Mok Teh atau nama sebenarnya Zunita Adibah bt Mohamed Adib memang hebat memasak. Bukan sekadar ‘Chef’ di dapur restorannya tetapi juga Pengurus Syarikat IT yang pakar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komputer.
Pemegang Ijazah Sains Komputer dari Universiti Bradley , Illinois, Amerika Syarikat kini mengusahakan Restoran Mok Teh dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan Teknologi Maklumat bersama suaminya Wan Ameer Ruzman.
Bersama suami Wan Ameer Ruzman dan ibu mertua Datuk Hjh Maimunah Abdul Wahab
Mereka belajar di universiti dan bidang yang sama dan keduanya minat dan pandai memasak. Walaupun Mok Teh berasal dari Terengganu tetapi cukup arif dengan masakan Negeri Sembilan juga.
Masakan nogori diwarisi dari ibu mertuanya Datuk Hjh Maimunah Abdul Wahab manakala kepakarannya dalam masakan Terengganu pastilah dari ibunya Allahyarhamah Toh Puan Halimah Tahar .
Berkerusi roda ibu Mok Teh, Allahyarmah Toh Puan Halimah Tahar
Kembalinya dari Amerika Syarikat Mok Teh pernah berkhidmat sebagai Pengatur Cara Analisis di sebuah syarikat swasta selama 10 tahun dan akhirnya bersama suami menubuhkan syarikat IT mereka sendiri sedari 1995 hingga kini. Menjurus kepada pendawaian komputer dan Perunding ICT.
Ads
Walaupun belajar masak agak lewat selepas tamat pengajian di universiti namun bukan calang-calang kehebatannya dalam masakan Melayu . Atas nasihat suami yang tidak mahu Mok Teh mensia-siakan bakat memasaknya akhirnya mereka menceburi perniagaan makanan yang bermula dari rumah dan akhirnya menubuhkan Restoran Mok Teh di Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang menyajikan sajian Terengganu.
Pembukaan restoran dua tahun ini adalah cadangan dari anak sulung mereka Wan Ameer Naqiuddin bekas graduan perakaunan yang mengurus operasi restoran, sementara urusan menu dan masakan dipegang oleh Mok Teh.
Anak sulung (kanan sekali) Wan Ameer Naqiuddin, pengurus operasi restoran
Jadi tiada istilah ‘lewat’ kalau nak belajar masak..Tengok Mok Teh ni walau belajar selepas universiti boleh juga jadi mahir memasak.
Antara sajian dari resipi ibu mertua
Nah,ini 4 resipi rendang Mok Teh yang dipelajari dari ibu mentuanya. Nak tahu hebatnya sajian ini kenalah cuba kan…
1. RENDANG AYAM CILI API
Bahan-bahan :
1 ekor ayam| dipotong 12
1 kilo santan
BAHAN A :
30 biji cili api
2 inci kunyit hidup
BAHAN B
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2.5 sm halia
2.5 sm lengkuas
7 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit
1 sudu kerisik
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12. 2.Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam. 3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis. 4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi. 5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam. 6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.
2. RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik |potong 12
1 kilo santan
BAHAN A
Ads
20 biji cili api
5 sudu cili boh
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
BAHAN B
5 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
1 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Itik dibersihkan, disalai . 2. Kemudian itik itu dipotong 12.dan dimasukkan kedalam kuali. 3. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali. 4. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan. 5. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan C. 6. Masak sehingga agak kering.
3. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
2 kg santan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api
3 inci kunyit
5 ulas bawang merah |dihiris nipis
5 batang serai | dititik
Garam
Asam keping
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2 .Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
4. RENDANG CAMPUR MAMA
Ads
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A – Cuci dan Tos
250gm daging
250gm paru paru
250gm limpa
250gm jantung
250gm hati
BAHAN B – KISAR
250gm bawang merah
100 gm bawang putih
10 batang serai
50 gm halia
75gm lengkuas
50gm kunyit
100gmcili api | ikut kepedasan yang diingini
100gm cili boh| ikut kepedasan yang diingini
BAHAN C :
2 kilo santan
2 sudu makan kerisik
5 batang serai |diketuk
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
Sedikit gula merah
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan 2. Bila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping dan kerisik. 3. Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kering.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Resipi ni asalnya dari masakan cina. Cara pembuatannya sangat istimewa dan rasanya juga lain dari yang lain. Bayangkan, kita minum teh panas sahaja dah rasa sedap dengan bau harumnya apatah lagi diperap bersama ayam yang di masak secara kukus. Resipi Ayam Asap Teh ini telah dikongsikan di Facebook oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Jom kita cuba resipi ni.
Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun supPAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh lada sulah (lada putih)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bihun secukupnya
1 liter air
BAHAN LAIN:
Secubit garam – jika perlu
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Sesuai untuk peminat ikan air tawar, resipi istimewa ikan tilapia yang disaluti ramuan tempoyak istimewa. Cara yang sangat mudah dengan hanya tumbuk semua bahan-bahan untuk dilumur pada ikan yang dibakar terlebih dahulu dan dibakar sekali lagi.
IKAN TILAPIA BAKAR TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN (TUMBUK):
Kunyit hidup besar ibu jari
Cili api 10 biji
1 batang serai
1 cawan tempoyak
1 daun kunyit hiris halus
1 batang serai ketuk
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan tumbuk bersama tempoyak, daun kunyit yang telah dihiris, dan 1 batang serai yg diketuk, garam
Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit, balut dengan daun kunyit/pisang, bakarkan
Daun kunyit yang lain sapukan gaulan tempoyak di atasnya dan ikan yg telah siap dibakar diletakk di atas tempoyak. Selimut ikan dengan tempoyak secara keseluruhan