Minuman yang menyegarkan boleh membantu mood pada hari tersebut jadi lebih menyeronokkan. Apa kata anda cuba buat minuman daripada lemon dan madu. Rasanya sedap dan menyegarkan.
JUS LEMON MADU
BAHAN-BAHAN
2 biji lemon
2 gelas air masak
1 sudu kecil gula
2 sudu besar madu
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Perah jus lemon. Ketepikan. Separuh biji dihiris bulat.
2. Isi air masak dalam bekas. Masukkan gula pasir. Kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan madu. Kacau sebati.
4. Tuangkan ais. Sedia diminum.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Air Jamu Ala Spa, Elok Untuk Kembalikan Tenaga & Buang Angin
Air jamu ini selalu dihidangkan sementara menunggu atau selepas buat rawatan spa. Bila dah lama tak ke spa, ada masa kita pun teringin nak minum air jamu yang harum berbau rempah dan juga pudina ini.
Tapi tak perlulah ke sana semata-mata nak minum air jamu sebab kita pun boleh buat sendiri di rumah. Air ini elok diminum terutama bila badan terasa letih dan lemau. Cara membuatnya dikongsi oleh Sarifa Redzuan II
Air jamu untuk kembalikan tenaga dan buang angin
Air jamu ni sesuai untuk lelaki, perempuan serta remaja. Lepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala pun berkurang.
Sesuai diminum satu cawan setiap hari. Air ini juga elok disediakan di spa sebagai welcome drink pelanggan. Aromanya memang superb! Lepas minum paling best kita akan sendawa, kerana angin keluar. Lega…
Bahan-bahannya
Halia
2 batang serai
1 sudu kecil halba campur
1 sudu Kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu
Beberapa helai daun pudina
Cara membuat
1. Halia dan serai diketuk kemudian rebus semua bahan dengan 6 cawan air.
2. Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.
3. Tapis airnya dan masukkan satu sudu besar madu.
4. Dah siap jamu yang mampu tambah tenaga. Cuba ya. Sedap sangat.
Boleh guna untuk sinus, mandian, stim muka pun boleh
- Selain dibuat jamu, air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus.
- Untuk sinus, air ini perlu di stim pada wajah sambil menyedut aromanya. Tapi untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
- Untuk mandian pun boleh. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Kemudian boleh mandi buat bilasan terakhir.
Selamat mencuba!
Sumber: Sarifa Redzuan II
Lutut Anda Sakit? Boleh Cuba Petua Mudah Untuk Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat Ni.
Bila sakit lutut je mesti susah nak aktif macam biasa. Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit lutut ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia. Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.
Petua Mudah Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat
BAHAN-BAHAN:
- 1 ketul halia
- 1 cawan air
- Sedikit perahan jus lemon
- Sedikit madu
CARA-CARA:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.
3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
Selamat mencuba. Klik share jika bermanfaat.
Kredit resipi & gambar: Azliza Talib
Resipi Air Rempah, Lemon & Madu Untuk Kurangkan Selera Makan, Kempiskan Perut
Risau juga kalau makan asyik berselera saja. Kalau tak dikawal tak mustahil berat badan boleh naik 5-6 kg sebulan. Salah satu cara untuk mengelakkan kenaikan berat badan ini adalah dengan mengekang nafsu makan.
Tapi tak perlu ubat atau stres menahan selera untuk tujuan ini kerana ada cara semula jadi yang mudah untuk kita praktikkan. Dikongsi oleh Eka Zahra melalui pengalamannya, beliau mengamalkan minum air rebusan lemon yang resipinya diambil dari seorang rakan berasal dari Indonesia untuk mengawal selera makan.
Ujarnya tak sampai empat hari minum air ini beratnya sudah turun 1 kg, malah dia sendiri juga nampak perubahan pada perut yang kempis selepas seminggu mengamalkannya.
Baru minum dah turun 1kg
Hari ini nak kongsi resepi minuman yang boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang rakan dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.
Atas nasihat doktor, dia yang sudah ada 4 org anak dan mempunyai masalah obes dalam keluarga mengamalkan minuman ini. Saya pun cubalah. Bagusnya minuman ini memang boleh kawal selera makan saya sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resipinya ya. Tapi perlu diingat hasilnya bergantung badan masing-masing ya.
Resipi air rempah, lemon & madu
Bahan-bahan
- 1 liter air
- 2 batang serai diketuk
- 2 batang kulit kayu manis
- 4 inci halia diketuk
- 5 kuntum bunga cengkih
- 1 biji lemon dihiris
- Madu
Cara membuat
1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
3. Masak selama 5 minit.
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengah hari dan sebelum tidur.
Nota
- Baki air boleh simpan dalam peti sejuk
- Resipi ini boleh minum 5 kali (5 gelas)
Sumber: Eka Zahra