Mudah & Sedap, Memang Padu Rasa Daging Dendeng Ini

Share

Sedapnya daging dendeng padu ni. Rasa lemak dan lembutnya daging sedap bila dimakan dengan nasi putih atau ketupat kan.

Resipi yang dikongsi Liza Idris ini tak susah pun untuk dimasak. Jom kita masak!

 

DAGING DENDENG PADU

Mudah & Sedap, Memang Padu Rasa Daging Dendeng Ini

BAHAN-BAHAN:

½ kg daging
2 senduk cili kisar – beli online di sini
10 helai daun limau purut
½ cawan air asam jawa – beli online di sini
2 sudu gula – beli online di sini
10 sudu kicap – beli online di sini

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan

| Dapur Rasa Live

TONTON Buko Pandan versi Ketodiet | Dapur Rasa Live

BAHAN TUMIS:

2 inci halia – beli online di sini
2 biji bawang besar – beli online di sini
2 batang serai – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
*halia, bawang besar dan bawang putih dikisar halus bersama

CARA MASAK:

1. Anggaran 1/2 kilo daging dibasuh bersih. Potong ikut suka hati. Rebus daging sampai empuk. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk daging guna lesung batu. Tumbuk sampai penyet je.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masuk dalam mangkuk, perap dengan kicap biar rata gitu. Perap lebih kurang 20 minit.


4. Panaskan minyak, goreng daging anggaran 5 minit. Angkat dan ketepikan dulu. Sementara tu jom kita kisar bahan tumis.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Guna minyak yang sama, jika banyak buang sedikit. Tumis serai dulu kasi naik bau.


6. Kemudian tumis pula bahan kisar. Kacau biar bahan kisar kekuningan.


7. Masuk cili kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak. Dalam masa yang sama, masuk daun limau purut. banyak lagi sedap aromanya.


8. Masuk air asam jawa. Kacau biar mesra. Letak gula. Kacau dan kacau lagi. Masuk sedikit air rebusan daging. Biar pecah minyak lagi.
9. Letak kicap anggaran 10 sudu. Kacau sebati.


10. Masuk daging tadi. Kacau lagi menusuk hati sehingga tersimpul mati. Biarkan daging itu bergaul mesra bersama kuah sehingga sedikit kering dan pekat.
11. Masuk pula 1 sudu secukup rasa. Tak letak pun tak apa. Kacau-kacau. Siap masak, tutup api.

Kredit resipi: Liza Idris

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff