Mihun Sup Daging Buat Sendiri, Puas Hati Makan

Share

Daging korban yang dapat bolehlah buat mihun sup. Memang boleh jamu sanak saudara yang berkumpul di rumah. Lebih enak di letak kicap pasti tak cukup sepinggan. Apa lagi jom lah kita buat.

MIHUN SUP DAGING

Bahan-bahan:

  • 1 kilo daging(potong ikut suka)
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 keping asam keping(kalau kecil tambah 1/2 keping lagi)
  • 1 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu teh ajinomoto
  • 4 liter air
  • Daun sup+daun bawang+bawang goreng(hiasan)
  • 1/2 cawan minyak (untuk menumis)

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 bungkus bunjut sup ambil isinya sahaja
  • 1/2 cawan air
    (kisar semua bahan ini)
  • Bahan lain
  • Daun sup dan
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

Cara memasak:
1.Didihkan air dan daging guna api sederhana.
sambil tu kita siapkan bahan lain.
2.Panaskan minyak.Masukkan bahan kisar,bunga lawang,kulit kayu manis dan asam keping.Tumis hingga naik minyak dan elok garing. Tutup api.


3.Masukkan bahan tumis ke dalam periuk yang kita rebus daging tadi..
4.Renehkan hingga daging lembut.Apabila daging dah lembut,masukkan garam dan ajinomoto.
Sesuaikan rasa. (nak kuah lebih boleh tambah air)

SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:

  • 30-35 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 kali renjis kicap masin
  • 5 kali renjis kicap manis
  • 1 sudu teh perahan limau kasturi(tak nak letak pun tak apa)
  • 1 senduk kecil kuah sup
    (Kisar semua bahan ini )
    Siap.
    Mihun dicelur dan toskan

Kredit : Mariana Zainal

INGIN DAPATKAN HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri Adila Saari