Siapa saja yang tak suka makan coklat, dari anak kecil sampailah yang dewasa. Selalunya saja stok coklat ini pelbagai jenama ada dalam peti ais.
Tapi tak terfikir pula nak buat coklat sendiri kan. Sebenarnya nak buat coklat bar ini mudah saja. Cuma perlukan tiga bahan saja. Memang boleh sangat buat sendiri. Nak cuba? Boleh ikut panduan perkongsian Nenie Suehoney, untuk menghasilkan coklat bar bubble rice.
Buat sendiri bubble rice coklat bar
Bahan-bahan:
-500 gm coklat masakan (boleh guna milk compound Berry’s)
-25 ml minyak masak (jika suka, supaya coklat cepat cair)
-Bubble rice secukupnya (boleh juga gantikan dengan kismis atau kekacang)
Ads
Acuan/mould coklat bar yang digunakan. Boleh beli di kedai bakeri.
Cara membuat
1. Bakar dalam oven bubble rice pada suhu 120°c selama 10 minit lebih kurang/sehingga rangup. Ketepikan.
2. Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya. Masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/cetak/acuan.
4. Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan.
Ads
5. Tuang lagi coklat ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan. Hentak sedikit mould untuk ratakan.
6. Pastikan coklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan lemau.
7. Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika. Bila dah sejuk, boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia dimakan.
Ads
Tip: Saya letak minyak masak sikit, supaya selepas beku, coklat bar yang terhasil tidak terlalu keras. Sedang elok macam kita beli di kedai.
Sedapnya Durian Crepe Cheese Leleh ni. Kulit crepe yang lembut, krim yang gebu dan padat dengan isi durian. Ada pula limpahan serta parutan keju. Makan pula sejuk-sejuk. Nikmatnya… Masa durian masih ada musim ni, bolehlah pakat cuba belajar buat Durian Crepe Cheese Leleh ni. Kalau nak buat Durian Crepe biasa pun boleh. Mudah sangat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua, kacau sebati dan tapiskan. 2. Panaskan kuali non-stick saiz 20cm. Tuang satu senduk adunan dan lenggangkan hingga rata dan nipis. 3. Masak dengan api sederhana dalam 30 saat sahaja. Tidak perlu diterbalikkan.
BAHAN LAIN: 2 cawan isi durian 2 cawan whipping cream-putar hingga kental (masukkan ke dalam piping bag)
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan filling kastad ke dalam kuali. Kacau rata terlebih dahulu kemudian masak di atas api sederhana hingga pekat.
2. Bila sejuk, masukkan dalam piping bag. Ketepikan bersama isi durian dan juga whipping cream.
BAHAN CHEESE LELEH: 250gm krim keju / cream cheese 1/2 cawan susu pekat manis 1/2 cawan dairy whipping cream /krim putar tenusu 1/4 cawan susu segar – jika suka sos yang pekat, tidak perlu letak susu Keju cheedar secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan kecuali keju cheddar. Pukul atau adun hingga sebati.
CARA MENYEDIAKAN DURIAN CREPES 1.Bentangkan kulit crepes. Picit whipped cream. 2. Kemudian masukkan filling kastad, isi durian dan lapisan whipped cream sekali lagi.
3. Bungkus seperti bantal. Simpan dalam freezer/chiller sebelum dinikmati.
4. Untuk Durian Crepes Cheese Leleh, tuang adunan cheese leleh ke atas crepes dan letak parutan keju cheddar secukupnya. Enak dimakan sejuk.
Kadang-kadang bila sampai teringin ni, tak boleh nak kata apa. Terliur pula dengan burger prosperity Macdonald.
Jadi, apa kata kita buat sendiri saja? Menerusi perkongsian daripada Mohamad Arymin, mudah saja nak buat rupanya.
RESIPI BURGER PROSPERITY
BAHAN DAGING BURGER
1kg daging kisar (saya pakai jenama Ramly) 8 sudu makan serbuk roti – beli online DI SINI 1 biji bawang holland | dicincang – beli online DI SINI 1 sudu makan blackpepper | kisar kering – beli online DI SINI Garam dan maggi cukup rasa secukupnya *Nak tambah telur, Italian herbs dan lain-lain pun boleh. Ikut citarasa sendiri
1. Cincang bawang seperti dalam gambar. Boleh tengok di YouTube cara cincang yang betul dan cepat. Kalau tak suka, boleh kisar dengan sedikit air.
2. Masukkan daging dalam mangkuk dan letak bawang, blackpepper, serbuk roti dan perasa. Nak tukar serbuk roti tu dan pakai tepung pun boleh. Nak tambah telur, Italian herbs pun boleh. Ikut selesa masing masing ye.
3. Gaul sampai sebati. Pakai tangan je gaul. Jangan lupa buang cincin dan aksesori lain, kang ada benda asing pulak dalam daging burger tu nanti.
4. Timbang 100gm setiap satu, dapatlah 10 keping.
5. Kemudian, bentukkan daging tadi secara memanjang. Jangan tebal sangat, nanti bahagian tengah tak masak. Ukurannya biarlah panjang sedikit berbanding roti ni. Sebab bila dah goreng nanti, ia akan mengecut sedikit.
6. Goreng dengan sedikit marjerin/mentega. Tengok rupa daging tu, boleh la kan. Menjadi jugak. Masak dalam 3-4 minit je, lepas tu terbalikkan daging tu.
7. Dah siap goreng semuanya. Yang di tangan ni yang paling cantik sekali bentuknya.
8. Roti ni belah dua, kemudian sapu sedikit marjerin dan masak dalam 1 minit. Bagi garing sikit.
9. Demi glaceni serbuk khas untuk korang buat brown sauce. Saya guna jenama Knorr. Dari brown sauce tu nanti, boleh jadi blackpepper sauce, mushroom sauce dan bombay sauce.
10. Masukkan marjerin dalam kuali yang dah dipanaskan. Masukkan bawang yang dah dihiris. Tumis sampai agak garing.
11. Bancuh 50gm serbuk demi glace tu dengan 500ml air. Guna air biasa je, kalau air panas nanti serbuk tu jadi berketul ketul, tak larut.
12. Tuangkan bancuhan tu dalam kuali. Kacau perlahan. Masukkan blackpepper dan sos cili.
13. Masukkan perasa secukupnya. Saya suka tambah gula perang dalam sos blackpepper. Kalau tiada gula perang, gula melaka pun jadi la. Biasanya kalau buat bolognese, mesti saya akan tambah. Ini rahsianya, jangan beritahu orang lain tau.
14. Untuk tahu sama ada sos ni dah cukup pekat atau tak, korang boleh buat macam dalam gambar. Gariskan guna jari je. Kalau sos tu terbelah macam ni, maknanya dan cukup pekat la tu. Orang French panggil dah “Nappe”. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair.
15. Lepas tu celup daging dalam sos blackpepper ni. Bagi rasanya lagi menyerap dan sebati. Kemudian, hidanglah dengan kentang goreng, jus oren dan sayuran.