Mini cup cake red velvet keju leleh. Ia bukan saja cantik dipandang, malah sedap dimakan. Dilimpahi rasa keju. Anak-anak mesti suka kerana warnanya yang cukup menyerlah.
Saiznya yang comel memudahkan ia untuk dimakan. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nuralia Idayu ini ye. Gerenti tak menyesal!
2 biji telur
1/2 cawan gula – boleh beli online di sini
1 sudu besar ovalette – boleh beli online di sini
1/2 cawan susu pekat – boleh beli online di sini
1 cawan minyak masak – boleh beli online di sini
1 cawan air
2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1/2 sudu kecil serbuk baking powder – boleh beli online di sini
1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat – boleh beli online di sini
Pewarna merah & red velvet emulco
Bekas lompang
250gm Cheese Tatura
1-2 sudu besar krimwell (boleh cari kat kedai kek)
Gula ising secukup rasa – boleh beli online di sini
Susu cair – boleh beli online di sini
Pecahkan telur, masukkan gula + ovalette. Kacau sebati. Masukkan susu & minyak. Mix sebati lagi.
Tuangkan tepung, serbuk baking powder, serbuk soda bikarbonat. Kacau dengan sudu kasi rata. Kalau terus putar guna mixer takut nanti bersepah tepung luar bekas.
Titiskan pewarna dan red velvet emulco. Baru boleh mix guna mixer.
Masukkan air 1/2 cawan dulu; kalau rasa pekat tuangkan lagi sikit-sikit. Pekat sangat pun tak boleh nanti kek bantat.
Sapu minyak guna tisu dalam bekas lompang tu untuk elakkan kek melekat, senang nak keluarkan bila masak Agihkan adunan dalam bekas lompang, isi dalam 3/4 bekas sajaa
Api sederhana besar, kukus dalam 20 minit. Sementara tunggu kek sejuk, boleh putar topping cheese.
Dah sejuk, bolehlah keluarkan daripada cawan. Untuk sediakan topping cheese, putar keju sampai agak-agak kembang dan lembut. Masukkan krimwell & icing. Mix sampai sebati dan tak ada ketulan. (Nak manis, letak gula icing banyak. Nak kurang manis, letak gula icing sikit saja)
Masukkan susu cair sikit-sikit je. Nak cair, letak lebih. Ikut selera sendiri.
Final step, letakkan keju atas kek. Nak guna pipping bag pun boleh, tabur-tabur sikit untuk hias nak bagi nampak cantik.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official