Mixed Berries Croissant Pudding. Manisan Mewah Tapi Boleh Buat Dengan Kos Murah.

Share

Puding roti sandwic memang biasa, tapi kalau buat puding guna roti croissant nampak lain sikit kan? Jika ada tetamu istimewa nak datang ke rumah, sesuai sangatlah buat manisan ni. Ada pula penambahan aneka buah beri. Memang nampak mewah. Padahal kosnya murah je. Boleh guna aneka buah beri sejuk beku yang ada dijual di pasaraya.

MIXED BERRIES CROISSANT PUDDING

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 biji roti croissant
  • 800ml susu segar
  • 200gm gula perang
  • 100gm cip coklat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 mangkuk campuran hirisan strawberi/blueberi/rasberi
  • Gula ising secukupnya
  • Madu secukupnya
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan susu segar, gula perang, telur dan esen vanila.  Pukul hingga semua bahan larut dan sebati.
  2. Celupkan croissant ke dalam bancuhan.  Rendamkan beberapa minit.
  3. Sediakan mangkuk tahan panas yang telah disapu dengan sedikit mentega lalu tuang rendaman croissant
    ke dalam mangkuk dan ratakan.
  4. Tabur cincangan cip coklat dan kemudian bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 20-25 minit atau hingga puding masak.
  5. Setelah puding masak, taburkan dengan campuran hirisan buah-buah beri dan tuang madu di atasnya. Kemudian taburkan pula gula ising di atasnya.
  6. Sedia dinikmati.

INFO CHEF : Jika suka, hidangkan dengan aiskrim, krim putar atau sos kastard.

Published by
Nur