Menguruskan tanaman sendiri bukan suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi bila bab baja. Banyak kena main try and error untuk dapatkan baja yang sesuai dengan tanaman.
Menerusi perkongsian daripada saudara Md Khalil Salleh ini, dia sudah 2 tahun menggunakan baja organik buatan sendiri, sejak belajar berkebun di rumah pada musim PKP.
Lagi seronok bila sayuran dan pokok bunga belum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri.
CARA BUAT BAJA ORGANIK BUATAN SENDIRI
BAHAN-BAHAN:
100gm MSG
3kg sisa ikan
3kg gula merah – beli online di sini
5 labu (atau lebih) bawang putih – beli online di sini
500gm (atau lebih) kulit telur yang dikisar
10-15 liter air yang tiada klorin
TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung
TONTON Dapur Rasa Live: Mango Baked Cheesecake
CARA BUAT:
1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas besar. Perap sebulan dalam tempat gelap. Kalau tiada tempat gelap, boleh tutup bekas dengan plastik hitam.
*kalau nak cepat, boleh juga kisarkan semua bahan di atas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
2. Lepas sebulan, tapis dan terus guna pun boleh. Kalau nak simpan dulu pun boleh.
3. Penggunaan: 10ml + 2 liter air yang tiada klorin, terus sembur pada daun dan pucuk pokok. Atau boleh juga siram pada pangkal pokok pun boleh.
* Siram atau sembur terus 1@2 minggu sekali supaya hasil tanaman jadi lebih subur.
*Sesuai untuk pokok sayur berdaun, berbuah macam tomato dan pokok hiasan.
*Peram sebulan. Kalau nak guna cepat, boleh peram 2 minggu.
Kredit: Md Khalil Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: