Mudah Rupanya Hasilkan Ikan Masin Homemade. Jom Cuba!

Share

Sesekali ke pasar, pasti anda ada terlihat ikan gelama yang dijual. Bagi yang tidak biasa menikmatinya, pasti tak ada idea nak masak apa dengan ikan jenis ni. Sebenarnya, ikan gelama ni kita boleh masak macam-macam. Malah anda juga boleh hasilkan ikan kering / masin menggunakan ikan ini. Rasanya memang sedap! Nak cuba buat ikan masin secara homemade? Jom lihat bahan-bahan serta langkah-langkah pembuatannya.

 

CARA BUAT IKAN MASIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
  • Garam
  • Cuka makan

 

CARA-CARA:

  1. Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang. Cuci bersih-bersih.
  2. Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
  3. Esoknya, bilas ikan, masa ini kita kena sesuaikan rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih-bersih dan toskan.
  4. Sebelum susun atas talam/tampi, basahkan atau percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka. Fungsi cuka ialah untuk menjauhkan lalat daripada mendekati ikan. Kemudian jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.

 

TIP:

  1. Ikan yang telah kering, boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk.
  2. Pemilik resipi menjemur uikan kering di atas bumbung rumah. Katanya, makin tinggi tempat ikan dijemur,  makin sukar untuk lalat hinggap.
  3. Sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan. Nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
  4. Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.

 

Kredit resipi & foto: http://chesitinoor.blogspot.my/2014/05/ikan-kering-gelama-homemade.html

Published by
Nur