
Lama sungguh tak buat bihun PAMA HOMEMADE, boleh lah buat seperiuk untuk keluarga nikmati. Resepi ni sangat mudah,ringkas,sedap dan mengenyangkan.Rasanya sama macam mi segera dijual. Proses penyediaan hanya 10 minit.Kalau nak tambah isi ayam atau lobak merah pun boleh,lagi bertambah sedap. Kalau suka pedas boleh taburkan serbuk cili di atasnya.
Bihun PAMA homemade
Bahan-bahan:
(2 orang makan)
5 ulas bawang putih(ditumbuk)-beli online di sini
2 ketul kiub pati ayam maggi-beli online di sini
1 sudu kecil lada sulah yang putih-beli online di sini
Sedikit daun sup dan daun bawang(potong)
1 liter air(agak-agak 1jug kecil je)
Secubit garam(jika perlu)
Bihun(secekak) Cikpooja suka guna bihun jasmine ni,lembut dan sedap.Bila masak tak mudah lunyai)

Cara memasak:
1.Panaskan minyak(agak-agak ye)
2.Tumis bawang putih sampai kekuningan, keemasan.

3.Masukkan air,kiub pati ayam,lada sulah,daun sup dan daun bawang.
(Lada sulah tulah sebenarnya yang buatkan rasa dan bau bihun kita jadi macam bihun pama.Tak ada lada sulah ni,memang tak jadilah bihun pama kome)

4.Bila dah menggelegak kuahnya,masukkan bihun.Reneh sampai bihunnya masak elok.
5.Kalau tak berapa cukup rasa masin,boleh masukkan secubit garam(agak-agak ikut citarasa)

6.Boleh dihidang.
Kredit: Cik Pooja
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak Sendiri Sos Spageti Homemade Sedap Guna Buah Tomato

Resipi Sos Spageti homemade yang sedap, mudah dan tanpa pengawet perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang kena cuba. Kalau anak-anak anda jenis peminat tegar pasta, seminggu 2-3 kali minta spageti, sos ni memang kena cuba buat. Jimat banyak. Malah sos ini juga sesuai buat anda yang gemar makan sos spageti yang kurang masam. Rasa dia tidak lah sepekat, masam dan berasid seperti di dalam tin. Rasanya lebih bersifat hambar tapi masih sedap dimakan. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
RESIPI SOS SPAGETI BOLOGNESE HOMEMADE GUNA TOMATO SEGAR

BAHAN-BAHAN:
- Spageti – direbus hingga lembut – beli online disini
BAHAN SOS SPAGETI:
- 5 biji tomato segar (pilih yang merah ranum)
- Garam dan gula secukup rasa
- ½ biji bawang holland – beli online disini
- 1-2 ulas bawang putih – beli online disini
- Isi ayam secukupnya
- Sedikit herba oregano – beli online disini
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan tomato, pilih buah yang merah ranum.
2. Hiris nipis bahagian luar buah tomato. Ia bertujuan untuk memudahkan proses mengupas kulit tomato nanti.

3. Kemudian rebus buah tomato tadi sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.

4. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.

5. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.

6. Seterusnya tapis tomato tadi untuk mendapat pes tanpa biji.

7. Ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti sejuk.

8. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam hingga masak.
9. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.

10. Akhir sekali boleh masukkan spageti yang telah direbus. Kacau sebati.

11. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan segera.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Nak Niaga Makanan? Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan & Jual Secara COD

Tengah fikir menu sedap dan mudah masak untuk diniagakan? Tidak dinafikan jika anda nak berniaga, salah satu produk yang pasti dicari pelanggan ialah makanan. Kena dengan rasa serta harga, pasti pelanggan akan ‘repeat order’. Namun, untuk memikirkan menu yang sesuai, buntu juga. Lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak biasa mengambil tempahan dan berniaga. Istimewa buat anda, saudari Widiati Sulaiman kongsikan 10 resipi menu yang anda boleh masak secara homemade dan dijadikan menu perniagaan anda. Selamat mencuba!
10 IDEA MENU SEDAP BOLEH BUAT NIAGA
1. AGLIO OLIO SEAFOOD

BAHAN-BAHAN:
- 150gm spageti – direbus
- 10 ekor udang harimau
- 3 ekor sotong segar
- 5 ekor kepah
- 1 biji bawang holland (beli online disini)
- 2 ulas bawang putih (beli online disini)
- 1 sudu teh emping cili (beli online disini)
- 1 sudu teh parsli kering / parsley flakes
- 1 sudu makan minyak zaitun (beli online disini)
- 1 biji cili benggala
- Garam secukup rasa
- Brokoli dan lobak merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak zaitun kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan udang, sotong dan kepah yang telah dibersihkan.
3. Kemudian masukkan sayur, emping cili dan parsli. Kacau sebati.
4. Akhir sekali, masukkan spageti yang telah siap direbus. Kacau sebati dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Sedia untuk dihidang.
2. TAUHU BERGEDIL AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 6 keping tauhu kering
- 5 bji kentang – dikupas, direbus dan dilenyek
- 2 biji cili merah
- 2 sudu makan bawang goreng (beli online disini)
- 100gm isi ayam
- 1 ulas bawang besar – dimayang halus
- 1 sudu teh serbuk cukup rasa
- 1 biji telur
- 1 sudu teh lada hitam (beli online disini)
- 3 helai daun bawang
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan isi ayam. Kacau rata dan biarkan masak selama 10 minit. Angkat dan toskan.
3. Dalam bekas besar, satukan isi ayam, ubi kentang, bawang goreng, daun bawang, cili merah dan serbuk cukup rasa. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
4. Ambil tauhu kering dan sumbatkan inti kentang tadi ke dalamnya sehingga padat. Ketepikan.
5. Panaskan minyak masak. Pada masa yang sama, pukul telur dan celupkan tauhu tadi.
6. Goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat, toskan minyak dan nikmati menu ini bersama sambal kicap.
BAHAN CILI KICAP:
- 10 biji cili padi (beli online disini)
- 1 ulas bawang putih (beli online disini)
- 1 sudu teh gula (beli online disini)
- Sedikit garam (beli online disini)
- 100ml kicap manis (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili padi dan bawang putih menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Kemudian masukkan gula dan garam. Lumatkan lagi.
3. Masukkan kicap dan sebatikan. Sedia untuk dinikmati
3. BREAD LASAGNA BEEF

BAHAN-BAHAN:
- 8 keping roti putih
- 8 keping keju cheddar
- 3 biji telur
- 300gm daging kisar
- 250ml susu full cream (beli online disini)
- 1 sudu teh daun parsli
- 50gm keju mozarella
- Sos spageti secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bancuh susu bersama telur. Ketepikan. Goreng daging kisar tanpa minyak. Ketepikan.
2. Ambil loyang yang bersesuaian. Oleskan dengan marjerin. Sebaiknya loyang yang muat-muat dengan saiz roti.
3. Celupkan roti ke dalam bancuhan susu dan telur. Susun dalam loyang. Kemudian sapukan sos spageti hingga rata.
4. Letak taburan daging cincang dan kepingan keju cheddar. Lapiskan lagi dengan kepingan roti yang dicelup dalam bancuhan susu. Ulang langkah sama hingga habis.
5. Untuk lapisan terakhir, tabur keju mozzarella dan daun parsli.
6. Bakar selama 30 minit pada suhu 150C atau sehingga keju cair dan keperangan.
7. Enak dinikmati Ketika masih panas.
4. PAI AYAM MINI

BAHAN-BAHAN:
- 7 keping puff pastry sejukbeku
- 2 keping isi dada ayam – potong dadu kecil
- 50ml krim masakan
- 100gm sayur campur
- 30gm cendawan butang
- 1 biji bawang holland (beli online disini)
- 1 sudu teh lada sulah (beli online disini)
- Sedikit garam
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland hingga sedikit layu dan kekuningan.
2. Kemudian masukkan isi dada ayam. Masak sebentar hingga ayam sedikit masak.
3. Tambahkan sayur campur dan hirisan cendawan butang. Masak seketika.
4. Seterusnya masukkan krim masakan. Kacau rata dan perasakan dengan lada sulah serta sedikit garam.
5. Bila inti kelihatan sedikit pekat, padamkan api dan sejukkan.
6. Gelek puff pastri dan terapkan. Masukkan ke dalam acuan aluminium.
7. Sudukan inti secukupnya dan tutupkan dengan kepingan pastri. Kelim bahagian tepi menggunakan garpu.
8. Sapukan sedikit bancuhan kuning telur di bahagian atas pastri.
9. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga pastri kuning keemasan.
5. BOLOGNESE CHEESE FRIES

BAHAN-BAHAN:
- Ubi kentang goreng
- 30gm keju mozarella
- 10gm keju cheddar
BAHAN SOS BOLOGNESE:
- 1 biji bawang besar (beli online disini)
- 1 ulas bawang putih (beli online disini)
- Sedikit marjerin untuk menumis (beli online disini)
- 1 tin sos spageti
- 150gm isi ayam kisar
CARA MEMASAK:
1.Cairkan marjerin dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan ayam kisar. Biar masak seketikan dan barulah dimasukkan sos spageti.
3. Setelah sos mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam loyang berisi kentang yang siap digoreng.
4. Taburkan keju mozzarella dan keju cheddar. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 160C.
5. Angkat dan nikmati segera.
6. CHICKEN MANGGO SALAD

BAHAN-BAHAN:
- 4 kepingan dada ayam – potong nipis
- 4 sudu makan tepung gorengan serbaguna perisa original (beli online disini)
- 1 bji telur
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
BAHAN SALAD MANGGA:
- 2 biji manga muda – sagat halus
- 1 batang lobak merah – sagat halus
- 1 biji cili merah – hiris
- Sedikit daun ketumbar
BAHAN SOS:
- 2 sudu makan sos plum (beli online disini)
- 2 sudu makan sos thai (beli online disini)
- Sedikit daun ketumbar
- 2 sudu makan gula (beli online disini)
- Sedikit garam (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan celupkan ayam hingga rata.
2. Salut isi ayam dengan tepung goreng serbaguna.
3. Goreng isi ayam dalam minyak hingga garing dan kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Untuk menyediakan sos, satukan semua bahan ke dalam periuk kecil.
5. Didihkan seketika menggunakan api kecil. Angkat dan ketepikan.
6. Potong kepingan ayam dan gaulkan bersama bahan-bahan salad.
7. Sudukan sos dengan secukupnya. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.
7. SOTO AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 4 keping isi ayam – direbus & dicarik
- 2cm halia – kisar (beli online disini)
- 5 ulas bawang merah – kisar (beli online disini)
- 1 ulas bawang putih – kisar (beli online disini)
- Sedikit minyak untuk menumis
- 2 keping kulit kayu manis (beli online disini)
- 2 sudu teh rempah sup
- 2 sudu teh rempah kurma (beli online disini)
- 1 sup bunjut
- 2 keping daun salam /bay leaf (beli online disini)
- Air rebusan ayam secukupnya
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN SAMPINGAN (HIASAN):
- Nasi impit
- Bergedil
- Suhun goreng
- Bawang goreng
- Daun sup
- Kacang tanah goreng (beli online disini)
- Taugeh
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan sup bunjut, daun salam, kulit kayu manis, rempah sup dan rempah kurma. Kacau hingga naik bau.
3. Tuang air rebusan ayam dan biarkan mendidih.
4. Perasakan kuah soto dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Biarkan mendidih sekali lagi.
5. Untuk menikmatinya, masukkan nasi impit, begedil dan bahan-bahan sampingan lain ke dalam mangkuk.
6. Tuang kuah dengan secukupnya dan sedia untuk dinikmati.
8. LAKSA JOHOR

BAHAN-BAHAN:
- 1 peket spageti – direbus
- 70gm cili kisar
- 5 ulas bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2cm halia – kisar
- 3 keping asam gelugur (beli online disini)
- 50gm serbuk kari daging (beli online disini)
- 15gm serbuk kari ikan (beli online disini)
- 500ml santan
- 1kg ikan tengiri – direbus bersama asam gelugur
- 500gm ikan parang – direbus dan diambil isinya
- Sedikit minyak untuk menumis
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan garam
- Sedikit serbuk perasa
- 1 ikat daun kesom
BAHAN SAMPINGAN:
- Taugeh
- Kacang panjang
- Timun
- Bunga kantan
- Cili merah
- Limau kasturi
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan bersama asam gelugur. Kemudian asingkan isi dan tulangnya. Kisar isi ikan bersama air secukupnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar diikuti serbuk kari daging dan ikan. Tumis lagi hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan kisaran isi ikan biar menggelegak seketika.
5. Bila kuah mendidih, masukkan santan. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
6. Tambahkan juga daun kesum. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekali lagi.
7. Angkat kuah dan hidangkan bersama spageti dan bahan-bahan sampingan.
9. MEE RACUN

BAHAN-BAHAN:
- 500g mi kuning – basuh dan toskan
- 1kg tulang kambing – rebus sehingga empuk. Simpan air rebusan
BAHAN KISAR:
- 50gm cili kisar
- 5 biji bawang merah (beli online disini)
- 3 biji bawang putih (beli online disini)
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN MASAKAN:
- 150gm sos tomato (beli online disini)
- 150gm sos cili (beli online disini)
- 1 sudu makan serbuk lada sulah (beli online disini)
- 1 sudu makan serbuk lada hitam (beli online disini)
- 2 sudu makan gula
BAHAN HIASAN:
- 50gm kubis – hiris halus
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan lada hitam.
2. Kemudian masukkan air rebusan tulang kambing tadi. Kacau sebati.
3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
4. Akhir sekali masukkan mi. Menu ini sedia untuk dihidang.
10. AYAM PEDAS KOREA

BAHAN UNTUK AYAM GORENG:
- 300gm drummet ayam | cuci bersih dan tos
- 1 sudu teh serbuk lada hitam (beli online disini)
- 1 sudu makan serbuk cili (beli online disini)
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan tepung jagung (beli online disini)
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN TUMISAN:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 bawang besar | dadu halus
- 2 sudu makan chili flakes (beli online disini)
- 1 sudu makan sos cili (beli online disini)
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan air asam jawa (beli online disini)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ayam diperap bersama bahan-bahan perapan dan juga tepung jagung. Gaul rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi dan masukkan chili flakes.
3. Seterusnya masukkan sos cili, dan kacau rata hingga sebati. Jika terlalu garing tambah sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Dapatkan lebih banyak menu yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
4 Idea Snek Ringan Berasaskan Kacang Boleh Buat Untuk Niaga Kecil-Kecilan
“Daging Kena Rebus Dulu Baru Sedap”. Ini Cara Masak Daging Merah Sebijik Macam Kedai Siam
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Tonton lebih banyak video menu masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Terliur Nak Makan Mee Kari? Boleh Cuba Resipi Mee Kari Netup!

Selera bila duduk rumah ni, memang lain macam kan. Apa-apa resipi yang terlintas dalam online, mesti kita nak cuba.
Nah, resipi ini pasti boleh menambat selera ahli keluarga di rumah kan. Lebih-lebih lagi resipi mee kari netup pong pong menjadi bualan apabila ramai yang berkongsi akan kesedapan mee kuning dengan kuah kari yang pekat.
Jadi apa kata kita mula masak kuah mee kari netup pong pong hasil resipi Afy Al Habibi ini. Tengok pada bahan-bahan, sesuai untuk empat hingga lima orang makan. Seronok dapat makan satu keluarga!
MEE KARI NETUP PONG PONG

BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang merah (saiz bola ping pong)* – beli online di sini
1 ulas bawang putih* – beli online di sini
½ sudu besar ketumbar+jintan manis*
Sehiris nipis halia*
Dua hiris bulat nipis serai* – beli online di sini
7 ekor udang kering* – beli online di sini
(Kisar semua bahan bertanda * sehingga lumat)
½ sudu besar cili boh – beli online di sini
Sebatang serai
Setangkai daun kari
1 cawan air
Secubit asam jawa
1 keping gula melaka – beli online di sini
1/3 sudu besar garam
Serbuk perasa
3 ketul ayam | dicincang kecil-kecil
Segenggam kerang
3 cawan santan – beli online di sini
½ kiub pati ayam
TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah

BAHAN CAMPURAN REMPAH:
3 sudu besar rempah kari – beli online di sini
½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online di sini
Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
½ sudu besar serbuk lada

BAHAN TAMBAHAN:
Tauhu pok | dibelah empat
Fishcake
Fishball goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai dan masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan cili boh.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Selepas itu, masukkan bahan rempah campuran ke dalam periuk. Diikuti serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Guna api paling perlahan sahaja.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Kacau sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan air dan secubit asam jawa.
5. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama iaitu gula melaka, garam dan serbuk perasa. Kacau. Pada waktu ini juga, tutup periuk agar tumisan mereneh sehingga pecah minyak kira-kira selama 7 hingga 8 minit.

6. Apabila keluar lapisan berminyak, itulah yang dikatakan pecah minyak. Kemudian, barulah masukkan ketulan ayam yang dicincang kecil dan kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang). Kacau rata.

7. Selepas 10-15 minit, tumisan mendidih dan boleh dikatakan isi ayam sudah masak. Masukkan santan dan diikuti secawan air (tengok kepada kepekatan dan sukatan kuah yang diingini). Kacau rata.
8. Kemudian, perasakan kuah peringkat kedua iaitu masukkan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.

9. Masukkan kiub ayam untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
10. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah pada akhir proses masakan. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mee kari yang sangat lazat!

BAHAN SAMPINGAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA MEE KARI:
Telur rebus
Fishball putih | dicelur seketika
Fuchuk goreng kering | beli siap lalu digoreng sampai garing – beli online di sini
Tauhu | digoreng
Kacang panjang | dicelur seketika dan direndam dalam ais
Taugeh | dicelur seketika dan direndam dalam ais
Limau kasturi – beli online di sini
Cili merah – beli online di sini
Daun sup
Bawang goreng

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Masukkan 1 Bahan Ni, Kuah Asam Pedas Ikan Jenahak Jadi Lebih Berlemak & Pekat
Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

