Tengah bersemangat nak masak, pergi ke dapur tengok-tengok minyak masak pula habis. Nak keluar ke kedai pun susah. Tak kan tak nak masak. Ha…Jika masalah ini terjadi pada anda, usah risau. Dapur masih boleh berasap. Ada banyak lauk pauk tanpa minyak yang boleh anda hasilkan. Malah tetap sedap dan mudah disediakan. Jom lihat resipi-resipinya.
1. UDANG BAKAR KEJU
BAHAN-BAHAN:
300gm udang segar
100gm keju mozzarella
50gm keju cheddar
50gm keju parmesan
BAHAN PERAPAN:
1 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan madu
1 sudu makan jus lemon
Herba thyme secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.
INFO CHEF: Guna udang segar bersaiz XL untuk hasil yang enak. Boleh dinikmati bersama pasta atau nasi.
2. PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 ekor ikan kerisi | bersihkan dan potong dua
2 ulas bawang merah| hiris
1 ulas bawang putih | titik
½ inci halia| hiris
1 keping asam gelugur
1 sudu kunyit hidup | kisar
1 biji ili hijau |belah tengah
1 biji cili merah | belah tengah
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam periuk bersama air, kunyit, asam gelugur dan semua bahan hirisan yang lain.
Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan cili.
Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kerisik lebih sedap jika menggunakan ikan parang.
3. LAWA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging bakar |dihirs
1 biji kelapa | ambil pati santan
1 sudu lada hitam |kisar halus
3 ulas bawang merah | kisar
1 biji limau nipis |ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit belacan | jika perlu
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan daging dengan semua bahan lain.
Kemudian seimbangkan rasa masin, manis dan masamnya agar sekata.
Sedia dihidangkan
INFO CHEF: Selain daging bakar, boleh juga guna daging salai
4. SLOW COOKER BEEF STEW
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | potong kiub
50gm tepung serba guna
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
1 sudu teh paprika
1 sudu teh sos Worcestershire
1 biji bawang besar | cincang
400ml stok daging
3 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
2 batang lobak | potong dadu
1 batang saderi |hiris serong
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah.
Kemudian gaulkan dengan hirisan daging.
Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.
Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging , kentang, lobak merah dan saderi.
Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.
INFO CHEF: Stew daging lebih sedap jika lebih lama. Enak dimakan bersama roti.
5. SLOW COOKER CHICKEN POT PIE STEW
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam bahagian dada | potong dadu
6 biji kentang | belah 4
150 gm lobak merah kecil
2 batang saderi | cincang
50gm krim ayam
300ml stok ayam
2 sudu teh garam saderi
2 sudu teh garam bawang putih
1 sudu makan lada hitam
50gm sayur campur
CARA MEMASAK:
Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi dan lada hitam dalam periuk.
Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah dan sesuai untuk hidangan kanak-kanak.
6. ASAM REBUS DAGING TETEL
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
3 keping asam gelugor
3 helai daun salam
2 batang serai |titik
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
6 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan daging tetel dalam periuk bersama bahan kisar.
Seterusnya tambahkan air secukupnya.
Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.
7. IKAN KUKUS SOS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | dibuang sisik
4cm halia muda | hiris memanjang
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 tangkai daun bawang | potong memanjang
Sedikit daun ketumbar | hiris
Beberapa biji cili padi | hiris
BAHAN SOS ( DIBANCUH):
4 sudu makan jus limau nipis
5 sudu makan stok ayam
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
Ads
Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
Masukkan dalam pingganyang telah ditabur dengan hirisan bawang putih, ketumbardan halia didasarnya.
Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang,limau nipis dan cili.
Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain ikan siakap, anda boleh tukar dengan ikan bawal atau kerapu.
8. KERABU SOTONG SERAI
BAHAN-BAHAN:
12 ekor sotong | dihiris bulat
2 biji tomato | dipotong dadu
1 batang serai | dihiris halus
2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
5 biji cili padi | dihiris halus
2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
Secubit garam
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Celur sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
Masukkan sotong, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk. Gaul rata.
kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.
INFO CHEF: Sotong hanya perlu dicelur seketika bagi mengelakkannya menjadi liat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Alahai sedap dan ranggupnya Ayam Goreng Serunding, kena pulak dengan Semur Daging Batawi yang lembut kaya dengan rasa rempah ratusnya dan ditambah pula dengan hidangan Ikan Gurame Bersama Bumbu Gulai yang lemak-lemak pedas dan Kepitang Sos Merah yang pedas manis, memang makan berpeluh punya kerana empat menu autentik Batawi ini memang sedap dan comfirm makan nasi bertambah-tambah. Bila sedap admin kongsikan resipinya untuk kita cuba bersama.
AYAM GORENG SERUNDING
BAHAN BAHAN:
800gm ayam | dipotong 4
100ml air kelapa
2 lembar daun salam
2 batang serai
80gm gula merah
1 liter minyak masak
BAHAN KISAR UNTUK AYAM:
150gm bawang merah
50gm bawang putih
3gm serbuk ketumbar
20gm garam
15gm kunyit hidup
10gm buah keras
BAHAN SERUNDING:
200gm kelapa parut kasar
50g asam jawa
2 helai daun salam
1 batang serai
20gm garam
20gm gula pasir
100gm minyak masak
BAHAN KISAR SERUNDING:
3gm biji ketumbar
3gm biji jintan manis
50gm bawang putih
60gm lengkuas
150gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Rebuskan ayam, kemudian gaulkan bersama bahan kisar , air kelapa, gula merah, daun salam, dan serai. Biarkan dalam 1 jam.
Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
Untuk serunding pula, panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar, daun salam, dan serai sampai harum.
Tambahkan garam dan gula pasir. Gaul rata.
Masukkan kelapa parut dan air asam jawa. Masak sampai kering.
Sajikan ayam goreng dengan taburan serunding.
Hiaskan bersama daun ketumbar dan cili merah.
SEMUR DAGING BETAWI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
2 helai daun salam
3biji bunga cengkih
1 batang kayu manis
1 biji buah pala
2 biji buah tomato
150gm kicap manis
100gm bawang merah | goreng untuk hiasan
BAHAN KISAR:
50ml minyak masak
200gm bawang merah besar
40gm bawang putih
20gm buah keras
10gm garam
3gm serbuk lada sulah
5gm serbuk ketumbar
5gm serbuk jintan manis
50gm hali
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang merah hiris sampai wangi. Masukkan bahan kisar, daun salam, cengkih, kayu manis dan biji pala sehingga naik wangi.
Masukkan daging, gaul daging sehingga berubah warna. Tambahkan tomato dan gaul sampai layu. Masukkan kicap manis dan gaul lagi sehingga rata.
Tuangkan air rebus sampai daging empuk.
Taburkan bawang merah goreng dan hidangkan.
IKAN GURAME BBUMBU GULAI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan gurame | potong 2 bahagian (ikan tilapia)
20 helai daun kemangi (daun selasih)
1 biji santan kelapa
40gm Air asam jawa (untuk melumuri ikan)
4 biji belimbing buloh
2 helai sireh
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
20gm garam
15gm gula
BAHAN KISAR:
60gm bawang putih | hiris nipis
200gm bawang merah | hiris nipis
20gm kunyit hidup
3gm serbuk ketumbar
40gm buah keras
50gm halia
CARA MEMASAK:
Cuci ikan sehingga bersih dan potongkan dua bahagian. Kemudian lumurkan ikan secara menyeluruh dengan menggunakan air asam jawa.
Selepas itu rendamkan ikan dalam 10 minit.
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar. Kemudian tambahkan daun sireh, daun limau purut dan juga daun salam. Masukkan air.
Masukkan ikan gurame, kemudian masukan pula belimbing buloh.
Tambahkan pula cili hijau dan merah yang sudah dipotong sebelumnya, serta masukan pula bawang merah yang sudah dihiris, gula, garam, dan gaulkan rata sehingga masak.
Setelah gulai sudah pekat masukkan daun kemangi ke dalam gulai yang sedang dimasak tadi.
Setelah dirasa masak sempurna, angkat dan hidangan.
KEPITING SAUS MERAH (KETAM)
BAHAN-BAHAN:
4 ekor kepiting (ketam) | dipotong 2 bahagian
30gm bawang putih | dicincang kasar
100gm bawang merah | dicincang kasar
30gm halia | dicincang halus
10gm cili kering | dicincang halus
30gm sos tomato
30gm cili boh
15gm kicap manis
15gm garam
20gm gula pasir
100ml air
5gm daun bawang | dihiris halus
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Gorengkan ketam sampai berubah warna. Angkat dan toskan minyaknya.
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi baunya. Tambahkan cili kering. Tumiskan sampai layu.
Masukkan ketam dan gaul rata.
Tambahkan sos tomato, cili boh, kicap manis dan garam. Gaulkan sehingga rata.
Tuang air dan masak sehingga sos pekat. Tambahkan daun bawang. Biarkan sebentar lalu angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa dengan daging kambing yang sudah lama dalam peti sejuk. Ini Rasa kongsikan tiga menu berasaskan daging kambing yang sedap dan boleh anda cuba sendiri.
KAMBING MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN:
½ kg kambing | potong dan direbus sekejap di dalam air yang sedang mendidih. Angkat dan toskan.
5 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan tomato puri
4 sudu makan susu cair
2 sudu makan madu
1 sudu makan gajus yang sudah ditumbuk
4 sudu makan minyak sapi | untuk menumis
Setengah cawan tairu | susu cair yang dibancuh dengan air perahan limau nipis
Sedikit daun pudina
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
BAHAN KISAR UNTUK PERAPAN
4 biji bawang merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai | dihiris nipis
½ inci lengkuas
1inci halia
BAHAN DIGORENG
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit gajus
CARA MEMASAK:
Perapkan daging dengan bahan yang sudah dikisar. Biarkan dalam sejam.
Panaskan minyak sapi di dalam periuk sederhana besar. Masukkan rempah beriani. Kacau jangan sampai hangus.
Masukkan daging kambing yang sudah diperap tadi.
Masukkan susu cair, tomato puri, madu dan tairu dan gajus yang sudah ditumbuk.
Biarkan daging masak dengan api sederhana. Masukkan air sedikit jika rempah terlalu kering.
Apabila daging sudah empuk, masukkan bawang –bawang yang sudah digoreng dan daun pudina, daun bawang dan daun sup.
Kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
KUZI KAMBING
BAHAN- BAHAN:
½ kg daging kambing
2 sudu makan rempah kuzi
3 biji bawang besar | dihiris nipis dan digoreng hingga kekuningan
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 sudu makan tomato puri
1 sudu makan tomato sos
½ tin susu cair
1 sudu makan susu pekat manis
2 inci gula Melaka | potong kiub
1/2 cawan kismis | digoreng
1/2 cawan badam/gajus | digoreng
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Campurkan dengan rempah kuzi. Ketepikan.
Panaskan minyak dan masukkan pes rempah yang dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri. Kemudian masukkan daging kambing.
Masukkan bawang goreng, susu cair, susu pekat manis, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masak sampai daging empuk. Tambahkan sos tomato. Apabila semua sudah sebati, masukkan kismis dan badam.
Boleh dihidangkan.
DAGING KAMBING BAKAR KUNYIT CICAH SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
Sedikit garam dan kunyit
SAMBAL KICAP:
20 tangkai cili padi
50gm gula pasir
50ml kicap manis
5gm belacan
10gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
Daging Keema enak di makan bersama Cheese nan atau roti prata. Adunan daging dan rempah ratus amat membangkitkan selera.
Asal masakan ini adalah dari Arab. Masyarakat arab memang kaya dengan pelbagai menu yang enak-enak. Penggunaan daging kisar dan kacang peas segar dalam penyediaan Keema daging ini sangat-sangat memikat selera. Cakap bayak pun tak guna lebih baik kita cuba macam mana nak buat makanan ini.
RESIPI DANGING KEEMA
BAHAN-BAHAN:
Daging kisar 400grm (1 petak 200grm)
Klu masak utk ramai beli yg 1kg.
Boleh juga ganti dgn daging batang pinang
kalau teringin buat masakan daging potong.
Kacang peas dlm tin (utk 1 petak daging guna
1 tin kecil.
Minyak sapi (ghee). 3, 4 sudu. Klu sekilo
daging guna 1/2 tin. Boleh juga guna minyak
masak dan masuk 2 sudu minyak sapi.
Serbuk cili merah 1/2 sudu besar (klu nak
warna masakan cantik, letak 1 sudu).
Serbuk kunyit 1/2 sudu besar (klu nak
warna masakan cantik, letak 1 sudu).
3 sudu serbuk Keema Masaala. Boleh cari di
kedai runcit Pakistan atau di Mydin. Jenama
Shan atau National. Tooba ni pun boleh. 2
jenama tu dah habis stock.
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masuk 3 sudu minyak sapi. Sekiranya tidak suka minyak sapi, gunakan minyak masak. Rasa lebih kpd masakan melayu klu guna minyak masak.
Minyak dah betul2 panas, masukkan bahan kering dahulu seperti daun bay leave, bunga cengkih, buah pelaga. Masukkan jintah putih, bawang putih, halia. Bawang merah juga boleh masuk ketika ini. Lebih naik baunya. Dan masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar. Sy juga masukkan 3 sudu serbuk Keema jenama Tooba. Kacau sehinga garing. (Dlm video sy tunjuk bawang masuk kemudian selepas rempah.)
Masukkan tomato… goreng hingga tomato hancur dan layu. Masukkan daging kisar dan sy tak hancurkan. Sy biar daging tu sedikit kenyal dan pisahkan seperti kiub.
Sy masukkan 1 petak shj sbb utk satu org mkn.
Apabila masakan terlalu kering, masukkan 1/2 cawan air dan tutup kuali.
Masukkan kacang peas dan tutup kuali semula.
Utk yg gemar masakan sedikit basah, boleh tambah sedikit air lg dan sedikit garam sebagai perasa dan kacau kuali sebelum masakan diangkat utk dihidangkan.
Masukkan daun ketumbar.
Sedap juga jika dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Selamat mencuba.