Mudah Nak Masak, Resipi Bihun Sup PAMA Ni Memang Sangat Sedap

Share

Ramai yang menggemari Bihun Sup PAMA. Supnya yang ringkas namun sangat membuka selera. Namun kalau beli yang segera, harganya boleh tahan juga. Ada resipi ala Bihun PAMA homemade perkongsian saudari Cik Pooja. Nak cuba? Sesuai dijadikan sajian makan malam. Rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)

BAHAN UTAMA:

  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk – beli online disini
  • 2 ketul kiub pati ayam – beli online disini
  • 1 sudu teh lada sulah (lada putih) – beli online disini
  • Sedikit daun sup dan daun bawang
  • Bihun secukupnya
  • 1 liter air

BAHAN LAIN:

  • Secubit garam – jika perlu
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.

3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.

4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.

5. Siap dan sedia untuk dinikmati.

INFO:

  1. Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
  2. Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
  3. Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.

Kredit resipi & foto: Cik Pooja

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur