Mini cup cake red velvet keju leleh. Ia bukan saja cantik dipandang, malah sedap dimakan. Dilimpahi rasa keju. Anak-anak mesti suka kerana warnanya yang cukup menyerlah.
Saiznya yang comel memudahkan ia untuk dimakan. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nuralia Idayu ini ye. Gerenti tak menyesal!
Tuangkan tepung, serbuk baking powder, serbuk soda bikarbonat. Kacau dengan sudu kasi rata. Kalau terus putar guna mixer takut nanti bersepah tepung luar bekas.
Ads
Titiskan pewarna dan red velvet emulco. Baru boleh mix guna mixer.
Masukkan air 1/2 cawan dulu; kalau rasa pekat tuangkan lagi sikit-sikit. Pekat sangat pun tak boleh nanti kek bantat.
Sapu minyak guna tisu dalam bekas lompang tu untuk elakkan kek melekat, senang nak keluarkan bila masak Agihkan adunan dalam bekas lompang, isi dalam 3/4 bekas sajaa
Api sederhana besar, kukus dalam 20 minit. Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar topping cheese.
Dah sejuk, bolehlah keluarkan daripada cawan. Untuk sediakan topping cheese, putar keju sampai agak-agak kembang dan lembut. Masukkan krimwell & icing. Mix sampai sebati dan tak ada ketulan. (Nak manis, letak gula icing banyak. Nak kurang manis, letak gula icing sikit saja)
Masukkan susu cair sikit-sikit je. Nak cair, letak lebih. Ikut selera sendiri.
Ads
Final step, letakkan keju atas kek. Nak guna pipping bag pun boleh, tabur-tabur sikit untuk hias nak bagi nampak cantik.
Bila bercerita pasal kurma, memang baik sangat dijadikan rutin amalan seharian. Buah kurma yang banyak khasiat dan kebaikan ini dihidang untuk raya memang terbaiklah serta berkhasiat pulak.
Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma makanan tinggi serat ini sangat sesuai dan berkhasiat.
Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang sewajarnya wajib anda makan untuk menjaga kesihatan. Kurma juga sedap dijadikan sajian pencuci mulut yang hebat.
1.BROWNIES COKLAT KURMA
BAHAN-BAHAN :
128 gm mentega lembut
70 gm coklat gelap
100 gm telur
100 gm gula halus/castor
50 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
50 gm walnut/dicincang halus
50 gm kurma / keluarkan isi dicincang halus
CARA MEMBUAT : 1. Cairkan coklat dan mentega menggunakan teknik ‘double boil’, iaitu dengan memanaskan kuali yang berisi air hingga mendidih dan letakkan loyang bulat atau periuk di atasnya. 2. Setelah cair ketepikan, biarkan adunan sejuk sedikit, 3. Sedia kan bekas dan masukkan telur, esen vanilla bersama gula castor. Kacau laju supaya semuanya sebati, masukkan s glukos cecair. Jangan terlebih kacau, tidak perlu menggunakan ‘mixer’. 4. Masukkdan mula tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit serta serbuk koko. 5. Masukkan walnut dan kurma, dan kaup balikkan sekali. 6. Tuangkan ke dalam loyang pembakar, ratakan adunan 7. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. 8. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 10 potongan Masa memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Brownies Keistimewaan : Brownie kaya rasa coklat dan manis kurma serta lemak berkacang. Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Brownies dengan ramuan kurma makanan sunnah yang sesuai sebagai pencuci mulut dan moreh.
Resipi : Hotel Sheraton PJ
2. PENGAT KURMA ,DELIMA & BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji delima /diambil isinya
1 biji santan kelapa
15 biji kurma /dibuang biji
10 biji buah tin kering /dipotong
20 biji gajus goreng @ bakar
2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. 2.Masak dengan api yang sederhana. 3.Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
Kek coklat kukus ini tak kurang sedapnya berbanding jika dibakar. Ia cukup mudah, lembut dan sedap.
Lagi menarik, tak perlu nak bakar, hanya guna pengukus je. So, bagi yang tak ada oven, jangan susah hati. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Noriza Awang Hamat ini ye. Selamat mencuba.
Dalam satu mangkuk, masukkan bahan yang dikisar berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Nak lebih mudah, kisar semua bagi sebati.
Sapu mentega pada loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang dikisar tadi.
Panaskan air kukusan terlebih dahulu. Kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
Untuk topping, satukan semua bahan dalam satu mangkuk dan masak secara ‘double boiler”. Kemudian tuang ke atas kek. Boleh hias dengan badam di atasnya kalau suka. Siap!
Salah satu biskut raya yang selalu jadi pilihan ketika nak raya adalah bangkit cheese. Rasanya lemak-lemak manis. Memang sedap. RASA kongsikan resipi yang senang nak dibuat dan confirm akan jadi. Sesuai kalau nak cuba buat untuk raya ni.
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega dan gula aising. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur ayam dan pukul lagi.
3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum dan tepung jagung. Gaulkan dan masukkan adunan ke dalam adunan mentega tadi.
4. Uli adunan perlahan-lahan dan masukkan juga soda bikarbornat dan keju parut. Uli sampai sebati.
5. Canaikan doh dan tekap dengan bentuk yang diinginkan. Susun ke dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 150c selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.