Moi Sup Daging Mudah Buat Sedap Untuk Dinikmati

Share

Tak payah tunggu demam baru boleh makan bubur nasi. Menu ini memang tidak membosankan, sangat mudah disediakan. Orang Kedah panggil moi sup daging. Tambah sedap bila dicampur dengan cabai ikan bilis goreng. Pergh orang lalu sebelah pun tak pandang.  

Bahan untuk Bubur /Moi
Beras, hirisan halia,hirisan bawang putih..sedikit isi ayam sedikit garam.

Cara memasak:

Rebus beras macam biasa buat bubur nasi nak pekat kurangkan air..nak cair sikit tambah air ya…
**ni optional — bila bubur sudah masak boleh gorengkan sedikit bawang putih kemudian masukkan dalam bubur sekali minyak bawang..

Kacau rata bubur/moi tersebut..makan macamni pon dah sedap walaupun takda sup.

Resipi Sup Daging / Ayam

Sedikit daging/ayam dibersihkan

Tumbuk seinci halia ,2 biji bawang merah ,2 ulas bawang putih,7 biji cengkih masukkan dalam periuk bersama ayam/daging dan sedikit air.

Tambahkan 2 kuntum bunga lawang, setengah batang kayu manis,3 biji buah pelaga sedikit lada hitam jika suka dan setengah keping asam keping jika suka.Rebus semuanya sehingga empuk kemudian bolehlah perasakan dengan garam.

Bahan untuk cili

  • Ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit cili padi

Cara membuat:

1.Goreng ikan bilis ketepikan, kemudian goreng pula bawang besar dan sedikit cili padi, digoreng bersama tak perlu asingkan.Goreng cuma sampai sedikit layu.

2.Angkat dan tumbuk ketiga-tiga bahan ni.

3.Kemudian masukkan sikit kicap dan limau nipis jika suka.

Selamat mencuba ya

Kredit resipi & foto: Koleksi Resepi Mudah dan Sedap

Published by
Putri