Mok Teh atau nama sebenarnya Zunita Adibah bt Mohamed Adib memang hebat memasak. Bukan sekadar ‘Chef’ di dapur restorannya tetapi juga Pengurus Syarikat IT yang pakar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komputer.

Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  

Pemegang Ijazah Sains Komputer dari Universiti Bradley , Illinois, Amerika Syarikat kini mengusahakan Restoran Mok Teh dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan Teknologi Maklumat bersama suaminya Wan Ameer Ruzman.

Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  
Bersama suami Wan Ameer Ruzman dan ibu mertua Datuk Hjh Maimunah Abdul Wahab

Mereka belajar di universiti dan bidang yang sama dan keduanya minat dan pandai memasak. Walaupun Mok Teh berasal dari Terengganu tetapi cukup arif dengan masakan Negeri Sembilan juga.

Masakan nogori diwarisi dari ibu mertuanya Datuk Hjh Maimunah Abdul Wahab manakala kepakarannya dalam masakan Terengganu pastilah dari ibunya Allahyarhamah Toh Puan Halimah Tahar .

Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  
Berkerusi roda ibu Mok Teh, Allahyarmah Toh Puan Halimah Tahar

Kembalinya dari Amerika Syarikat Mok Teh pernah berkhidmat sebagai Pengatur Cara Analisis di sebuah syarikat swasta selama 10 tahun dan akhirnya bersama suami menubuhkan syarikat IT mereka sendiri sedari 1995 hingga kini. Menjurus kepada pendawaian komputer dan Perunding ICT.

Walaupun belajar masak agak lewat selepas tamat pengajian di universiti namun bukan calang-calang kehebatannya dalam masakan Melayu . Atas nasihat suami yang tidak mahu Mok Teh mensia-siakan bakat memasaknya akhirnya mereka menceburi perniagaan makanan yang bermula dari rumah dan akhirnya menubuhkan Restoran Mok Teh di Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang menyajikan sajian Terengganu.

Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  

Pembukaan restoran dua tahun ini adalah cadangan dari anak sulung mereka Wan Ameer Naqiuddin bekas graduan perakaunan yang mengurus operasi restoran, sementara urusan menu dan masakan dipegang oleh Mok Teh.

Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  
Anak sulung (kanan sekali) Wan Ameer Naqiuddin, pengurus operasi restoran

Jadi tiada istilah ‘lewat’ kalau nak belajar masak..Tengok Mok Teh ni walau belajar selepas universiti boleh juga jadi mahir memasak.

IKLAN
Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  
Antara sajian dari resipi ibu mertua

Nah,ini 4 resipi rendang Mok Teh yang dipelajari dari ibu mentuanya. Nak tahu hebatnya sajian ini kenalah cuba kan…

 1. RENDANG AYAM CILI API

Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam| dipotong 12
  • 1 kilo santan

BAHAN A :

  • 30 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup

BAHAN B

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2.5 sm halia
  • 2.5 sm lengkuas
  • 7 batang serai |diketuk
  • 2 asam keping
  • 3 helai daun kunyit
  • 1 sudu kerisik
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12.
2.Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam.
3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis.
4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi.
5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam.
6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.

IKLAN

2. RENDANG ITIK

Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor itik |potong 12
  • 1 kilo santan

BAHAN A

  • 20 biji cili api
  • 5 sudu cili boh
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 batang serai

BAHAN B

  • 5 batang serai |diketuk
  • 2 asam keping
  • 3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Gula merah secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Itik dibersihkan, disalai .
2. Kemudian itik itu dipotong 12.dan dimasukkan kedalam kuali.
3. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
4. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan.
5. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan C.
6. Masak sehingga agak kering.

3. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG

Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
  • 2 kg santan
  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam cili api
  • 3 inci kunyit
  • 5 ulas bawang merah |dihiris nipis
  • 5 batang serai | dititik
  • Garam
  • Asam keping

CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis.
2 .Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak.
4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan

4. RENDANG CAMPUR MAMA

Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.  

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A – Cuci dan Tos

  • 250gm daging
  • 250gm paru paru
  • 250gm limpa
  • 250gm jantung
  • 250gm hati

BAHAN B – KISAR

  • 250gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih
  • 10 batang serai
  • 50 gm halia
  • 75gm lengkuas
  • 50gm kunyit
  • 100gmcili api | ikut kepedasan yang diingini
  • 100gm cili boh| ikut kepedasan yang diingini

BAHAN C :

  • 2 kilo santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 5 batang serai |diketuk
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit gula merah

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan
2. Bila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping dan kerisik.
3. Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kering.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI