Mission Foods & Chef Sarah Benjamin Mulakan Kempen ‘Foldover Your Leftovers’

Share

Sempena Hari Makanan Sedunia, Mission Foods berganding bahu bersama Chef Selebriti Sarah Benjamin memulakan kempen ‘Foldover Your Leftovers’. Kempen ini membawa pesanan lama ‘Jangan Membazir’ dan bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai idea menguruskan lebihan makanan menjadi makanan baharu yang lazat.

Sarah akan mengetuai kempen ini dengan berkongsi resipi dan idea-idea menerusi media sosial, hebahan awam (Public Service Announcement, PSA) dan juga buku resipi yang boleh didapati di pasaraya terpilih dengan setiap pembelian produk Mission Foods. Dengan menggunakan wraps, naan dan pita dari Mission Foods, ia boleh menghasilkan hidangan yang sempurna dengan lebihan makanan harian seperti kari, sate dan nasi ayam.

Pada pelancaran kempen tersebut, Sarah menunjukkan bagaimana kari yang ringkas boleh dijadikan ‘Foldover Kari Ayam dengan Sayuran dan Herba’ yang lazat. Sarah hanya menggunakan lebihan kari ayam dan kentang, dicampur dengan sayur-sayuran musim panas seperti zucchini, jagung dan herba segar untuk rasa yang lebih enak. Ini digunakan sebagai inti untuk foldover atau lipatan yang disalut dengan keju mozzarella.

Untuk menggunakan semula lebihan sate, Sarah mencipta Hummus kacang daripada adunan kuah kacang bersama kacang kuda.

Hummus diratakan ke dalam belahan pita sebelum potongan sate ditambah dan kemudian dilengkapkan lagi dengan salad timun herba dan dihiasi dengan jeruk bawang.

Dengan resipi-resipi ini, Sarah mahu menggalakkan lebih ramai masyarakat menjadi wira #ZeroWaste. “ Menjadi kreatif dan berfikiran terbuka dengan lebihan makanan membolehkan kita menyediakan hidangan baru yang luar biasa,” kata Sarah sambil menutup sesi tersebut dengan ‘Wraps Nasi Ayam Berempah Szechuan bersama Sos Halia Pedas dan Daun Bawang’ daripada lebihan nasi ayam.

Sarah telah menghasilkan 12 resipi menarik daripada lebihan makanan yang boleh didapati dalam buku resipi edisi terhad yang diberikan secara percuma dengan setiap pembelian dua produk Mission Foods dari pasaraya yang mengambil bahagian mulai November lepas.

Published by
Nur