Mudah & Sedap. Ini Resipi Bread Butter Pudding Paling Best.

Share

Suka makan Bread Butter Pudding? Saudari Syazwany Bakri ada kongsikan resipi Puding Roti versi bakar yang beliau gunakan untuk jualan. Bolehlah anda cuba nanti.

 

RESIPI BREAD BUTTER PUDDING (VERSI BAKAR)

BAHAN PUDING:

  • 1 paket roti saiz besar
  • 3-4 cawan susu segar @ full cream
  • 3-4 biji teur gred A
  • 3-4 sudu makan gula – boleh ubah suai ikut tahap kemanisan yang disukai
  • Esen vanilla secukupnya
  • 3-4 sudu makan mentega – cairkan
  • Topping: buah campur, kekacang atau cip coklat

CARA MEMASAK:
1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanilla. Pukul guna pemukul tangan ( whisk) hingga sebati.
2. Tapis campuran telur tadi. Kemudian masukkan mentega cair. Kacau sebati.
3. Ambil roti dan potong empat supaya menjadi kepingan kecil. Susun dalam bekas atau loyang bersesuaian.
4. Tuang bahan campuran puding tadi hingga rata. Tekan sedikit guna spatula supaya ia meresap pada roti.


5. Tabur topping dan bakar selama 30-40 minit atau hingga keperangan pada suhu 150C-180C (masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing).

BAHAN SOS KASTAD:

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1/2 cawan air
  • 3-4 sudu makan gula – ikut citarasa masing-masing
  • Sedikit esen vanilla – lebih sedap jika guna creamy vanilla

CARA MEMASAK:
1. Campur tepung kastad bersama air. Larutkan.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Masak guna api perlahan hingga pekat. Pastikan selalu dikacau supaya tidak hangus dan berketul.
3. Sedia untuk dihidangkan bersama puding roti.

INFO:
1. bungkus roti paket panjang boleh dapat 6 bekas kecil puding roti.
2. Jika guna loyang saiz 9 inci, boleh guna roti sandwic paket kecil.

 

Kredit resipi & foto: Syazwany Bakri

Published by
Nur