Apa minum petang anda hari ini? Selain hidangkan kuih muih sesekali boleh hidangkan dessert special. Milo mille crepe ni sedap dimakan sejuk. Ikut langkah yang betul pasti menjadi.
Milo mille crepe
Bahan-bahan:
7 sudu makan (70g) tepung gandum
1 peket milo 3 in 1
1 sudu besar gula pasir
Sebatikan dua bahan di atas
2 biji telur.
Pukul sebati,masuk
5 sudu makan marjerin /butter cair
250ml susu cair
Kemudian masuk bahan kering sikit
Whisk hingga sebati
Tapis
Sediakan non stickpan
Panaskan api sederhana
Sapu sikit dengan sedikit minyak
Tuang 1 senduk
Tunggu sekejap dan nampak bergelembung,balikkan.Tunggu sebentar dan angkat
Buat sampai habis
Untuk inti:
2 cawan fresh cream.putar kental
Masuk 2 sudu besar susu pekat
Putar lagi
Ambil sekeping crepe
Letak inti
Buat hingga habis
Akhir sekali tabur milo
Sejukkan dulu
Potong, sedia untuk dinikmati
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official