Mudah Je Buat Sendiri Inti Murtabak & Samosa, Sambut Ramadan

Share

Dalam 2 minggu lagi, kita akan menyambut bulan Ramadan. Dan pastinya antara menu yang sentiasa mendapat sambutan ialah murtabak dan juga samosa.

Apa kata, kali ini kita buat sendiri murtabak dan samosa di rumah. Lagi jimat dan selamat. Tidak perlu bersesak di bazar.

Resipi inti murtabak daging dan ayam serta inti samosa ayam dan daging yang dikongsi Ummu Ashraf ini, sangat mudah nak buatnya.

 

INTI SAMOSA DAGING/AYAM & INTI MURTABAK

BAHAN INTI SAMOSA DAGING / AYAM

500 gm daging/ayam segar cincang
Minyak zaitun untuk menumis
1 sudu besar garam masala
1 biji kentang | potong kiub & rebus separa lembut – beli online di sini
2 biji bawang Holland | potong kiub halus – beli online di sini
1 biji telur rebus | dilenyek
Lada hijau | cincang
Daun ketumbar cincang
Daun sup cincang
Daun pudina cincang
Garam dan 1 kiub stok ayam (optional)

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar – beli online di sini
Halia sebesar ibu jari – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
2 sudu besar ketumbar | sangai
3 sudu besar jintan putih | sangai
1 sudu besar jintan manis | sangai
1 sudu kecil lada putih | sangai

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan daging cincang dan kacau hingga air daging mula mengering.
2. Masukkan garam dan kiub ayam jika menggunakan. Masukkan bawang Holland dan kentang rebus.
3. Kacau rata dan masak hingga daging nampak kering dan tiada lagi rasa rempah tak masak, dalam 8 – 10 minit.
4. Masukkan cili hijau dan daun-daun serta garam masala, kacau seminit dua. Masukkan telur rebus yang telah dilenyek. Kacau rata. Matikan api dan sejukkan.

 

INTI MURTABAK DAGING

BAHAN-BAHAN:

500gm daging segar cincang
Minyak zaitun untuk menumis
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar garam masala
Lada hijau cincang
Daun ketumbar cincang
Daun sup cincang
Daun pudina cincang
Garam dan 1 kiub stok ayam (optional)

TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar
Halia sebesar ibu jari
5 ulas bawang putih

BAHAN KISAR KERING:

2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil lada putih

CARA MASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan daging cincang dan kacau hingga air daging mula mengering. Masukkan garam dan kiub ayam jika menggunakan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

2. Masukkan rempah-rempah kisar dan rempah kari. Kacau rata dan masak hingga daging nampak kering dan tiada lagi rasa rempah tak masak, dalam 8 – 10 minit.
3. Masukkan cili hijau dan daun-daun serta garam masala, kacau seminit dua. Matikan api dan sejukkan.

 

INTI MURTABAK AYAM

BAHAN-BAHAN:

500gm daging ayam cincang
Minyak zaitun untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk rempah korma
1 sudu besar garam masala
Lada hijau cincang
Daun ketumbar cincang
Daun sup cincang
Daun pudina cincang
Garam dan 1 kiub stok ayam (optional)

TONTON Laksa PeranakanProjek Air Tangan Emas Bersama MAGGI

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar
Halia sebesar ibu jari
5 ulas bawang putih

BAHAN KISAR KERING:

2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil lada putih

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan daging ayam cincang dan kacau hingga air daging mula mengering. Masukkan garam dan kiub ayam jika menggunakan.
2. Masukkan rempah-rempah kisar dan rempah kari. Kacau rata dan masak hingga daging nampak kering dan tiada lagi rasa rempah tak masak, dalam 8 – 10 minit.
3. Masukkan cili hijau dan daun-daun serta garam masala, kacau seminit dua. Matikan api dan sejukkan.

Kredit resipi: Ummu Ashraf

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff