Moong Dal Vada, Rangup Di luar Lembut Di Dalam

Share

Sempena Deepavali yang bakal menjelma, jom kita nikmati snek istimewa. VADA ~ Vada @ Vadai @ Vadey ialah Indian snek yang diperbuat dari pelbagai jenis kacang dal. Ada yang dibuat dari dal putih, dal kuning, dal merah, dal hitam dan lain-lain. Hari ini kita share resipi oleh Chef Sue, salah satu resipi vada yang diperbuat dari dal kacang hijau (berwarna kuning) atau dikenali juga sebagai moong (mung) dal. Buat bentuk bites size mudah untuk dinikmati. Rangup di luar tapi lembut di dalam.


MOONG DAL VADA
Bahan-bahan:
1 cawan moong/mung dal
1/4 cawan air
3 sudu makan tepung beras
2 biji cili hijau – cincang
2 biji bawang merah India – cincang
2 tangkai daun ketumbar – cincang
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh baking soda

Cara memasak:
1. Rendam moong dal selama 4-5 jam. Basuh bersih dan toskan. Kisar halus dengan air.
2. Tuang kisaran kacang dal tadi ke dalam mangkuk. Tambah semua bahan-bahan lain lalu kacau sebati. Rehatkan 10-15 minit.


3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali.
4. Bentukkan campuran tadi mengikut citarasa. Boleh gunakan tangan* yang basah untuk bulat-bulatkan adunan tadi. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas.
5. Goreng vada hingga kuning keperang-perangan. Toskan.
6. Hidangkan panas bersama chutney atau tomato sos.
*saya guna 2 sudu untuk membentuk vada.
Kredit: Sue M Arukin

Published by
Putri Adila Saari