Jika anda gemar berkunjung ke restoran yang menyajikan makanan Arab, tentu anda tidak akan terkecuali untuk mencuba pelbagai jenis manisan Arab yang sedap. Salah satu yang boleh dicuba di rumah ialah Mshabak. Rupanya seakan churros namun lebih manis. Memang sedap!

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  •  5 sudu makan tepung jagung
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan minyak bunga matahari/jagung
  • 1 sudu teh yis / ragi
  • Air suam secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

 

IKLAN

UNTUK SIRAP:

IKLAN
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan air mawar
  • ½ biji lemon untuk perahan jus
  • Pewarna kuning / oren

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat sirap, cairkan gula kemudian tambahkan air mawar dan jus. Akhir sekali masukkan pewarna mengikut cita rasa. Ketepikan.
  2. Untuk membuat doh; Gaul minyak bunga matahari/jagung, tepung gandum, yis dan tepung jagung, campurkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehinggan sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh di dalam minyak panas, pelbagai cara boleh digunakan untuk membentuk doh sama ada menggunakan acuan atau piping bag (seperti membuat churos).
  4. Goreng doh sehingga perang keemasan dan kemudian angkat, tos dan rendamkan di dalam air gula yang telah dibuat sebelumnya.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI