Mudah Je Masak Paprik Ayam Sedap & Pekat Macam Dekat Kedai Thai

Share

Rindu nak makan paprik ayam di kedai Thai? Kini anda boleh je masak sendiri di rumah. Masak guna resipi ni silap haribulan, masakan anda jadi lebih sedap dari yang dijual di kedai Thai. Ha..Anak-anak pun puji tau. Jangan was-was lagi, anda boleh cuba resipi ini. Nak buatnya pun tidaklah susah. Selamat mencuba!

 

RESIPI PAPRIK AYAM THAI PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam bahagian dada
  • Sedikit serbuk kunyit
  • MAGGI® CukupRasa
  • Kacang panjang
  • Bawang besar
  • Cili besar

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 3 biji bawang merah – ditumbuk
  • 5 biji bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – ditumbuk
  • MAGGI® Sambal Tumis 30gm
  • 1 batang serai
  • Daun limau purut
  • MAGGI® Sos Tiram
  • MAGGI® Sos Cili
  • Kicap manis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan MAGGI® CukupRasa.
  2. Kemudian, goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yang ditumbuk, MAGGI® Sambal Tumis 30gm
    , serai dan daun limau purut. Tumis sehingga garing.
  4. Kemudian, masukkan air dan tambah MAGGI® Sos Cili, MAGGI® Sos Tiram dan kicap.
  5. Tambah MAGGI® CukupRasa untuk melengkapkan rasa.
  6. Apabila sudah pecah minyak sempurna, masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar dan cili besar.
  7. Gaul hingga sebati. Siap!

 

PETUA: Selain ayam, anda juga boleh memasak Paprik yang enak dengan menggunakan aneka makanan laut dan juga daging. Bahan dan cara memasaknya sama sahaja. Memang enak & dijamin berselera.

 

 Kredit foto: Shutterstock

Published by
Team Rasa