4. Goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak warna keperang-perangan. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak. 5. Bila dah masak goreng, angkat dan toskan. Kemudian, golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Jika buntu nak masak menu apa, ni ha…Telur Bungkus Ayam Tiram ni semestinya pilihan yang boleh dipertimbangkan. Menu yang sangat ringkas tapi rasanya memang sedap. Anak-anak pun pastinya suka. Pendek kata, memang tak perlu lauk lain dah. Jom cuba!
TELUR BUNGKUS AYAM TIRAM
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam hancur
100gm sayur campur
3 ulas bawang putih | dicincang
200ml sos tiram
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN TELUR ( DIPUKUL BERSAMA):
4 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan sayur campur. Kacau dan masak sehingga kering.
Kemudian, tuangkan sos tiram dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api.
Panaskan minyak di dalam satu lagi kuali, dadarkan telur dengan lebar yang sesuai.
Sudukan ayam yang telah dimasak secukupnya dan bungkus telur dengan kemas.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
Info Chef: Kuali cembung (wok) digunakan untuk mendadar telur supaya ayam tiram mudah dibungkus.
Selalunya kalau sebut rebung mesti masak lemak atau kari, tapi kali ini bila rebung dibuat rendang campur dengan daging kisar, ia memang terbaik dan terangkat.
Begitu juga dengan menu pajeri kedondong, selama ni nanas dan terung je yang dibuat pajeri, tapi buah kedondong juga sedap dimasak pajeri. Tak percaya korang boleh cuba dua resipi ini. Memang tak rugi cuba.
RENDANG CILI PADI REBUNG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | rebus dan tos
150gm daging kisar
300ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging kiar, kacau lagi hingga garing.
Seterusnya masukkan rebung yang telah direbus seketika tadi, gaul rata.
Kemudian masukkan santan, serai dan asam gelugor. Biarkan terus mereneh.
Setelah kuah pekat, kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Tak ada idea nak masak menu apa untuk tengah hari? Jom masak daging goreng cili padi limau ni. Aroma limau pada masakan memang membuka selera. Makan pula dengan nasi panas-panas pasti menambah nanti.
Daging Goreng Cili Padi Limau
Daging
3 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
1.Rebus daging sehingga empuk.Potong lawan urat – nipis
2.Tumbuk nipis daging yang telah dihiris (gunakan anak lesung batu )
3.Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan jintan putih.
4.Salutkan pada daging dan goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakan minyak yang baru)
5.Dah garing, toskan.
Bumbu
2 biji cili merah besar
6 biji cili padi merah
½ biji bawang merah besar
½ biji bawang Holland
6 ulas bawang putih
1 biji tomato
Cara memasak:
1.Rebus kesemua dalam 15 minit , kemudian toskan.
Tumbuk kasar.
3.Panaskan minyak, goreng bumbu yang telah ditumbuk.