Mi wantan , mungkin ada yang sudah biasa dengan hidangan ini. Ia biasanya dihidangkan dalam sup panas. Bagi melengkapi mi wantan ini, dihias dengan sayuran dan wantan. Hari ini min kongsikan resipi mi wantan olahan Salimah. Nak makan kenalah rajin ye. Moga berjaya korang.
Bahan dumpling :
Kulit dumpling segera (beli di pasaraya) 2 keping dada ayam – dicincang isi udang – dicincang 1 biji telur 1/2 biji bawang Holland – diracik 1 sudu kecil lada sulah 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar minyak bawang putih 1 sudu kecil garam daun bawang – diracik halus
1.Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati. 2.Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit. 3.Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan. 4.Kukus dalam 4@5 minit. 5.Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.
Bahan sup jernih :
3@4 cawan air Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi) Bebola ikan Dumpling yang telah dikukus 1/2 kiub ayam knorr – BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh lada sulah 1cm halia | dihiris nipis 2 sudu besar minyak bawang putih Garam cukup rasa Daun bawang
CARA-CARA:
1.Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling). 2.Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap. 3.Padamkan api.
Bahan mi kicap:
1 paket mee wantan 4 sudu makan kicap pekat -BELI ONLINE DI SINI 2 sudu makan kicap cair/manis 2 sudu makan sos tiram -BELI ONLINE DI SINI 2 sudu teh lada sulah
Ads
CARA-CARA:
1.Celur mi wantan dengan air panas dan toskan. 2.Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan. 3.Hidangkan mi tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.
Selamat mencuba.
Resipi fb : Salimah Olie
Ingin membeli perkasasan rumah , boleh beli online DI SINI
Menu soto dan laksa, hidangan paling sesuai untuk menggantikan nasi. Sedap dan juga mengenyangkan.
Sesuai dimakan pada bila-bila masa saja, lagi-lagi sarapan dengan soto dan laksa, memang terangkat!
Soto dan laksa, sajian kaya rempah dan berperisa ni memang kegemaran zaman berzaman-zaman.
SOTO AYAM BLC
BAHAN BAHAN:
1 ekor ayam | potong 4 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 2 sudu makan serbuk lada putih (2-4 biji) bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga 2 sm kayu manis
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia
BAHAN UNTUK MENUMIS/DIKISAR :
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia 1 sudu teh lada hitam
BAHAN SAMBAL CILI KICAP:
Segenggam cili padi | ditumbuk 2 ulas bawang putih | ditumbuk Kicap lemak manis ikut suka 1 -2 biji limau kasturi (perah airnya) (Goreng dulu cili + bawang putih dan kisar, satukan semua bahan dengan kicap)
1. Panaskan minyak dalam periuk. 2. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau. 3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. 4. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.Masukkan ayam dan gaul seketika. 5. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. 6. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 7. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam. 8. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur. 9. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik. 10. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
INFO CHEF:Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
400gm satu paket spageti Garam secukup rasa Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
BAHAN A:
1 kg ikan kembung | direbus & ambil isi 500gm ikan parang | direbus & ambil isi 500gm udang basah | rebus & ambil isi 3 keping ikan kurau masin 5 sudu makan udang kering | direbus bersama 3-4 ekor udang basah
8 keping asam gelugur 3 biji kelapa parut (ambil santan pekat) 1 sudu makan gula melaka 1 mangkuk air rebusan udang & air rebusan ikan
BAHAN DIKISAR HALUS:
20 tangkai cili kering 15 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 10 batang serai 4 sm halia 4 sm lengkuas 2 sm kunyit hidup 3 sm belacan 9 sudu makan biji ketumbar 3 sudu makan biji jintan putih 3 sudu makan jintan putih 2 biji buah keras 4 sudu makan kerisik
Limau kasturi | dipotong untuk diperah Tauge Daun kesum @ daun selasih Timun Sambal belacan Bawang besar | dipotong bulat Kacang panjang Lobak asin
CARA MASAK:
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi. 3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata. 4. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. 5. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut. 6. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi. 7. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan. 8. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi.
INFO CHEF: Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang, anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor sardin segar | asingkan isi dari tulang 1 biji bawang besar | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 sudu makan lada hitam | ditumbuk Minyak untuk menumis 1 ikat kangkung 1 lobak merah | dipotong jejari 50 gm kubis bunga 350 gm bihun | direndam dengan air biasa Air secukupnya 4-5 keping keropok mentah Garam secukup rasa
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan. 2. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau. 3. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk. 4. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF :Sajian asal di Terengganu menggunakan mee lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat.
KARI LAKSA UDANG YABBY
BAHAN PES LAKSA (DIKISAR):
300 gm cili kering | dibuang cili 150 gm halia | dihiris nipis 200 gm ulas bawang putih | diketuk 180 gm bawang kecil 80 gm serai| dihiris halus ½ cawan minyak masak 2 sm belacan | dibakar terlebih dahulu 1 ½ sudu makan serbuk ketumbar 2 sudu makan serbuk kari 1 sudu makan serbuk jintan putih 600 gm udang yabby 200 gm kek ikan (sudah dimasak) ¼ cawan minyak masak 200 ml santan kelapa 1 liter air stok ayam 10 keping tofu (jika suka) 12 auns peha ayam | dibuang tulang & kulit 400 gm mi laksa 2 sudu kecil gula melaka @ gula perang/garam kosher 3 biji telur rebus lembut Gula & garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MASAK:
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes. 2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit. 3. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit. 4. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi. Biarkan mendidih hingga 10 minit. 5. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Celur laksa dan tauge dalam air panas. 6. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama tauge, daun pudina, hirisan limau dan sambal (jika suka).
INFO CHEF:Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Kuetiau Sup ala Kopitiam ni. Nak masak pun sangat mudah. Kalau nak tahu, selain dinikmati bersama kuetiau, anda juga boleh menggantikan dengan bihun, suhun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Cik Puan Zee ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera. Jadi selamat mencuba!
RESIPI KUETIAU SUP ALA KOPITIAM YANG SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih – dicincang 1 cawan minyak masak 3 ketul dada ayam 2 kiub pati ayam – beli online disini 2-3 keping kek ikan 1 mangkuk bebola ikan Minyak bijan – beli online disini Air untuk merebus secukupnya Garam secukup rasa Kuetiau – cuci sekejap dengan air panas Sawi pak choy – dicelur Cili padi – dipotong Kicap manis/masin secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan minyak bawang putih, panaskan minyak masak guna api kecil dan goreng bawang putih cincang hingga keperangan. Ketepikan.
2. Bilas kuetiau menggunakan air panas untuk membuang minyak yang melekat pada mi. 2. Untuk membuat kuah sup, masukkan air dan kepingan ayam ke dalam periuk yang bersesuaian. Renehkan sehingga ayam masak. Angkat ayam sahaja dan ketepikan. 3. Masukkan hirisan kek ikan, bebola ikan dan kiub pati ayam ke dalam periuk tadi. 4. Titiskan minyak bijan dengan secukupnya dan perasakan kuah dengan memasukkan garam dengan secukup rasa. 5. Masak kuah dan biarkan sehingga mendidih. Siap. 6. Carik isi ayam yang direbus tadi halus-halus. 4. Untuk melengkapkan rasa, campurkan cili padi potong bersama kicap. Sebatikan. Hidangkan Kuetiau Sup bersama sambal kicap, isi ayam carik dan minyak bawang putih.
Sempena cuti sekolah ni , dikongsi cara buat mi ayam , menu asli cina yang ringkas tapi cukup menyelerakan dan pasti disukai anak-anak. Rasanya tidak pedas dan sesuai juga buat yang sedang diet. Untuk rasa yang pedas, boleh tambah hirisan cili padi.
MI AYAM CINA
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam
2 biji bawang besar Holland ] dihiris bulat
4 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih ] dikisar
4 biji bawang merah ] dikisar
1cm halia ] dikisar
1cm lengkuas ] dikisar
1 sudu teh biji ketumbar ] dikisar
2 batang serai ] ketuk
4 helai daun limau purut
1 paket An’Nur Mee Wantan Sup ] dicelur hingga lembut
2 paket An’Nur Perencah Sup
Sedikit Pak Choy ] dicelur
1 biji telur ] direbus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan rebus ayam sehingga masak. Asingkan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Tambahkan sedikit air, ayam dan perencah sup An’Nur. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi wantan. Letakkan isi ayam, pak choy dan telur rebus.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...