Minuman Campuran Herba & Rempah. Ada Khasiatnya…

Share

Herba seperti serai dan halia memang mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Begitu juga dengan kulit kayu manis dan cengkih. Ni perkongsian dari Maria Bentalib mengenai campuran herba dan rempah yang dikatakan dapat menyihatkan tubuh.

Katanya ini lah minuman yang boleh menjadi petua meredakan atau menghilangkan sakit lutut, sakit sendi, angin mencucuk dengan menggunakan bahan mudah dan senang. Semuanya ada kat dapur kita aje. Kalau malas jugak tak tahulah nak kata apa.

Malah minuman ini juga dipercayai boleh menurunkan kencing manis dan darah tinggi.

MINUMAN CAMPURAN HERBA DAN REMPAH



.

BAHAN-BAHAN :


.

  • 1 liter air
  • 2 batang serai | dititik
  • 1 batang kayu manis ceylon
  • 7 biji cengkih
  • 3 hiris halia

CARA PENYEDIAAN :


.

1. Rebus kesemua bahan dalam satu liter air.



.

2. Rebus selama 20 minit dan tutup api.

Minum bila dah suam suam dua kali sehari. Insya Allah boleh menyihatkan tubuh.
.
Kredit : Maria Bentalib

JIKA ANDA GEMAR MEMBELI SECARA ONLINE, DAPATKAN PERKAKAS ELEKTRIK DAN BARANGAN DAPUR  SERTA KEPERLUAN RUMAH DENGAN MELAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

 

DAN JUGA PETUA INI :

Published by
Faridah Talib