Cuaca sejak kebelakangan ni panas terik. Sedap kalau dapat makan hidangan seperti sup.
Untuk petang ni, boleh cuba mi sup ala Korea daripada Zurina Zulkefli. Menggunakan bahan-bahan yang senang je dan cara memasak pun mudah.
MI SUP ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
1 peket mi lidi halus (saya beli di Mr Dollar, 1 peket boleh hidang untuk 2 orang makan) 3 cawan air 1 kiub pati ikan bilis 1 ulas bawang putih | diketuk – beli online di sini 4 sudu besar kicap cair – beli online di sini Sedikit garam
1. Rebuskan 3 cawan air di dalam periuk sehingga mendidih. 2. Masukkan pati ikan bilis, bawang putih yang diketuk, kicap cair dan sedikit garam. Biarkan sup sebati dan sedia dihidang.
3. Untuk mi, sediakan periuk. Masukkan mi dan isikan air hingga tenggelam. Selesai rebus, toskan dan lalu air. Simpulkan dan letak ke dalam mangkuk makan.
Ads
4. Masukkan sup panas ke atas mi. Boleh tambah kimchi radish untuk rasa pedas masam.
5. Tambahan untuk mi ni, hirisan telur dadar, hirisan lobak merah (sangai dulu), dan daun kuchai.
Pernah makan Stew Ayam? Biasanya ramai yang berkongsi resipi Stew Daging. Resipi stew ni memang sangat mudah dan cepat masak. Malah rasanya juga tersangatlah sedap. Selain dinikmati bersama nasi, hidangan ini juga enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan roti. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni.
CARA MASAK STEW AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
1/4 ayam | potong kecil
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu makan mentega
2 ulas bawang putih | hiris
3 biji bawang merah | hiris
1 hiris halia | hiris
2 sudu makan tepung gandum
2 biji ubi kentang | potong kecil
1 batang saderi | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris kecil
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan tambahkan air. Kacau sehingga sebati dan tepung tidak berketul.
3. Masukkan hirisan ayam. Biarkan hingga mendidih barulah dimasukkan ubi kentang, lobak merah dan saderi.
4. Perasakan garam dengan secukupnya dan perlahankan api. Kacau hingga semua bahan masak.
Blogger Nina Mirza berkongsi resipi kuetiau goreng yang sangat ringkas namun mampu membuka selera. Dalam resipi ini, dia mencampurkan makanan laut seperti kerang dan udang.
Yang menambah sedap adalah udang kering serta campuran telur ayam yang menjadikan kuetiau ini bertambah mewah cita rasanya.
Menurut Nina, dia turut menjadikan sambal tumis sebagai pes dalam tumisan ramuan kuetiau goreng ini. Walau nampaknya seperti banyak bahan digunakan, namun cara masak yang ringkas menjadikan resipi kuetiau ini sangat berbaloi untuk dijadikan panduan.
Jom kita lihat resipinya.
KUETIAU GORENG SEAFOOD
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 cawan udang (buang kulit)
4 ulas bawang putih
1/4 cawan udang kering
2 biji telur ayam
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis
2 keping fish cake (hiris nipis)
1 cawan air panas
1 peket kuetiau
1 1/2 cawan tauge
1 tangkai daun kucai (potong 2 inci)
1 cawan kerang (rebus, buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih bersama udang kering.
3. Masukkan telur ayam, pecah-pecahkan telur ayam menjadi ketulan kecil.
4. Masukkan sambal tumis, sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau-kacau.
5. Masukkan fish cake, air panas dan kuetiau. Gaul rata.
6. Taburkan tauge, daun kucai, kerang dan udang tadi. Gaul seketika. Matikan api. Sedia dihidang.
Petang ni rasa nak makan puding yang lemak manis. Bila lalu ditekak terasa nikmatnya. Jom cuba buat puding guna tiga bahan je.. Lebihan biskut cracker dalam rmh nih biskut cracker kita olah buat puding crackers. Ni resipinya untuk dicuba.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.