Mihun Goreng Ekspres, Sekejap Je Nak Dimasak

Share

Melalui facebook Yasmin Fami, dikongsikan resipi untuk individu yang sibuk. Dengan resipi ini, korang boleh menyediakan mihun goreng dengan cepat dan tetap sedap.

MIHUN GORENG EKSPRES


.

BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak masak
3 peket perencah mihun
2 peket bebola ikan
1 peket mihun | rendam air panas
Segenggam tauge

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Masukkan perencah.
2. Masukkan bebola ikan. Kacau sebati.
3. Masukkan pula mihun dan tauge. Gaul lagi.
4. Masak sehingga kering. Boleh matikan api dan angkat.
5. Kalau nak pedas, buat sambal kicap dan perahkan limau.

Resipi daripada Yasmin Fami

Published by
Maryam Elyas