Mini Makaroni Bakar. Bubuh Dalam Cawan Lebih Memudahkan

Share

Mini makaroni bakar ini diletakkan di dalam cawan. Jadi, lebih mudah bila nak dihidangkan untuk sebarang jamuan. Apatah lagi di hari-hari akhir Syawal ni. Tentu banyak majlis pejabat dan rumah terbuka.

Selain itu, ia juga comel kan? Boleh ikut resioi yang dikongsikan oleh puan Nuralia Idayu

ini ye. Resipi ini untuk 55-60 cup ye. Selamat mencuba.

Mini Makaroni Bakar

Bahan-bahan:

400gram makaroni – boleh beli online di sini

1 tin sos Prego (Traditional)

1 tin sos Prego ( Cendawan)

3-4 ketul cendawan butang (potong dadu) – boleh beli online di sini

Ayam cincang jenama Ramly (nak guna daging cincang pun boleh)

Sosej (Optional. Potong dadu)

1 labu bawang besar (cincang)

Serbuk oregano/parsli (tak ada pun tak apa)

4-5 biji telur

Kepingan keju cheddar – boleh beli online di sini

Keju mozarella ( untuk topping ) – boleh beli online di sini

Air

2-3 sudu teh minyak masak – boleh beli online di sini

1 sudu teh garam – boleh beli online di sini

Cup /cawan kertas saiz kecil

Cara Memasak:

Rebus makaroni sampai lembut. Boleh letak garam  dan minyak untuk elakkan melekat nanti bila masak. Dah lembut, toskan.

Tumiskan bawang sampai naik bau. Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej dan cendawan. Tuangkan sos Prego, kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam gula secukup rasa.

Gaulkan macaroni sampai sebati, matikan api. Tuang macaroni ke dalam bekas asing sebab nak gaul dengan telur. Pecahkan telur dan gaul sebati dengan makaroni.

Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dalam cup kecil.

Letak kepingan keju cheddar dan mozarella di bahagian atasnya. Kemudian, tabur sikit serbuk parsli.

Bakar suhu 170C 30 minit. Siap! 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa