
Sesekali, kalau teringin Mi Udang Utara, tak perlu ke Pulau Pinang untuk menikmatinya. Boleh saja buat sendiri dengan resipi mudah dan ringkas tapi lazat ini.
Menerusi perkongsian resipi Mi Udang daripada Muhsein Muh yang diperoleh daripada bondanya, memang tampak begitu menyelerakan. Rugi kalau tak cuba. Jom kita buat.
MI UDANG
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning
Cili kering – Boleh beli online di sini
Udang
Ubi keledek merah
Ubi kentang (direbus) – Boleh beli online di sini
Kacang tanah
Bawang besar
Bawang putih
Sos tiram – Boleh beli online di sini
Tomato – Boleh beli online di sini
Daun sup
Perasa (Hilal)
Gula
Garam

CARA MEMASAK:
Kisarkan cili kering bersama udang. Jika nak kisar udang sekali dengan kepala dan kulit, perlu kisar berasingan dan kemudian ditapis. Tapi, jika nak kisar terus dengan udang, buangkan dulu kepala udang dan kulitnya.
Kemudian, kisarkan ubi keledek merah, kacang tanah dan ubi kentang yang telah direbus.
Tumiskan bawang besar dan bawang merah.
Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi.
Masukkan air.
Kemudian, masukkan sos tiram.
Setelah itu, masukkan daun sup dan tomato.
Masukkan juga perasa (saya guna jenama Hilal), gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan udang.

Siap. Sedia dihidangkan bersama mi kuning.

Kredit: Muhsein Muh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Selain Ayam, Boleh Juga Buat Sambal Bilis Geprek. Pedas Dah Tentu, Ini Cara Membuatnya
Sambal Bilis Garing Krup Krap Buat Stok Untuk Bulan Puasa. Buka Selera Makan Waktu Sahur
Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Cara Paling Ringkas, Guna Daun Apa Yang Ada
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dua Resipi Salad dan Pasta Sihat Serta Mengenyangkan

Salad dan pasta adalah hidangan yang digemari oleh mereka yang suka makanan barat. Hidangan ini memang sangat sedap. Rasanya lemak berkrim. Bagi yang suka sayur, sangat sesuai makan salad. Ada juga pasta yang boleh dilengkapi dengan udang untuk menjadikan ianya lebih mewah. Sedap sangat.
SALAD PASTA

BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BERKRIM DENGAN UDANG

BAHAN-BAHAN
200 gram pasta bowtie
10 ekor udang saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (diracik)
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan krim keju
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1 cawan kacang pis
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul udang bersama garam dan lada hitam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan udang. Masak selama 2 minit.
5. Masukkan krim keju, perahan lemon, 1/4 air rebusan pasta dan kacang pis.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan pasta. Tuangkan kuah udang berkrim keju ke atasnya.
2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Jom tengok video ni untuk tengok cara buat salad menggunakan anek buah-buahan.
Asam Laksa Cina Kuah Pekat Secukup Rasa!

Asam laksa kalau kuah tak pekat memang tak lalu nak makan. Kesedapan laksa tu terletak pada kepekatan kuah yang cukup rasanya barulah berselera! Nak kuah pekat ni senang je konsepnya jangan kedekut isi ikan. Pantang larang laksa jangan kurangkan isi ikan kalau nak kuah sedap pekat likat dan memikat. Resepi yang dikongsikan oleh Ben Safwan di Facebook ni memang gerenti kuah pikat. Jom kita cuba resepi ini.
RESEPI ASAM LAKSA CINA

BAHAN-BAHAN:
3 liter air
1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
1 tin sardin Ayam Brand ( 425 gram )-kuah tak ambil.
5 senduk cili kisar
3 sudu makan asam jawa – BELI DI SINI
8 keping asam keping gred elok ( jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping ) – BELI DI SINI
5 tangkai daun kesum – BELI DI SINI
3 batang bunga kantan
2 tangkai daun pudina
Gula melaka/gula merah hancur secukupnya – BELI DI SINI
Garam dan serbuk perasa
P/s : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Yang kali ni Ben tak letak.
BAHAN KISAR:
100 gram bawang merah besar India – BELI DI SINI
25 gram belacan – BELI DI SINI
13 tangkai cili padi hijau – BELI DI SINI
1 batang serai saiz sederhana
300 gram nanas
1/2 inci kunyit hidup – BELI DI SINI
1/2 inci lengkuas – BELI DI SINI
Ulam Asam Laksa Cina :
Daun salad
Bawang merah besar India
Asam limau kasturi – BELI DI SINI
Telur rebus
Timun
Cili Padi
Daun Pudina
CARA MEMASAK:
Rebus ikan ,Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap.Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman.Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan.Bila ikan rebus dah masak dan sejuk,asingkan isi ikan dengan tulang ikan.Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar,isi ikan kisar,air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar,cili kisar,asam keping,air asam jawa,belahan bunga kantan,daun kesum,daun pudina.Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat.Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
Tambah gula Melaka hancur ,garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam,pedas kuah. Separuh isi ikan sardin Ayam Brand yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah.Separuh lagi untuk dihidangkan bersama asam laksa cina nanti.
Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam .Keluarkan semua.Boleh la hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit foto & resepi: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Puding Tiramisu 5 Bahan Sahaja Pemanis Mulut Yang Mudah Disediakan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Aneka Resipi Mi Berkuah Yang Popular, Sedap Dan Mengenyangkan.

Hidangan berasaskan mi boleh menjadi alternatif bagi hidangan yang lebih ringkas namun tetap lazat dan mengenyangkan. Anda boleh cuba 7 jenis resipi mi yang dikongsikan ini. Gerenti sedap!
KUEY TEOW LADNA

BAHAN-BAHAN A:
- 1 paket kuey teow
- 2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
Bahan-bahan B:
- 3 ekor sotong | potong kecil
- 4-5 ekor udang saiz sederhana | bersihkan
- 1 keping dada ayam | hiris nipis
- 500ml air rebusan ayam
- 1 tangkai sawi | potong pendek
- 50gm hirisan kubis
- 60gm bunga kubis | potong kecil
- ½ batang lobak merah |potong memanjang nipis
- 2-3 biji cili padi | ketuk kasar
- 4 ulas bawang putih | tumbuk lumat
- 1 sudu makan serbuk pati ayam
- 1 sudu makan tepung jagung + 1 sudu makan air | bancuh
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A dan gaul rata. Perap selama sejam kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga lembut dan wangi. Ketepikan.
- Di dalam kuali lain, panaskan sesudu makan minyak, tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan isi ayam, udang dan sotong dan tumis lagi. Tuang air rebusan ayam dan didihkan.
- Masukkan sawi, lobak merah, hirisan kubis dan bunga kubis. Didihkan sekejap hingga sayuran agak lembut.
- Tuang bancuhan tepung jagung, tambah garam, serbuk pati ayam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan seminit lagi hingga kuah agak pekat. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.
- Tuang kuah ke atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Jika suka, boleh tabur dengan daun bawang yang telah dicincang dan sedia hidangkan.
Info chef: Kuey teow yang digoreng berasingan menggelakkan ia lembek.
MI HOKKIEN

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket mi kuning saiz besar (mi hokkien)
- 1 ketul dada ayam | hiris nipis
- 6-8 ekor udang sederhana | bersihkan
- ½ mangkuk salad bulat (lettuce)| hiris kasar
- 250ml air rebusan ayam/daging
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan kicap pekat hitam
- 1 sudu teh kicap cair
- ½ sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan tepung jagung + 1 sudu makan air | bancuh
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan hirisan ayam dan udang. Tuang air rebusan ayam, kicap manis, kicap pekat hitam, kicap cair dan masukkan mi. Masak hingga semua bahan empuk.
- Masukkan salad, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tambah bancuhan tepung jagung dan masak seminit lagi hingga semua bahan sebati.
- Masukkan minyak bijan dan kaup balikkan hingga sebati. Sedia dihidangkan.
Info chef: Jika anda suka masakan kurang masin, tidak perlu tambah garam kerana perisa diperoleh daripada sos-sos.
MI SIZZLING

BAHAN-BAHAN:
- 2-3 gulung yee mee kering
- 5-6 biji cendawan shiitake kering | rendam sekejap dan celur
- 3-4 batang sawi hijau pendek | potong dan celur
- 1 biji telur
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
- 850ml air rebusan ayam/daging
- ½ ekor ayam |potong kecil
- 4-5 tangkai cili kering | potong pendek
- 5 ulas bawang putih | tumbuk halus
- 3cm halia |cincang halus
- 4 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu teh minyak bijan
- 2 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air | bancuh
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak perang.
- Tuang air rebusan ayam. Tambah kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan serbuk lada hitam. Didihkan hingga semua bahan empuk dan sebati.
- Tuang bancuhan tepung jagung, tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Sediakan kuali sizzling, letakkan yee mee kering, cendawan shiitake celur dan sawi. Letak di atas api yang besar, tuang sesenduk kuah. Pecahkan sebiji telur di dalam kuali sizzling dan biar kuah mendidih sebentar. Hidangkan.
Info chef: Anda perlu menyediakan kuali sizzling sebelum memasak mi ini.
MI UDANG

BAHAN-BAHAN A:
- 1 paket mi kuning | celur
- 2 biji tomato |hiris nipis
- 2 biji telur rebus |belah empat
- 50gram tauge | celur sedikit
- 2-3 batang sawi |potong kecil & celur
UNTUK HIASAN:
- Hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
- 1 liter air rebusan kulit udang (kulit udang direbus dan tapis, ambil airnya)
- 8-10 ekor udang sederhana besar
- 2-3 biji ubi keledek sederhana | rebus dan kisar
- 10 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 100gm udang kering | rendam sekejap
- 3cm belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA-CARA:
- Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga menjadi pes yang lumat.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masak.
- Tuang air rebusan kulit udang dan belacan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah ubi keledek kisar, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi hingga semua bahan masak rata.
- Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika (jangan terlalu lama).
- Sediakan serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk/pinggan menghidang, tuang kuah dan hidangkan.
Info chef: Saiz udang berdasarkan bajet anda sendiri.
MI WANTAN SUP

BAHAN-BAHAN A:
- 1 paket mi wantan | celur dan toskan
- 2 ketul dada ayam
- 3-4 batang sawi hijau pendek | celur dan toskan
- 4-5 biji cendawan shiitake |bersihkan dan celur
- 4 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan minyak bijan
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
- 1 liter air rebusan ayam
- 8-10 biji wantan*
- 8-10 biji bebola ikan
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 3cm halia |kisar halus
- Garam & lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN C (WANTAN*):
- 8-10 keping kulit wantan
- 50gram cincangan isi ayam
- ½ batang lobak merah | cincang dadu halus
- 2 batang daun bawang |cincang halus
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh tepung jagung
- ½ sudu teh minyak bijan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat wantan*: satukan semua bahan C kecuali kulit wantan dan gaul rata menjadi inti. Letakkan sesudu kecil inti ke dalam kulit wantan, sapu keliling kulit wantan dengan kuning telur, bunjutkan wantan dan kemaskan bunjutan. Ketepikan.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
- Tuang air rebusan ayam dan didihkan.
- Masukkan wantan, bebola ikan, minyak bijan dan didihkan hingga wantan empuk.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Sementara itu, panaskan sesudu minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Tuang air rebusan ayam dan didihkan hingga semua bahan sebati. Masukkan mi wantan yang dicelur tadi dan biarkan mendidih hingga kuah kering. Angkat.
- Ayam diperap bersama dua sudu makan kicap cair, 1 sudu makan sos tiram dan 2 sudu makan madu selama sejam atau lebih. Goreng dan hiris nipis.
- Cara menghidang; Di dalam pinggan susun bahan-bahan A dan hidangkan bersama sup wantan yang dituang di dalam mangkuk berasingan.
Info chef: Enak dimakan bersama cili jeruk atau cili potong.
