Milo Crackers 3 Bahan, Kos Minima Rasa Maksima Sedapnya

Share

Sekarang ni min tengok dah banyak resipi biskut yang senang-senang dan ringkas sahaja bahan-bahan ramuannya. Kalau dulu ada kek Milo ringkas, rupanya biskut Milo tiga bahan pun dah ada.


Jom semak perkongsian resipi dari dapurkakekin ni.

MILO CRACKERS


BAHAN-BAHAN:

  • 1 pek biskut Marie
  • 1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
  • 1/2 cawan Milo atau serbuk koko atau Vico/ Ovaltine

*Boleh salut dengan coklat rice atau nestum, kacang tumbuk dan sebagainya

CARA MEMBUATNYA :
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.


Selamat mencuba!

kredit: dapurkakekin

Published by
Faridah Talib