tutup api. Sedia dihidang.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.