Mudah Je Buat Keropok Bawang, Nasi Dan Bawang Putih Wajib Ada

Share

Penggemar keropok bawang putih, kini dah boleh buat sendiri di rumah. Rupa-rupanya tak sesukar mana pun untuk menghasilkannya. Bahannya berasaskan nasi dan bawang putih.

Teruja juga saat melihat cara-cara untuk menghasilkan keropok bawang putih yang menjadi kegemaran ramai ini. Kali ini, Siti Nur Sumayyah berkongsikan resipi cara untuk membuat sendiri keropok ini yang dipanggil keropok bawang.

BAHAN-BAHAN:

1 cawan air

2 cawan tepung ubi (saya guna 5 cawan) – Boleh beli online di sini

3 – 5 ulas bawang putih (ikut cita rasa masing-masing) – Boleh beli online di sini

Sedikit garam (untuk beri rasa sahaja) – Boleh beli online di sini

1 sudu KFC serbuk perasa

CARA MEMASAK:

Campurkan nasi dan bawang putih, dan tambahkan sedikit sahaja air. Kemudian, kisarkan semua sekali sehingga lumat seperti makanan bayi.

Selepas lumat, masukkan ke dalam kuali. Buka api perlahan sahaja. Tak perlu guna minyak, masukkan saja terus ke dalam kuali. Kemudian, panaskannya bagi suam sahaja. Jangan lama, bimbang hangit pula.

Selepas diangkat, letakkan ke dalam bekas yang berisi tepung ubi tadi. Kacau hingga jadi doh, sehingga tak melekat di tangan. Baru boleh buat jadi keropok.

Jika melekat, bolehlah tambah sedikit tepung asalkan tidak melekat. Jika melekat, sukar untuk diuli untuk dijadikan keropok.

Dah siap, uli bagi jadi memanjang. Selepas siap menguli, masukkan ke dalam kuali. Pastikan ketika hendak memasukkan, air di dalam kuali dah betul-betul panas, baru masukkan keropok. Jika tidak, keropok tak menjadi.

Selepas dimasukkan ke dalam kuali, masak sampai timbul baru angkat. Ingat ye. Sampai betul-betul timbul, baru angkat. Jika tidak, keropok tak menjadi.

Selepas diangkat siap semua, boleh masukkan warna kesukaan. (Saya guna pencelup ros dan pandan sahaja. Bagi jadi warna-warni, meriah sikit.)

Kemudian, sejukkan seketika dalam 5 hingga 10 minit dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais semalaman. Simpan di dalam tempat biasa saja. Jangan simpan di tempat beku pula, nanti keras macam batu.

Jangan terus dipotong selepas siap dimasak, nanti keropok tak menjadi. Perlu simpan dalam peti ais semalaman baru menjadi. Senang nanti nak potong keropok sebab keras elok.

Esoknya, dah keras elok dan dah dipotong, bolehlah dijemur sampai betul-betul kering, elok cantik baru boleh digoreng.

Dah siap, bolehlah dimakan. Selamat mencuba.

Kredit: Siti Nur Sumayyah

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida