Jika anda ada lebihan roti di rumah, boleh cuba resipi Mozzarella Stick with Cinnamon & Caramel Sauce ini. Sangat mudah nak buatnya, mak-mak mesti suka. Rasanya saling tak tumpah seperti Cinnamon Stick di Auntie Anne’s. Anda boleh cuba buat sendiri di rumah.
Yang penting, jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk mendapatkan regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan. Keju ini memiliki tekstur yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Selamat mencuba!
MOZZARELLA STICK WITH CINNAMON & CARAMEL SAUCE
BAHAN-BAHAN:
- 7-8 keping roti putih
- 250gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 50gm Mentega Anchor Unsalted | dicairkan
- Cinnamon sugar secukupnya
- Sos karamel secukupnya
CARA MEMASAK:
- Buangkan bahagian tepi roti dan leperkan roti menggunakan roller.
- Di atas roti, taburkan Keju Perfect Italiano Mozzarella di atas roti dan gulung kemas. Buat sehingga roti habis.
- Sapukan mentega pada dulang pembakar. Susun roti di atas dulang pembakar dan sapukan mentega yang telah dicairkan pada bahagian atas roti.
- Kemudian, taburkan cinnamon sugar secukupnya.
- Bakar pada suhu 200C selama 15 minit atau sehingga roti keperang-perangan dan rangup.
- Tuangkan sos karamel pada roti. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI