Penggemar keropok bawang putih, kini dah boleh buat sendiri di rumah. Rupa-rupanya tak sesukar mana pun untuk menghasilkannya. Bahannya berasaskan nasi dan bawang putih.
Teruja juga saat melihat cara-cara untuk menghasilkan keropok bawang putih yang menjadi kegemaran ramai ini. Kali ini, Siti Nur Sumayyah berkongsikan resipi cara untuk membuat sendiri keropok ini yang dipanggil keropok bawang.
Campurkan nasi dan bawang putih, dan tambahkan sedikit sahaja air. Kemudian, kisarkan semua sekali sehingga lumat seperti makanan bayi.
Selepas lumat, masukkan ke dalam kuali. Buka api perlahan sahaja. Tak perlu guna minyak, masukkan saja terus ke dalam kuali. Kemudian, panaskannya bagi suam sahaja. Jangan lama, bimbang hangit pula.
Selepas diangkat, letakkan ke dalam bekas yang berisi tepung ubi tadi. Kacau hingga jadi doh, sehingga tak melekat di tangan. Baru boleh buat jadi keropok.
Ads
Jika melekat, bolehlah tambah sedikit tepung asalkan tidak melekat. Jika melekat, sukar untuk diuli untuk dijadikan keropok.
Dah siap, uli bagi jadi memanjang. Selepas siap menguli, masukkan ke dalam kuali. Pastikan ketika hendak memasukkan, air di dalam kuali dah betul-betul panas, baru masukkan keropok. Jika tidak, keropok tak menjadi.
Selepas dimasukkan ke dalam kuali, masak sampai timbul baru angkat. Ingat ye. Sampai betul-betul timbul, baru angkat. Jika tidak, keropok tak menjadi.
Selepas diangkat siap semua, boleh masukkan warna kesukaan. (Saya guna pencelup ros dan pandan sahaja. Bagi jadi warna-warni, meriah sikit.)
Kemudian, sejukkan seketika dalam 5 hingga 10 minit dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais semalaman. Simpan di dalam tempat biasa saja. Jangan simpan di tempat beku pula, nanti keras macam batu.
Jangan terus dipotong selepas siap dimasak, nanti keropok tak menjadi. Perlu simpan dalam peti ais semalaman baru menjadi. Senang nanti nak potong keropok sebab keras elok.
Ads
Esoknya, dah keras elok dan dah dipotong, bolehlah dijemur sampai betul-betul kering, elok cantik baru boleh digoreng.
Ayam Popcorn rangup memang menjadi kegemaran anak-anak. Senang nak disediakan anak-anak pun puas makan kalau buat sendiri.
Mak ayah pun boleh tumpang sekali, makan panas-panas dengan cili sos dan mayonis sangatlah sedap.
Isi ayam yang dipotong kecil dan digoreng ranggup dengan bahan perapan yang istimewa. Saiz yang kecil seakan popcorn membuatkan ia senang dikunyah terutama kanak-kanak.
Boleh juga buat banyak-banyak dan bekukan. Simpan stok dalam peti sejuk anak-anak nak makan boleh goreng dalam air fryer.
AYAM POPCORN
BAHAN-BAHAN:
7 Ketul isi ayam (potong dadu)
BAHAN-BAHAN 1:
* 6 ulas bawang putih
* 2 batang serai
* 1 sudu kecil lada hitam
* halia seinci
BAHAN-BAHAN 2
4 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk kari daging
BAHAN-BAHAN 3:
2 biji telur
BAHAN-BAHAN 4:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
Garam secubit
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam yang sudah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.
2. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tuangkn bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan ke 2 gaul sebati. Perapkn sejam @ lebih.
3. Pecahkan telur dalam bekas asing.
4. Satukan bahan 4 dan gaul sebati
5. Celup isi ayam satu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung. Terus masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Buka api perlahan goreng sehingga masak dan tos.
Kredit: norhayu hanafi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Banyak pula lebihan kentang yang beli seguni hari tu, tapi tak tahu nak buat apa. Jom kita buat Kentang Wedges macam di restoran makanan segera tu. Letakkan pula sos cheese di atasnya. Memang sedap. Buat sendiri, puas hati sekeluarga dapat menikmatinya.
Ikuti resipi mudah membuat Kentang Wedges hasil perkongsian Hanizah Mohd Najib ini. Sedap pula tu dapat makan panas-panas dan garing. Jom kita buat.
Sedapnya Popia Sayur Daging Burger ni. Sangat mudah dan senang disediakan. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga. Cicah dengan sos, lagilah nikmati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Pasti puas hati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!