Buat penggemar coklat, mesti suka dengan kek tapak kuda ni, sebab menggunakan topping nutella.
Nampak macam susah tapi rupanya senang je nak buat kek ni. Resipi yang dikongsikan Shela Bahari ini, sesuai walaupun pertama kali nak buat kek.
Yang pasti, kena ikut petua dan tip yang diberikan Shela ini, kek pasti menjadi cantik dan lembut.
KEK TAPAK KUDA
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred B (kalau guna gred A, 4 biji / telur gred C, 5 biji) ½ cawan tepung (saya guna tepung Hong Kong, kalau guna tepung gandum pun boleh tapi lebihkan susu tepung) – beli online di sini ½ cawan gula – beli online di sini Sedikit baking powder 1 sudu besar ovelet 3 sudu besar susu tepung – beli online di sini ½ cawan marjerin (dicairkan) – beli online di sini
Ads
CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar semua bahan kecuali marjerin, sampai kental dan gebu. 2. Bila dah kental, baru masukkan marjerin. Kacau lagi. 3. Tuang dalam loyang (saya guna loyang saiz 9). Ratakan.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C api atas bawah selama 35 minit. 5. Bila dah masak, keluarkan. Tunggu suam sedikit atau sejuk, baru sapukan topping yang dikehendaki (saya letak topping nutella). 6. Gulung dengan menggunakan plastic wrap yang boleh dapati di kedai bakeri.
*kek ini boleh tahan 4,5 hari kalau di luar dan sebulan jika disimpan dalam chiller. *kalau guna tepung yang ada serbuk penaik, lebihkan susu tepung untuk kek lebih gebu. *untuk adunan ini boleh dapat 2 biji kek tapak kuda (saya potong dua bila guna loyang saiz 9)
Buat biskut ni tidak mengira musim raya. Bila-bila pun boleh membuatnya. Tambah pula ada biskut kegemaran anda. Nak beli pun harga boleh tahan mahal. Jadi berbaloi kalau buat sendiri.Cuti sekolah ni bolehlah buat cookies kegemaran bersama anak-anak seperti snow almond ni untuk kudapan.
Snow Almond Cookies / Badam Salju
Bahan A
260g butter
150gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
50gm serbuk badam
Bahan B
300gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung
Bahan hiasan:
Coklat masakan -cairkan cara double boiler
Serbuk roti putih -untuk menyalut
Cara membuat:
1.Pukul bahan A hingga berkrim.
2.Masukkan bahan B, uli hingga jadi doh yang lembut.
3.Canai dan terap dengan acuan yang digemari.
4.Susun dalam loyang, bakar pada suhu 170° 25-30 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
5.Setelah bakar, sejukkan biskut.
6.Celup biskut ke dalam coklat masakan yang dicairkan cara double boiler.
7.Golekkan biskut ke dalam serbuk roti (breadcrumb)
Petai, masak sambal, campur dalam gulai atau buat ulam begitu je, pun sedap. Soal bau tolak tepi itulah yang selalu dikatakan oleh penggemar petai. Bukan sekadar cerita, ini dua resipi petai yang boleh anda semua cuba. Memang terangkat bila rasa.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
1 helai daun kunyit
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
Setelah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
NAK MASAK SAMBAL GUNA AIR FRYER, JOM SEMAK PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.