Sedapnya tengok resipi Sunquick Honey Sesame Chicken ni. Mudah dan ringkas tetapi menyelerakan.
Tak perlu banyak lauk pun kalau dapat menu macam ni. Anak-anak pun mesti suka dengan hidangan ini. Jom kita cuba resipi yang dikongsi Fienaz Shafie ini.
SUNQUICK HONEY SESAME CHICKEN
BAHAN PERAPAN AYAM:
1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu besar bawang putih 1 sudu kecil lada sulah 1 sudu kecil garam 1 biji putih telur 1 sudu besar tepung jagung
Isi ayam | dipotong kecil-kecil 2 sudu besar bawang putih – beli online di sini 1 sudu besar halia – beli online di sini 2 sudu besar ghochujang (kalau tak ada, boleh gantikan dengan cili boh) 2 sudu besar garam Biji bijan (untuk hiasan) Daun bawang (untuk hiasan) | dihiris halus
1. Campurkan semua bahan perapan di dalam satu bekas. Kacau-kacau bagi sebati. 2. Kemudian masukkan ayam dan gaul-gaulkan bagi sebati. Perap seketika.
Ads
3. Sementara itu, siapkan bahan sos. Campurkan semua bahan sos dalam bekas atau mangkuk kecil. Kacau-kacau bagi sekata. Ketepikan. 4. Ayam yang telah diperap tadi, gaulkan dengan tepung jagung. Gaul biar bagi sekata semuanya ye.
5. Panaskan minyak. Pastikan minyak banyak ye untuk menggoreng. Goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan. 6. Kemudian, goreng sekali (double frying) untuk tekstur ayam yang lebih garing. Angkat dan toskan ayam.
7. Kemudian, di dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. 8. Kemudian, tuang sos yang telah disiapkan lebih awal tadi. Gaul bagi sebati. 9. Masukkan ghochujang dan garam. Kacau-kacau sekata.
10. Bila dah mendidih, masukkan ketulan ayam goreng tadi. Gaul-gaul bagi sebati. 11. Taburkan biji bijan. Gaul lagi. Akhir sekali, taburkan daun bawang yang sudah dihiris. Siap.
Selalunya, kalau buat air asam memang dipadankan dengan ikan bakar ataupun ikan kukus. Rasa air asam yang pedas, masam, masin dan manis ini memang buatkan nasi tambah berpinggan-pinggan.
Lauk ringkas tapi inilah yang menyelerakan. Nak tahu cara buat air asam yang menyengat? Ikuti resipi perkongsian daripada Ameeraini. Bila makan, dah tak toleh kiri dan kanan. Jom buat.
Ambil asam jawa biji separuh begini. Pakai asam jawa biji ini bila buat air asam, memang sedap.
Belacan boleh dibakar ataupun tidak, ikut citarasa masing-masing. Saya tak bakar.
Ambil secawan air suam.
Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
Letakkan sedikit garam dan gula. Ada rasa manis, masam, pedas dan sedap.
Tenyehkan belacan tadi pada tangan.
Letakkan sos tomato dan juga sos cili.
Bancuhkan asam jawa dengan air suam. Tapiskan dan buang bijinya.
Gaulkan semua bahan tadi sehingga sebati. Inilah namanya rahsia air tangan.
Siap dan sedia dihidang.
Kukuskan ikan (jenisnya ikut citarasa masing-masing). Ini ikan bawal tambak. Kukuskan ikan yang telah diletak garam dan kunyit selama 20 minit sahaja. Bolehlah dimakan bersama air asam.
Ketupat Pocongperkongsian saudari Biey Hasbini nampak sangat enak dan mudah disediakan. Kelihatan seakan lemang, namun proses penyediaannya lebih mudah dan tidak perlu dibakar lama. Hanya kukus sahaja. Enak dimakan bersama aneka rendang pilihan. Jom cuba! Pasti berselera menikmatinya bersama keluarga.
CARA BUAT KETUPAT ALA POCONG
BAHAN-BAHAN: 2 kg beras pulut – beli online disini 2 cawan santan pekat – nak lemak lebihkan sedikit – beli online disini 1 sudu teh garam Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Basuh pulut hingga jernih air. Kemudian rendam beras pulut selama 2 jam. 2. Toskan beras pulut dan kukus hingga masak. 3. Gaulkan pulut dengan santan pekat dan satu sudu teh gula untuk sekilo pulut. Kukus semula hingga berwap. Angkat. 4. Ambil sekepal pulut dan bungkus dengan daun pisang. 5. Gunakan teknik seperti menggulung daun pisang agar pulut kemas elok bentuknya dan padat. 6. Ikat bahagian hujung terlebih dahulu. Kemas dan rapatkan pulut kemudian ikat hujung satu lagi. Nak lebih padat, ikat di bahagian tengah. 7. Kukus atau rebus gulungan Ketupat Pocong. Lebih lama dikukus atau direbus, Ketupat akan lebih tahan lama dan padat macam lemang.
Masakan autentik Johor adalah kepakaran Ketua Wanita UMNO, Batu Pahat, Johor Datin Hajar Abdul Rahman. Beliau membuka rahsia dan petua amalan memasak yang diwarisi dari arwah bapanya kepada RASA. Sajian ni memang bestlah buat berbuka.
Menurut Datin Hajar dia mampu menyediakan tiga jenis lauk pauk dalam masa setengah jam. “Sebenarnya untuk menyedapkan sajian ada langkah urutan dan petuanya yang tertentu. Contohnya dalam masakan Asam Pedas Kerisik, kalau masak lauk ini saya akan memasukkan serbuk lada hitam dan kerisik setelah pes cili kering pecah minyak dan naik bau.
Bila nak masukkan daun kesum saya masukkan batangnya dahulu bersama isi bunga kantan dan setelah mendidih baru dimasukkan daun kesumnya. Batangnya lebih wangi dan masakan jadi lebih lazat. Bagi memekatkan kuah, saya letakkan juga buah keras,” ceritanya membuka petua yang diwarisi dari arwah ayahnya.
Masak Lemak Cendawan juga sungguh lazat. Cendawannya rangup dan kuahnya lemak manis terasa ikan bilisnya. Pesan beliau pilih cendawan hutan yang berkualiti, jika tersalah pilih ia boleh menyebabkan lauk menjadi tidak berapa sedap.
Sambal geledek pula menu ‘wajib’ yang perlu ada di meja hidangan keluarganya.
“Sambal geledek atau sambal ketuk ni sebenarnya boleh dijadikan rencah nasi goreng, jadi jika dibuat lebih pun elok untuk dibuat stok dan jadi rencah kepada lauk lain,” kongsinya lagi.
Jom semak 3 resipi istimewa air tangan Datin Hajar Abdul Rahman iaitu Asam Pedas Kerisik Ikan Merah, Sambal Belacan Geledek dan Masak Lemak Cendawan Hitam.
1. ASAM PEDAS KERISIK IKAN MERAH
BAHAN- BAHAN :
500 gm keping ikan merah (anggaran 2 keping)
3 sudu makan pes cili kering
1.5 sm halia | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 biji bawang besar |dikisar
1/2 sudu makan kunyit serbuk
1/2 sudu makan kerisik
1/2 tangkai bunga kantan | ambil isi dan kelopak dari sebelah hirisan yang dibelah dua
3-4 batang daun kesum
Beberapa helai daun kesum
1/2 sudu makan asam jaya | dicampur suku cawan air
1 sudu teh buah keras
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
500 ml atau air secukupnya |bergantung kepada kepekatan yang anda suka
1 biji tomato|dibelah empat
4 batang bendi
Serbuk lada hitam secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar.
Tumis hingga naik bau, dan masukkan pes cili kering dan serbuk kunyit. Gunakan api sederhana, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan batang daun kesum dan air asam jawa.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam, kacau dan kemudian masukkan air.
Tutup periuk dan biarkan mendidih. Apabila mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan.
Masukkan buah keras untuk memekatkan kuah. Masukkan pula bendi dan tomato.
Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Resepi asam pedas warisan dari generasi ‘lama’ Johor
Anggaran kos : RM30
SAMBAL GELEDEK
BAHAN-BAHAN :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar | dihiris kasar
6 biji cili merah
6 biji cili hijau
2 biji cili padi
Dua genggam bilis
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan goreng kesemua bawang, cili merah, cili hijau dan cili padi sampai kekuningan.
Angkat dan toskan.
Kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan.
Kemudian tumbuk bawang, cili padi dan hingga lumat, kemudian masukkan gula dan tumbuk sekali.
Masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuk sampai ikan bilis hancur.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Boleh dijadikan rencah nasi goreng jika ada lebihan.
Anggaran kos : RM6
MASAK LEMAK CENDAWAN HITAM
BAHAN-BAHAN:
100 gm cendawan hitam | rendam bagi kembang
3 biji bawang kecil | dikisar
Segenggam ikan bilis | digoreng dan ditumbuk
220 ml santan kotak
2 helai daun limau purut |dicarik
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | dititik
1 sudu makan sambal geledek (atau apa apa sambal)
500 ml air
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan serai dan ikan bilis
Masukkan satu sudu makan sambal geledek
Masukkan santan, serbuk kunyit dan kemudian air.
Bila mendidih masukkan cendawan.
Akhir sekali masukkan limau purut dan perasakan dengan garam.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kuah berlemak dan masam serta cendawan hitam yang rangup
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira