
Suka makan Bread Butter Pudding? Saudari Syazwany Bakri ada kongsikan resipi Puding Roti versi bakar yang beliau gunakan untuk jualan. Bolehlah anda cuba nanti.
RESIPI BREAD BUTTER PUDDING (VERSI BAKAR)

BAHAN PUDING:
- 1 paket roti saiz besar
- 3-4 cawan susu segar @ full cream
- 3-4 biji teur gred A
- 3-4 sudu makan gula – boleh ubah suai ikut tahap kemanisan yang disukai
- Esen vanilla secukupnya
- 3-4 sudu makan mentega – cairkan
- Topping: buah campur, kekacang atau cip coklat
CARA MEMASAK:
1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanilla. Pukul guna pemukul tangan ( whisk) hingga sebati.
2. Tapis campuran telur tadi. Kemudian masukkan mentega cair. Kacau sebati.
3. Ambil roti dan potong empat supaya menjadi kepingan kecil. Susun dalam bekas atau loyang bersesuaian.
4. Tuang bahan campuran puding tadi hingga rata. Tekan sedikit guna spatula supaya ia meresap pada roti.
5. Tabur topping dan bakar selama 30-40 minit atau hingga keperangan pada suhu 150C-180C (masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing).

BAHAN SOS KASTAD:
- 1 tin susu cair
- 2 sudu makan tepung kastad
- 1/2 cawan air
- 3-4 sudu makan gula – ikut citarasa masing-masing
- Sedikit esen vanilla – lebih sedap jika guna creamy vanilla
CARA MEMASAK:
1. Campur tepung kastad bersama air. Larutkan.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Masak guna api perlahan hingga pekat. Pastikan selalu dikacau supaya tidak hangus dan berketul.
3. Sedia untuk dihidangkan bersama puding roti.

INFO:
1. bungkus roti paket panjang boleh dapat 6 bekas kecil puding roti.
2. Jika guna loyang saiz 9 inci, boleh guna roti sandwic paket kecil.
Kredit resipi & foto: Syazwany Bakri
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aduh Sedapnya Dapat Makan Cendol Hasil tangan Sendiri Buat Di Rumah Sahaja

Memang syahdu kalau dapat makan cendol ketika waktu panas lagi best kalau dapat buat sendiri di rumah bolehlah buat lebih dan makan berulang kali betul tak? Resipi cendol ni telah dikongsikan oleh Shida Ambok di Facebook ni nampak mudah dan sedap cendolnya buatkan admin terliur bila baca resipinya. Admin taknak terliur sendiri, korang pun kena terliur juga! Jom cuba resipi cendol ni.
CENDOL HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
1.5 kg cendol segera
1 tin susu sejat – BELI DI SINI
1 tin santan pekat – BELI DI SINI
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah – BELI DI SINI
Ais
Cantiknya Habib Desert 9K Rose Gold Pendant ni! Kalau dapat belikan untuk seseorang yang kita sayang confirm mereka suka! Dapatkan harga istimewa dengan menggunakan code RASGSP5 DISINI!!!
CARA PENYEDIAAN:
1. Nak lebih sedap pakai santan kelapa parut yang dikisar sampai jadi halus dan ditapis perah ambil santannya. Tapi Shida pakai santan kotak je la.

2. Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1 tin. (Nisbah1:1)

3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.

5. Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.

SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Shida Ambok
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Buat Sendiri Di Rumah Puas Hati.
Resipi Popia Ketam Salju Snek Ringan Vietnam Yang Mudah Disediakan
Resipi Popia Ketam Salju Snek Ringan Vietnam Yang Mudah Disediakan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa:
Resipi Biskut Semperit Susu Paling Mudah. Hanya Guna 4 Bahan.

Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Pasti kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka kuih raya yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
BISKUT SEMPERIT SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega @ buttercup
- 1 cawan susu pekat manis
- 400gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis dan mentega. Pukul atau gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati dan uli.
3. Uli campuran mentega dan tepung hingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur doh yang sempurna.
4. Dengan menggunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakar dan hias menggunakan cip coklat atau hirisan ceri.

5. Biarkan doh biskut selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit.

6. Bakar biskut pada suhu yang sama selama 15-20 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas. Elakkan letak tepung dalam jumlah banyak sekaligus bagi mengelakkan doh menjadi keras.
Kredit resipi & foto: Leeina Qaliena
Menu Berbuka Kampung Dan Barat Ikut Selera. Yang Penting Semuanya Sedap!

Selera orang berpuasa memang tidak menentu, Nampak makanan semuanya sedap. Terserah pada anda bagaimana ingin mengawal nafsu makan. Apa kata, anda variasikan menu sepanjang bulan Ramadan ini dengan pelbagai variasi menu barat dan tempatan, berpandukan dengan resipi disediakan oleh Chef Carlton Holiday.
1. KARI KEPALA IKAN CARLTON

BAHAN-BAHAN:
- 1.5kg kepala ikan merah | belah dua
- 250ml santan kelapa
- 100gm serbuk kari ikan
- 10gm serbuk kunyit
- 50gm serbuk cili
- 15gm lada hitam dihancurkan
- 20gm halba campur
- 150gm bawang merah | hiris
- 100gm bawang putih | hiris
- 100gm halia | hiris
- 15gm daun kari segar | leraikan dari tangkai
- 250gm air asam jawa
- 150ml minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
- Campuran sayur (kancang bendi,terung dan cili hijau)
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumiskan bahan-bahan yang dihiris bersama daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan halba campur,campuran rempah kari,serbuk kunyit,serbuk cili dan lada hitam yang dijadikan pes. Tumis sehingga pecah minyak
- Masukkan kepala ikan, air asam jawa, santan dan tambahkan air secukupnya jika perlu.
- Didihkan hingga ikan masak dan kuah pekat.
- Tambah tomato, kacang bendi, terung dan cili hijau.
- Didihkan untuk beberapa minit lagi hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Taburkan daun ketumbar dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk kari yang lebih sihat, anda boleh tukar santan dengan susu rendah lemak.
……
2. UDANG GALAH MENTEGA KUNING TELUR

BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang galah | goreng
- 6 biji telur kuning
- 50gm mentega
- 50gm susu segar
- 50gm minyak masak
- 4 ulas bawang putih | ketuk
- Cili padi ikut cita rasa | hiris halus
- 2tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul ringan telur kuning yang dipukul menggunakan senduk.
- Panaskan mentega yang dicampur dengan minyak masak.
- Bila minyak dalam kuali panas, pusing-pusingkan minyak dengan senduk dengan sederhana laju mengikut arah jam tanpa henti.
- Kemudian tuangkan kuning telur tinggi sedikit dari kuali, supaya telur yang jatuh halus.
- Masukkan daun kari dan terus kacau sehingga kuning telur bertukar warna keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Sementara itu panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga kuning keemasan, masukkan daun kari dan hirisan cili padi serta susu.
- Kacau hingga kuah pekat,
- Masukkan undang yang telah digoreng dan perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
- Tutup api dan masukkan udang dalam pinggan kemudian taburkan di atasnya dengan kuing telur yang telah digoreng tadi.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Goreng udang dengan kulit-kulitnya sekali.
….
3. AYAM PANGGANG BERSAMA NASI MENTEGA

BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN:
- 1 ekor ayam | bersihkan dan tos
- 30gm serbuk Cajun
- 15gm paprika
- 1 sudu teh minyak sapi
- 3gm daun rosemary
- 5gm serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT DALAM PERUT AYAM:
- 2 biji bawang besar
- 10 ulas bawang putih
- 2 batang seleri | hiris
BAHAN NASI:
- 1 kg beras bashmati | rendam
- 60gm mentega
- 100gm minyak masak
- 50gm bawang putih
- 3 helai daun pandan
- Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan-bahan perapan ayam. Gaul sekali dengan ayam biar sebati.
- Masukkan dalam perut ayam dengan bahan sumbat.
- Kemudian bakar dalam ketuhar lebih kurang 45 minit atau hingga ayam masak.
- Sementara itu sediakan nasi.
- Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumis hirisan bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
- Kemudian masukkan beras dan masukkan air secukupnya.
- Tuangkan dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa (lebih kurang 15-20 minit)
- Setelah nasi masak hidangkan dalam pinggan bersama hirisan ayam panggang.
INFO CHEF: Menu ini sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak sukakan pedas. Sangat sesuai untuk hidangan bersahur.
…..
4. KERABU SOTONG

BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong yang dihiris halus | celur dan tos
- 500gm terung goreng tepung
- 10gm bijan | goreng tanpa minyak
- 3ulas bawang merah | hiris halus
- 2batang serai | hiris halus
- 3helai daun limau purut | hiris halus
- 1biji cili merah | hiris halus
- 2biji limau kasturi
- 2sudu makan sos ikan
- 2sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
- Masukkan sos ikan, gula dan perahan limau kasturi.
- Gaul rata dan pastikan rasanya secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain sotong boleh juga guna undang. Ikut cita rasa anda dan keluarga.
…..
5. ONDE-ONDE PELANGI

BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung pulut
- 4 sudu makan tepung gandum
- Secubit garam
- Air secukupnya
- Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
- Kelapa parut | gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
- Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
- Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu.
- Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
- Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
- Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
- Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut. Gaulkan dengan kelapa.
- Lakukan cara yang sama hingga habis.
- Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk kelapa parut yang tidak mudah basi, kukus kelapa yang telah dicampur dengan garam 5-10 minit.
…..
6. UDANG MANGGA SALSA

BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang | buang kulit dan tinggalkan ekornya
- 1 biji tomata | dadu kecil
- 1/2biji mangga separuh masak | potong dadu
BAHAN SALSA:
- 1 ulas bawang merah | cincang halus
- 1 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji cili merah | cincang halus
- 1 biji limau kasturi | ambil jus
- 1 sudu teh sos ikan
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam periuk, bila mendidih celurkan udang. Angkat dan toskannya.
- Kemudian sediakan salsa dengan mencampurkan bawang merah, putih dan cili yang dicincang.
- Seterusnya perahkan jus limau, masukkan sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
- Campurkan udang bersama mangga, tomato, kemudian hidangkan dengan salsa di dalam pinggan.
INFO CHEF: Campurkan bahan hanya bila ingin menghidangkannya, jika sedia dihidangkan. Simpan dalam peti ais.
…..
7. RAMBOW FISH ROLL

BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ikan putih
- 200gm isi ketam stik
- 2biji telur
- 100gm tepung gandum
- Salad campur | sebagai hiasan
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
CARA MEMASAK:
- Masukan isi ikan beserta telur dalam mangguk dan tambah garam dan lada hitam.
- Gaulkan sehingga rata dan tambahkan tepung untuk mendapatkan adunan yang sebati
- Ratakan bahan adunan di atas tikar penggulung sushi dan letakan isi ketam stik di tengah-tengah dan gulung.
- Balut adunan di dalam acuan selinder dan kukus sehingga masak. Kemudian sejukkan
- Potong dan dan hidangkan secara berasingan bersama sos kegemaran anda
INFO CHEF: Setelah kukus, selinder ini boleh digoreng sebelum dipotong untuk dihidangkan.
…..
8. MERINGUE COOKIES

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur putih
- 200gm cawan gula
- 1/2 sudu teh Cream of Tatar
- 1/2sudu teh esen vanilla
- 200gm coklat yang telah dicairkan.
CARA MEMASAK:
- Satukan putih telur, gula aising dan Cream of Tatar.
- Renehkan secara doublr boiler hingga gula hancur.
- Alihkan dari api dan putar dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi soft peakdan bertanduk.
- Masukkan adunan di dalam piping bag dan paipkan di atas parchment paper supaya tidak melekat.
- Kemudian masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 170C. Kemudian perlahankan suhu. Ikut kesesuaian ketuhar.
- Setelah masak, sejukkan.
- Sebelum dihidangan, paipkan coklat di atasnya. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama hirisan buah yang anda suka.
INFO CHEF: Jika belum sedia dihidangkan, simpan cookies di dalam bekas kedap udara.
……
RESIPI : TEAM CHEF, CARLTON HOLIDAY HOTEL & SUITE.

