Bila nak diet menu untuk breakfast sangat penting. Bukan hanya untuk menaikkan kadar metabolisme kita tapi juga nak bagi motivasi dekat kita. Selalunya kalau breakfast cantik tak ke laut maka makanan seterusnya juga akan cantik dan menyihatkan.

Tapi sedar tak yang kita susah nak sediakan untuk breakfast, sebab apa sebab malas. Sudahnya beli apa yang ada di kedai. Apa kata kita ikut koleksi menu sarapan yang menyihatkan ini. Ada yang boleh disediakan awal untuk orang sibuk bekerja. Boleh buat siap-siap, simpan dalam fridge dan ada yang sesuai dibuat masa hujung minggu untuk hidangan yang lebih menarik dan sedap untuk menggembirakan hati setelah lima hari berkerja.

Pokok pangkalnya nak kurus wajib makan sedap-sedap. Jangan malas masak. Kena usahakan untuk pandai atur masa. Selamat mencuba!

 

Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

CHIA PUDDING

Chia seed rendam dalam fresh milk overnight. Esoknya assemble je dalam gelas comey macam ni or bowl or mason jar ke. Buat 2-3 layer selang seli dengan fresh fruit.

Pilihan biasanya buah naga sebab sedap dan antara buah low kalori.

Atas sekali boleh tabur granola. Kalau takde tabur je plain roasted nuts. Nak bagi extra crunch and flavor je. Tak nak pun takpe.

 

Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

PROTEIN PLATTER

Ni breakfast gaya orang malas tapi terpaksa makan demi nak kurus. Buat dinner pun boleh. I call it protein platter.

IKLAN

Tauhu lembut letak fresh or greek yogurt dan 1 biji apple merah potong cube.

Atas tu tabur granola sikit for additional crunchy and flavors. Kalau takde tabur plain roasted nuts pun boleh.

 

Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

CHICKEN WRAP

Belah kanan tu Shwarma Chicken wrap. Belah kiri BBQ Chicken wrap.

Ayam marinade dengan Shwarma dan BBQ spice  boleh cari di pasaraya. Grill atas non-stick pan. Then assemble je macam wrap biasa with all your favorite veggies. Nak letak sos or mayo boleh tapi tak lebih 1 sudu jer.

 

 Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

KOREAN STREET BREAKFAST SANDWICH

Ni inspired dari korean street breakfast. Hiris nipis-nipis kubis bulat tu kemudian campurkan dengan 1 biji telur. Masak atas non-stick pan macam pancake. Boleh sprinkle some black and white pepper.

IKLAN

Dah masak letak atas toast. Ikut korean style sapukan sedikit mayonnaise, ketchup dan gula.

 

 Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

FLUFFY PANCAKE with DRAGON FRUIT JAM

Nak buat pancake tu guna 1/2 cup tepung, 2 tsp baking powder, secubit garam, 1 egg yolk dan 100ml fresh milk. Mox together. Lepas tu pukul 2 egg white sampai fluffy dan mix dengan adunan tadi.

Then masak atas non-stick pan macam buat pancake biasa. Adunan untuk 2 orang makan. So boleh makan dalam 2-3 keping pancake depends on size ya.

Untuk jam dragon fruit tu panaskan air dan larutkan sedikit agar-agar powder. Lepas tu masukkan dragon fruit yang dah di lenyek hancur dan gula ikut taste sendiri. Tapi dah diet tu agak-agak je la gula nya ya.

 

IKLAN
 Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

QUINOA BOWL

Haaa ni tetiba terliur tengok dekat Pinterest orang share quinoa bowl. Beli 1 pack dekat tesco.

Quinoa tu masak je dengan air sampai tekstur dah lembut. Masukkan sikit garam. Then masuk dalam jar or bowl sekali dengan fresh fruit. Then enjoy dengan some fresh yogurt dan fresh milk.

 

Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

MIXTURE YOGURT

Ni mixture of fresh yogurt, epal and dragon fruit dan granola. Cuma susun layer. Takde granola boleh letak musli or and healthy cereal of your choice okay.
Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

BANANA PEANUT BUTTER TOAST

Roti Wholemeal sapu any flavor dan susun 1 biji medium banana.Ada orang sprinkle some chia seed. Optional je.

 

Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

POACHED EGG with BAKED BEANS

Ni semua assemble suka hati je. 1 biji poached egg, 3 tbsp baked beans dan 1 pcs wrap yang di bakar dalam oven bagi crunchy.

 

 Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

GRILLED BEEF KIMCHI WRAP

Mayang nipis bawang besar dan marinade sekali dengan daging tu dengan rempah satay dan grilled atas non-stick pan. Kalau nak marinade dengan rempah lain pun boleh. Ikut suka ya.

Then assemble macam wrap dan letakkan sikit Kimchi. Sebab kimchi goes so well dengan beef kanMisi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan☺️ Takde kimchi boleh guna your favourite Veggies je.

 

Misi Nak Kurus! Nah Koleksi Menu Breakfast Paling Sihat Dan Mudah Disediakan

EGG SCAMBLE WRAP

Scramble egg senang jer…  ni cuma buat jadikan Wrap dan letak sayur-sayuran segar. Pandai dah semua kan buat scramble egg.
 Kongsi resipi: Dapursihat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI