Tidak lengkap hari anda tanpa peneman hidangan minum petang. Setiap dari kita mempunyai citarasa yang berbeza , ada yang menggemari kuih manis dan sebaliknya. Apa-apa pun makan manis biarlah berpada- pada, jangan sampai potong kaki pula gara-gara gula yang tinggi. Lebihan roti boleh diolah menjadi pemanis mulut yang ringkas dan senang.
SANGKHAYA FAK THONG (KASTARD LABU)
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu bersaiz sederhana
4 biji telur
350ml santan
250gm gula
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Potong bahagian tangkai labu dan buang bijinya dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika.
Dalam mangkuk adunan, pecahkan telur dan kacau sebati.
Masukkan santan dan kacau bersama gula sehingga gula larut. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
Masukkan adunan telur tadi ke dalam labu dan kukus lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga puding menjadi kental.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Santan boleh digantikan dengan susu cair.
UBI KAYU KARAMEL GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
2 batang ubi kayu bersaiz sederhana
250gm gula perang
100gm gula Melaka
1 helai daun pandan
400ml air
CARA MEMASAK:
Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus.
Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga dihidangkan bersama santan.
PULUT PISANG
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk pulut masak
3 biji pisang berangan
1 helai daun pandan
3 mangkuk santan pekat
4 sudu makan gula
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama pisang dan daun pandan.
Masak atas api sederhana, Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
Setelah pisang empuk, masukkan gula dan secubit garam sebagai penambah rasa.
Apabila secukup rasa. Matikan api.
Untuk menghidangkannya, skopkan pulut tawar ke dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan santan pisang tadi.
Pulut pisang sedia dihidangkan.
Info Chef: Hidangan ini enak dihidangkan panas atau sejuk, terpulang pada cita rasa anda.