
Bahan-bahan herba di dapur sebenarnya boleh bantu untuk melegakan kesakitan ringan yang kita hadapi. Melalui facebook, Maria Bentalib memberikan petua untuk menghasilkan minuman yang dikatakan boleh bantu masalah angin dalam badan dan sakit lutut. Boleh try.
MINUMAN UNTUK BUANG ANGIN

BAHAN-BAHAN
1 liter air
2 batang serai (ketuk)
3 hiris halia (hiris dan ketuk sikit)
1 batang kayu manis ceylon
7 biji cengkih

CARA MEMBUAT
1. Rebus air dalam periuk.
2. Rebus semua bahan selama 20 minit.
3. Minum suam-suam 2 kali sehari.

Kredit : Maria Bentalib
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anggur Menu Sunnah Anti Oksidan, Cubalah Resipi Yang Dikongsi Ni..

Pelbagai buah-buahan segar yang dicipta Allah itu ada manfaatnya untuk semua umat manusia. Di antara banyak buah-buhan itu salah satu yang disebutkan Allah s.w.t dalam al-Quran adalah anggur.
Anggur juga adalah buah-buahan yang digemari Nabi Muhammad s.a.w. Memakannya bukan sahaja menjadi amalan sunnah tetapi buah anti oksidan ini juga penuh berkhasiat dan menyihatkan.

Di dalam al-Quran buah yang lazat ini disebutkan sebanyak 14 kali di antaranya surah An-Nahl, ayat 11, Allah berfirman :
“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” Anggur juga memiliki pelbagai khasiat . Di antaranya mengurangi keradangan serta boleh melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.
Manfaat Kesihatan Anggur:
1.Kesihatan Mata
Anggur mempunyai serat, air dan khasiat nutrisi yang mampu menurunkan dan mengawal berat badan. Selain itu khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata.

Di dalam buah anggur banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini percayai boleh mengurangkan risiko kerosakan penglihatan. Lutein merupakan salah satu jenis karotenoid dan ia juga mempunyai kesan anti oksida. Dalam satu penyelidikan sains, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.
Menjadi amalan yang baik kita memakan buah anggur yang mengandungi lutein ini yang diyakini boleh menjaga metabolism dalam lensa mata sehingga ia tetap jernih. Tujuannya adalah untuk menjaga metabolisma dalam lensa mata, sehingga tetap jernih.
2. Mencegah Sakit Hati (hepar)

Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat melindungi segala penyakit yang berhubungkait dengan hati (hepar) manusia.
3. Mencegah Penyakit Strok, Jantung dan Kanser

Khasiat anggur juga dipercayai dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. Menurut Reuter Health (Kaltim Post, 2001), “Wanita muda yang mengamalkan meminum jus anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak pat sampai ke otak). Ini kerana di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.
Bagamana pun seperti juga makanan yang lain, jangan pula diambil secara berlebihan untuk mengelakkan ia menjadi mudarat pula.
PAI ANGGUR
(Resipi ini untukk pie berukuran 23 sm ( 9 inci))

BAHAN-BAHAN :
Bahan pastri:
- 2 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu the garam
- 18 sudu makan mentega tanpa garam (unsalted butter)/dipotong kecil
- 10 sudu makan air sejuk ais
Bahan untuk inti :
- 907 gram anggur /dibuang tangkai
- ¾ cawan gula
- 2 sudu makan tepung ubi kayu
- 1 sudu makan mentega tanpa garam/dipotong kecil
CARA MEMASAK :
1. Pastri :Ayak tepung dan garam di dalam mangkuk besar.
2. Kemudian masukkan mentega dan adunkan dalam campuran tepung
3. Renjiskan dengan 10 sudu makan air sejuk ais, satukan dengan doh sehingga ia sebati.
4. Tekan doh menjadi bulatan dan pindahkan ke atas papan canai yang ditabur tepung.
5. Uli seketika sehingga doh sekata. Bahagikan doh kepada dua bebola.
6. Satu bahagian bola biarkan lebih besar sedikit daripada yang satu lagi.
7 .Balutkan di dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama dua jam.
8. Membuat inti : Keluarkan isi setiap biji anggur (pulp dengan biji) dari kulitnya dan masukkan ke dalam kuali bersaiz sederhana, Masukkan kulitnya di dalam mangkuk besar dan ketepikan.
9. Masak isi anggur dengan api sederhana, dan kacau hingga lembut selama lapan hingga sepuluh minit.
10. Kemudian toskan, dan tapiskan ke dalam mangkuk yang mengandungi kulit amggur.
11. Lecekkan dengan belakang sudu, buang biji anggur.
12. Biarkan sejuk sepenuhnya. Kacau gula dengan ubi kayu dan masukkan ke dalam anggur dan ketepikan.
13. Panaskan oven ke suhu 204 darjah celcius.
14. Canaikan bola doh yang besar di atas papan canai yang sudah ditabur tepung. Jadikan membulat dengan ukuran 30.5 sm untuk dimuatkan dalam acuan pai berukuran 23 sm. Tekan kemas di tepinya.
15. Masukkan inti anggur ke dalam pastri dan sapukan sedikit mentega di atasnya.
16. Canaikan bola doh yang satu lagi menjadi bentuk membulat dengan ukuran 25 sm.
17. Tutup inti dengan pastri bulat. Kelarkan sedikit garisan lubang (slits) atas permukaan pai untuk melepaskan stim masa membakar.Kemaskan dan lipatkan doh di keliling tepi acuan pai .
18. Bakar pai untuk 20 minit dan turunkan suhu kepada kurangkan kepada suhu 176 darjah celcius.
19. Teruskan membakar sehingga perang keemasan, selamaka 45-50 minit lagi. Keluarkan dan pai sedia dihidangkan.
2. JUS ANGGUR SUSU/GRAPE MILKSHAKES
(Resipi ini cukup untuk dua gelas)

BAHAN-BAHAN :
- 300 gm anggur merah/dikupas
- 200 ml susu segar
- 50 ml madu
- 200 gm ketulan ais
CARA MEMBUAT :
1. Masukkan anggur dan susu ke dalam mesin pengisar.
2. Masukkan ais dan madu dan kisar sampai halus.
3. Tuangkan dalam gelas, jus anggur susu siap dinikmati
Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Untuk Berbuka.

Sedapnya jika dapat berbuka puasa dengan Air Bandung Laici Cincau sejuk. Terasa segar setelah seharian berpuasa. Maklumlah bila tiba waktu berbuka puasa, aneka minuman sejuk tentunya jadi pilihan ramai lebih-lebih lagi jika cuaca panas seharian. Bagi anda yang teringin nak buat minuman ni, resipi perkongsian Ben Safwan antara yang menarik perhatian dan nampak membuka selera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AIR BANDUNG LAICI CINCAU SEDAP KAW KAW

BAHAN-BAHAN:
- 1 tin laici
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat manis
- 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
- 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
- 1 sudu makan biji selasih
- 5-6 biji kurma merah
- 50-60gm cincau hitam

CARA MEMBUAT:
1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang.
2. Ambil cincau dan sagat. Ketepikan.
3. Masukkan susu pekat manis, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati.

4. Tambahkan semua bahan-bahan lain. Air laici dalam tin pun masukkan sekali. Tambah ais.

5. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati masa berbuka.

INFO:
1. Tak perlu tambah air masak. Hanya guna air laici dan ais yang mencair. Jika suka air soda, boleh tambah ikut cita rasa.
2. Sukatan campuran air ini untuk 2 jug seperti dalam gambar. Jika perlu, boleh bahagi dua bahan-bahan di atas.
3. Tip untuk dapatkan potongan cincau yang cantik ialah, sagat guna penyagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Sedapnya! 10 Resipi Minuman Sejuk Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa
Cara Mudah Turunkan Kolesterol Hanya Guna Sawi & Nanas.

Nak turunkan kolesterol? Seperti yang sedia maklum, kolesterol boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, aktiviti bersenam dan juga pemakanan yang baik amat membantu. Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi atau sedang berusaha untuk mengurangkannya, ada tip yang dikongsi oleh saudari Noor Azlina yang boleh anda cuba.
“Disini Kak Noor nak kongsi ilmu. Yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor. Tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.”
CARA BUAT JUS TURUNKAN KOLESTEROL
BAHAN-BAHAN:
- Buah nanas
- Sawi

CARA-CARA:
- Kisar nanas dan sawi hingga menjadi jus.

2. Minum 1 kali sehari. Diamalkan setiap hari.

3. Insyaallah, akan ada perubahan atas izinNya.”
Kredit resipi & foto: Noor Azlina

