Mudah Betul Nak Buat Hidangan Mi Sup Ala Korea, 5 Minit Dah Siap!

Share

Cuaca sejak kebelakangan ni panas terik. Sedap kalau dapat makan hidangan seperti sup.

Untuk petang ni, boleh cuba mi sup ala Korea daripada Zurina Zulkefli. Menggunakan bahan-bahan yang senang je dan cara memasak pun mudah.

 

MI SUP ALA KOREA

BAHAN-BAHAN:

1 peket mi lidi halus (saya beli di Mr Dollar, 1 peket boleh hidang untuk 2 orang makan)


3 cawan air
1 kiub pati ikan bilis
1 ulas bawang putih | diketuk – beli online di sini
4 sudu besar kicap cair – beli online di sini
Sedikit garam

TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

UNTUK HIASAN:

Hirisan telur dadar
Hirisan lobak merah (sangai dulu) – beli online di sini
Daun kucai
Kimchi radish

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MASAK:

1. Rebuskan 3 cawan air di dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan pati ikan bilis, bawang putih yang diketuk, kicap cair dan sedikit garam. Biarkan sup sebati dan sedia dihidang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Untuk mi, sediakan periuk. Masukkan mi dan isikan air hingga tenggelam. Selesai rebus, toskan dan lalu air. Simpulkan dan letak ke dalam mangkuk makan.


4. Masukkan sup panas ke atas mi. Boleh tambah kimchi radish untuk rasa pedas masam.


5. Tambahan untuk mi ni, hirisan telur dadar, hirisan lobak merah (sangai dulu), dan daun kuchai.

Kredit resipi: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff