Sempena Hari Makanan Sedunia, Mission Foods berganding bahu bersama Chef Selebriti Sarah Benjamin memulakan kempen ‘Foldover Your Leftovers’. Kempen ini membawa pesanan lama ‘Jangan Membazir’ dan bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai idea menguruskan lebihan makanan menjadi makanan baharu yang lazat.
Sarah akan mengetuai kempen ini dengan berkongsi resipi dan idea-idea menerusi media sosial, hebahan awam (Public Service Announcement, PSA) dan juga buku resipi yang boleh didapati di pasaraya terpilih dengan setiap pembelian produk Mission Foods. Dengan menggunakan wraps, naan dan pita dari Mission Foods, ia boleh menghasilkan hidangan yang sempurna dengan lebihan makanan harian seperti kari, sate dan nasi ayam.
Ads
Pada pelancaran kempen tersebut, Sarah menunjukkan bagaimana kari yang ringkas boleh dijadikan ‘Foldover Kari Ayam dengan Sayuran dan Herba’ yang lazat. Sarah hanya menggunakan lebihan kari ayam dan kentang, dicampur dengan sayur-sayuran musim panas seperti zucchini, jagung dan herba segar untuk rasa yang lebih enak. Ini digunakan sebagai inti untuk foldover atau lipatan yang disalut dengan keju mozzarella.
Untuk menggunakan semula lebihan sate, Sarah mencipta Hummus kacang daripada adunan kuah kacang bersama kacang kuda. Hummus diratakan ke dalam belahan pita sebelum potongan sate ditambah dan kemudian dilengkapkan lagi dengan salad timun herba dan dihiasi dengan jeruk bawang.
Ads
Dengan resipi-resipi ini, Sarah mahu menggalakkan lebih ramai masyarakat menjadi wira #ZeroWaste. “ Menjadi kreatif dan berfikiran terbuka dengan lebihan makanan membolehkan kita menyediakan hidangan baru yang luar biasa,” kata Sarah sambil menutup sesi tersebut dengan ‘Wraps Nasi Ayam Berempah Szechuan bersama Sos Halia Pedas dan Daun Bawang’ daripada lebihan nasi ayam.
Ads
Sarah telah menghasilkan 12 resipi menarik daripada lebihan makanan yang boleh didapati dalam buku resipi edisi terhad yang diberikan secara percuma dengan setiap pembelian dua produk Mission Foods dari pasaraya yang mengambil bahagian mulai November lepas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Masih ramai rakyat Malaysia yang berhadapan dengan tekanan hidup yang semakin meruncing, peningkatan kos sara hidup, kekeliruan arah tuju kerjaya sehinggalah hubungan yang semakin renggang. Namun, satu peluang baharu dibuka semula bagi mereka yang benar-benar mahu mengubah kehidupan.
Program pembangunan diri intensif anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy) iaitu Transformasi360 bakal kembali untuk kali kedua pada 5 hingga 7 September 2025 setelah mendapat sambutan yang luar biasa pada pengajuran kali pertama pada Mei lalu.
Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, melihat permintaan tinggi yang diterima, penganjur menyasarkan penyertaan kali ini akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda, dengan sasaran minimum seramai 5,000 peserta untuk sesi September ini.
“Ramai yang menyuarakan rasa terkilan kerana terlepas peluang Mei lalu. Jadi kami adakan sekali lagi, tapi kali ini khas untuk mereka yang benar-benar serius mahu alami transformasi dalam hidup ini.
Kenali Kekuatan & Kelemahan Diri
“Transformasi360 bukan sekadar program motivasi, tetapi sebuah pengalaman sebenar yang menyeluruh dan mendalam. Ia membantu peserta mengenal kekuatan dan kelemahan diri dengan lebih jujur, memahami serta membuang corak sabotaj diri yang sering menjadi penghalang kejayaan dan menstruktur semula kehidupan termasuk aspek hubungan dan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Yang turun hadir, Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow dan Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman dan Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd.
Terdahulu, hampir 300 usahawan bimbingan beliau yang mengikuti program Ai Branding & Marketing Growth (AiBMG) diberikan peluang hadir ke ibu pejabat Astro bagi melihat dan alami sendiri ekosistem stesen penyiaran terbesar di negara yang boleh membantu dari segi penjenamaan dan pemasaran syarikat masing-masing.
Tambah Azizan, peserta Transformasi360 juga didedahkan kepada cara memperbaiki komunikasi dalam keluarga dan organisasi, serta mendalami tujuan hidup sebenar agar mereka dapat membina kejayaan yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.
Astro Sebagai Rakan Media Strategik
“Menariknya, penganjuran kali ini turut dimantapkan dengan sokongan Astro sebagai rakan media strategik, yang akan membantu menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara — agar manfaat Transformasi360 dapat dirasai lebih meluas.
“Dengan elemen teknologi AI interaktif, peserta dibantu mengenal gaya tindakan dan emosi mereka, seterusnya mampu membuat perubahan yang lebih terarah dan kekal,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, program ini dibangunkan berdasarkan pengalaman membimbing lebih 2 juta peserta dan ribuan usahawan selama lebih dua dekad.
“Transformasi360 ini bukan untuk yang hanya mahu ‘cuba-cuba’. Ia untuk yang benar-benar nak ubah hidup dan sanggup bertindak. Ini kali kedua dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini,” tegasnya.
Orang ramai yang berminat boleh layari www.transformasi360.com dengan tempat adalah terhad dan hanya dibuka kepada mereka yang bersedia untuk mengalami perubahan sebenar dalam hidup.
Manjakan diri dengan lebih 100 hidangan tempatan di Retro Café
Tahun ini, Vivatel Kuala Lumpur menyambut bulan Ramadhan yang mulia dengan hidangan tradisional dan klasik Melayu di Retro Café. di mana kami berbesar hati untuk mengumumkan promosi bufet Gamatnya Ifar tema kami dari 24 March hingga 19 April
2023.
“Ramadhan adalah masa istimewa dalam setahun untuk keluarga, rakan dan orang tersayang di mana keluarga dan rakan berkumpul untuk berbuka puasa dan mencipta kenangan yang akan kekal seumur hidup. Kami berbesar hat kerana menjadi hos anda tahun ini dan mengalu-alukan semua tetamu untuk majlis berbuka puasa tahunan selama sebulan ini. Pasukan cef pakar kami telah menyediakan pelbagai hidangan lazat yang past memikat selera anda dan membuatkan anda berasa puas” kata Khairil Nizam Othman, Pengurus Besar Vivatel Kuala Lumpur.
Pasukan cef Retro Café yang diketuai oleh Executve Chef Mohamad Isham Ismail, seorang chef berkemahiran tnggi dengan pengalaman lebih 18 tahun di hotel terkenal, memenangi beberapa pingat dalam pertandingan makanan, dan telah dipaparkan di televisyen dan majalah untuk bakat masakan anda yang luar biasa. Pada Ramadan ini, Chef Isham mencipta hidangan bufet yang menakjubkan yang mempamerkan pelbagai hidangan istmewa tradisional dan klasik Melayu asli.
Berdasarkan pengalaman luas dan pengetahuan beliau tentang masakan tempatan, anda sedang mencipta menu yang past menggembirakan dan memuaskan hati tetamu.
Hidangan bufet yang lazat tersedia dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam setap hari, dari 24 Mac hingga 19 April 2023, di Retro Café, Lobi Vivatel Kuala Lumpur. Bufet yang akan dihidangkan secara bergilir-gilir setap hari dengan 3 menu yang menyelerakan. Secara keseluruhan, kami akan mempersembahkan lebih 100 hidangan, bersama dengan stesen/gerai memasak secara langsung dan hidangan istmewa VKL.
Pasukan cef memilih hidangan istmewa dan minuman khas untuk ramadan ini yang menampilkan pilihan hidangan istmewa dan minuman yang dipilih susun oleh pasukan chef pakar kami. Dengan tumpuan kepada masakan Malaysia, kami teruja untuk memperkenalkan pelbagai citarasa baharu kepada pengunjung kami. Antara hidangan kemuncak termasuk Qibas Panggang dengan Nasi Mandi, Gulai Batang Pisang, Puyuh Goreng Rempah dan Ayam Kuzi Bakar Buluh.
Hidangan ini diilhamkan pasti memikat selera anda. Sebagai tambahan kepada hidangan istmewa ini, kami juga menawarkan dua minuman istmewa: Air Janda Pulang dan Katra Viva. Kedua-dua minuman ini adalah pelengkap yang sempurna kepada minuman kami.
“Saksikan pasukan berbakat kami beraksi sambil mereka memasak ribut di stesen memasak langsung kami dengan aroma dan perisa Qibas Mandhi, Sate, Murtabak, Mi Goreng dan Roti Canai.” tambah Chef Isham.
Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, Vivatel Kuala Lumpur turut menganjurkan majlis makan malam untuk 20 rumah anak yatm, asnaf dan kurang upaya dari Sek. Keb. Miharja dan 20 anak yatim dan asnaf dari Sek. Keb. Kg Tunku. Anak-anak turut menerima Duit Raya daripada pihak pengurusan.
Kerjasama antara Vivatel dan Adabi bertujuan untuk memasukkan ramuan Adabi ke dalam menu Ramadan Vivatel. Dengan berbuat demikian, kami berhasrat untuk menyokong jenama Adabi tempatan di samping meningkatkan kualit dan rasa tawaran menu Ramadan kami. Kerjasama ini juga membolehkan kami mempromosikan penggunaan bahan-bahan tempatan, yang sejajar dengan komitmen kami terhadap kemampanan dan menyokong komunit setempat. Melalui perkongsian ini, kami berharap dapat menyediakan pelanggan kami pengalaman makanan Malaysia yang lazat dan asli.
Promosi Bufet Ifar Ramadhan berharga RM118 bersih setap dewasa, RM68 bersih setap warga emas (berumur 55 tahun ke atas) atau kanak-kanak (kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun). Pakej Ramadan Staycaton tersedia sepanjang bulan Ramadan. Tempoh sah dan penginapan sekarang sehingga 23 April 2023 di bilik superior dengan harga RM230net, termasuk sahur untuk 2 orang. Untuk pakej Bilik & Ifar, pakej RM285net termasuk ifar dan sahur untuk 1 orang, manakala pakej RM385net termasuk ifar dan sahur untuk 2 orang.
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03 – 9205 8888 atau e-mel ke
enquiry@vivatel.com.my.
Untuk promosi F&B dan berita hiburan terkini di Vivatel Kuala Lumpur, layari www.vivatel.com.my
atau layari www.facebook.com/vivatelkl.
Menonton teasernya sahaja sudah cukup membuat jantung berdegup kencang! Tombiruo: Penunggu Rimba adalah filem yang diadaptasikan menerusi naskah novelis thriller terkemuka Malaysia, Ramlee Awang Murshid pastinya antara filem wajib tonton tahun ini. Bakal menemui penonton bermula 12 Oktober nanti, filem yang diterajui oleh Zul Ariffin ini pastinya berbeza dari filem-filem yang pernah anda tonton sebelum ini.
Disebalik karya yang agung, pastinya ada pengorbanan yang terpaksa ditanggung. Begitulah yang dirasai oleh Zul Ariffin bagi menjiwai watak Tombiruo atau Ejim. Menurut Zul lagi, bukan mudah untuk dirinya untuk menggalas dan menzahirkan watak ini. Walaupun watak Ejim tidak menuntutnya untuk menghafal dialog yang banyak, namun cabarannya adalah dari segi mendapatkan bentuk badan dan tona kulit yang sesuai dengan watak.
Malah, untuk watak ini juga Zul Ariffin terpaksa menurunkan berat badan yang asalnya 90kg kepada 77kg hanya dalam masa lima minggu. Wow! Tapi percayalah, menurunkan berat badan tidak semudah menaikkan berat lebih-lebih lagi jika ia terpaksa dilakukan dalam tempoh masa yang singkat.
“ Dari segi pemakanan, nak turunkan berat dari 90kg ke 77kg, saya kena skor berat turun dalam 2-3kg seminggu. Jadi dalam proses itu, saya tidak makan apa-apa. Dalam 2 minggu pertama, saya hanya minum air sahaja dan ambil makanan dalam jumlah yang terlalu sedikit sekadar memberi ruang kepada perut untuk proses. Saya minum banyak air dan bila perut rasa penuh, rasa untuk makan tu tak ada,” ujar Zul.
Zul Ariffin bersama Ramlee Awang Murshid
Selain terpaksa melakukan diet ekstrim, ada pelbagai lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pelakon ini termasuklah mengalami kecederaan sewaktu melakukan aksi lagak ngeri demi menghidupkan watak Tombiruo. Bagi para peminat tegar Ramlee Awang Murshid yang mengikuti cerita ini menerusi novel, inilah saatnya untuk anda rasai letusan adrenalin luar biasa dengan menonton Tombiruo secara ‘live’ di depan mata anda. Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan filem Tumbiruo: Penunggu Rimba pada 12 Oktober ini di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia.