Minum Petang Versi PKP, Jimat Dan Puas Makan

Share

PKP bermula kembali. Sesi masak memasak bermula lagi. Takkan asyik nak order makanan saja. Kan lebih baik berjimat. Bila memasak sendiri portion hidangan lebih banyak dan lebih puas makan. Untuk minum petang nanti bolehlah masak ikut idea ni.

MI GORENG MAMAK SPECIAL
-Chef Alipah
Saiz Hidangan: 4-5 pax
Waktu memasak: 20 min
Anggaran Kos: RM 15
Tip: Mi kuning boleh juga ditukarkan kepada spagheti.

BAHAN-BAHAN
400 gm ( 1 paket) mi kuning
200 gm minyak masak
20gm bawang kecil (dikisar)
20gm bawang putih
20gm cili kisar
10gm sos cili
10gm sos tomato
2 biji telur
30gm udang
20gm sotong
5gm fish cake
20gm kicap pekat
20gm sawi
10gm kobis (potong halus)
10gm taugeh
Serbuk perasa secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Sotong dan udang yang telah dibersihkan serta kulitnya dibuang akan dipotong kecil.
2. Sayuran seperti sawi dan kobis dihiris halus.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar hingga naik bau. Setelah naik bau, masukkan sedikit kicap pekat serta sebiji telur kepada bahan yang telah ditumis
4. Masukkan udang, sotong dan fish cake
5. Masukkan mI kuning, kubis dan sawi. Gaul sebati hingga masak. Perasakan dengan sebuk perasa jika perlu
6. Akhir sekali, masukkan taugeh ke dalam mi yang telah dimasak. Gaul sebati sehingga taugeh masak. Setelah selesai, hidangkan dengan sebiji telur goreng. Untuk mencantikkan lagi hidangan, taburkan cili merah, cili hijau serta daun bawang
7. Dan siap! Sedia untuk dihidang.


CUCUR UDANG
-Chef Alipah
Saiz Hidangan: 10 pax
Waktu memasak: 20 min
Anggaran Kos: RM 15
Tip: Boleh juga ditukar menjadi cucur sayur

BAHAN-BAHAN
1 kg minyak masak
500gm tepung gandum
50gm serbuk penaik
2 biji telur
Secubit garam
Secubit kunyit
10gm bawang besar (dihiris)
20gm taugeh
300gm daun kucai
20gm daun bawang
10gm cili merah (dihiris)
10gm cili hijau (dihiris)
300gm udang

CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung gandum, serbuk kunyit dan secubit garam halus. Kemudiannya digaul rata.
2. Masukkan telur dan gaul sehingga sebati. Campurkan semua sayur-sayuran dan serbuk penaik ke dalam tepung
3. Kemudian, masukkan sedikit air dan gaulkan sehingga semua bahan telah diliputi dengan tepung. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair
4. Bersihkan udang dan ketepikan.
5. Panaskan minyak dan letakkan sedikit adunan kepada senduk, seekor udang dan celupkan ke dalam minyak yang panas. Biarkan selama 1 minit
6. Ulangi proses dan setelah selesai, sedia untuk dihidang dengan sos pencicah

CARA PENYEDIAAN SOS PENCICAH:
1. Didihkan air sehingga mengelegak dan masukkan cili kisar, bawang putih dan sedikit halia
2. Biarkan cili kisar tersebut masak selama 30 minit. Setelah itu, masukkan sedikit garam, gula dan cuka. Tambahkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuahnya
3. Gaul rata dan setelah masak, sejukkan dalam suhu bilik dan hidangkan bersama cucur udang.


TAUHU GORENG SOS THAI
-Chef Yee
Saiz Hidangan: 2 pax
Waktu memasak: 20 min
Anggaran Kos: RM 7
Tip: Tambah sedikit cili padi merah untuk tambah tahap kepedasan

BAHAN-BAHAN:
200gm tauhu (potong dadu)
50gm lobak merah (julienne cut)
50gm timun (julienne cut)
100gm sos cili thai
20gm kacang panggang hancur
1 liter minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mendapatkan kulit tauhu keemasan.
2. Potongkan tauhu kepada saiz yang bersesuaian.
3. Perlahan-lahan goreng tauhu hingga kulitnya garing keemasan.Keluarkan dari kuali dan susun di atas pinggan.
4. Hiaskan tauhu yang telah digoreng dengan lobak merah dan timun yang telah dipotong. Tuangkan sos cili Thai dan kacang panggang yang telah dihancurkan di atas tauhu.
5. Hidangkan dengan segera


CLUB SANDWICH SKWERS
-Chef Yee
Saiz Hidangan: 2 pax
Waktu memasak: 20 min
Anggaran Kos: RM 12
Tip: Boleh juga ditukar kepada roti gandum

BAHAN-BAHAN:
2 keping roti sandwich (dibakar)
1 helai daun salad
50gm isi ayam & daging
50gm tomato ceri
30gm timun Jepun
2 keping keju Cheddar
1 kepingan ayam Turki
Mentega & mayonis secukupnya (untuk disapu pada roti)

CARA MEMASAK:
1. Panggangkan isi ayam, isi daging dan kepingan ayam Turki
2. Hiriskan kerak dari roti yang dibakar
3. Potongkan keju, isi ayam, timun Jepun, isi daging dan kepingan ayam Turki kepada bentuk segi empat sama
4. Susun bahan yang telah dipotong ke atas roti bersama dengan tomato ceri dan letakkan lidi untuk memastikan sandwich tidak berterabur
5. Club sandwich boleh dihidang dengan kentang goreng atau begitu sahaja



TART MINI BUAH_BUAHAN

– Chef Yee Chia
Saiz Hidangan: 2 pax
Waktu memasak: 30 min
Anggaran Kos: RM 15
Tip: Kulit tart seeloknya dibuat sehari sebelum, kemudian rehatkan ia semalaman untuk mendapat kan tekstur yg cantik

BAHAN-BAHAN KULIT TART

35gm mentega

7gm badam hancur

20gm gula aising

15gm telur

1gm garam

65gm tepung gandum

5gm esen vanilla

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mentega, gula aising, garam dan esen vanilla dalam mangkuk adunan dan gaul sebati. Apabila adunan sudah menjadi sebati, masukkan tepung dan gaul rata sehingga teksturnya seakan serbuk roti
  2. Kemudian, tambahkan telur kepada adunan dan gaul hingga adunan menjadi doh
  3. Potong doh menjadi kepingan kecil
  4. Tekan doh menggunakan acuan tart untuk membentuk cawan. Sejukkan selama 10 minit
  5. Setelah kulit tart siap disejukkan, bakar selama 72 minit

Kredit: Terima kasih Armada Hotel.
Foto: Yanti Saharuddin (Ideaktiv)

http:/www.rasa.my/cara-buat-kuih-tako-letak-sengkuang-cina-paling-senang-sedap/

Published by
Putri Adila Saari