Cookies antara kudapan raya moden yang mudah disediakan. Sesuai dengan selera semasa, oreo antara bahan campuran popular dan disukai ramai terutama di kalangan kanak-kanak. Kalau mak-mak nak cuba buat, sekarang masanya, kalau buat awal-awal bimbang balang kuih kosong menjelang raya. Untuk resipi, RASA kongsikan di sini.

MILKEY OREO COOKIES
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
130 gm mentega
70 gm gula
1/4 sudu teh esen vanilla
secubit garam
BAHAN B:
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1/8 sudu teh baking powder
20 gm cornflakes | di kisar
20 gm serbuk badam
20 gm badan nibs
20 gm oreo | di kisar
HIASAN:
Coklat putih | dicairkan
Coklat Oreo | dikisar

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati
  2. Kemudian satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
  3. Uli adunan hingga menjadi doh
  4. Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang di sukai. Susun dalam loyang.
  5. Bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.Sejukkan.
  6. Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
  7. Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
  8. Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

Kredit : masam manis

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI