Minuman jambu air ini memang sedap diminum ketika cuaca panas. Terasa nyaman sahaja ditekak. Bukan sahja rangup bila dimakan begitu sahaja, buah jambu air juga memang sangat melegakan bila dijadikan minuman. Jom kita cuba resipi minuman daripada buah jambu air ini yang dikongsikan oleh Hasni Abdull Jalil
RESIPI MINUMAN JAMBU AIR
BAHAN-BAHAN:
Semangkuk jambu (siap dibersihkan)
Air secukupnya
Gula ikut kemanisan yang kita suka – BELI SINI
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih – BELI SINI
CARA MEMBUAT:
1. Didihkan air dan jambu air.
2. Masukkan gula.
3. Didihkan hingga gula larut dan jambu empuk.
4. Sejukkan dan sedia untuk diminum. Tambah ais kiub jika suka.
Sumber: Hasni Abdull Jalil
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official